Tuesday 31 December 2013

PENGAKHIRAN KAREER YANG `KURANG SEDAP’ BUAT TAN SRI ALI HASHIM



Penulis merujuk kepada penulisan oleh Elly Fazaniza `An Insult to Johor Sultan? di The Sun, muka surat 2 bertarikh Disember 30, 2013 mengenai keberanian atau `gentlemen’ Tan Sri Muhammad Ali Hashim (Tan Sri Ali), Presiden Dewan Usahawan Islam Malaysia.


Penulis tiada niat untuk mencampuri `kecil hati’ masing masing kerana kedua dua insan amat penulis hormati.

Penulis mengulas `tekanan politik’ dan `tekanan istana’ di dalam perniagaan Perbadanan Johor atau Johor Corporation (JCorp), yang menyebabkan Tan Sri Ali semua meletakkan jawatannya di dalam JCorp dan Syarikat tersenarai dan tidak tersenarai.

Selepas Tan Sri Ali meletakkan jawatan, beberapa nama penganti telah dicadangkan. Kelazimannya budaya JCorp `prefer’ pegawai dalaman JCorp mengalas jawatan tersebut tetapi nama CEO Tabung Haji disebut sebut telah menerima perkenan Sultan Johor. Apabila Datuk Ismee menolak tawaran tersebut, barulah  nama Datuk Kamaruzaman ditonjolkan.

Pada pendapat penulis, antara faktor yang menyebabkan berlakunya `perselisihan orang politik atau pihak istana atau gabungan orang politik dan Istana dengan Tan Sri Ali ialah kecenderongan Kerajaan Negeri Johor khasnya Datuk Ghani Othman, menswastakan syarikat syarikat JCorp yang berdayumaju, penggunaan strategi `Wakaf Korporat’ yang keterlaluan untuk mengelak syarikat diswastakan, strategi korporat KFC dan QSR menurut cara JCorp yang tidak menafaatkan politik dan mungkin Istana, campur tangan Istana yang tidak dapat dipenuhi oleh JCorp atas sebab dasar dan undang undang penubuhan JCorp.

Teringat masa dahulu. Tuanku Sultan Iskandar akan mencemar duli jika JCorp menganjurkan Lumba Kereta di Litar Pasir Gudang dan Pesta Layang Layang.  

Kemuncuk kemelut bermula sejak pengambilanalih KFC dan QSR Brands oleh JCorp dan Kulim Berhad. Apabila syarikat makanan segera menjadi sumber kewangan yang baik, dan di uruskan cara JCorp,  harga saham mengukuh, menarik minat ramai pelabur untuk membeli atau mengawalnya.

Penulis silap dengan andaian bahawa dengan meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif dan Presiden JCorp dan KFC dan QSR Brands, segala perselisihan faham dan dendam dengan orang politik dan  pihak Istana, telah terhurai dan terhenti. Tetapi sekam api membara besar. Mana tidaknya, Tan Sri Muhammad Ali menulis satu artikel di Sinar Harian, sebuah akhbar condong pembangkang dan di miliki ahli PAS, bertajuk Menuntut Hak Menebus Masa Silam,  yang sedikit sebanyak menyentuh perihal Istana.

Tan Sri Ali dikatakan telah menulis kepada Ybhg Datuk Rahim Ramli, Setiausaha Jemaah DiRaja Johor, memohon izin untuk memberikan penjelasan mengenai artikel tersebut ke bawah Duli Tuanku Sultan Ibrahim. Mungkin Kebawah Duli Tuanku murka tetapi tidak diketahui ramai.

Tan Sri Ali bertindak pantas di dalam halnya dengan pihak Istana. Tan Sri Ali memulangkan 3 Pingat Gelaran Kebesaran Johor (SMJ, DPMJ dan SPMJ) kepada pihak Istana. Mungkin Sultan Johor sedang/akan menarik balik pingat kebesaran seperti yang berlaku baru baru ini kepada Ketua Eksekutif Yayasan Johor. Sebelum ia memalukan Tan Sri Ali, pemulangan pingat kebesaran dilakukan. Tindakan ini memberikan tamparan kepada pihak Istana dan seperti kata Prof Dr Shad Saleem Faruqi, yang mengulas `it would be indeed be regarded as ”impolite and disrespectful” , it is not an offence under the law’. Tan Sri Dr Rais Yatim juga berpendapat sama di mana jika seseorang menolak penganugerahan pingat kebesaran, ia boleh diterima oleh pihak istana tetapi memulangkan pingat kebesaran tanpa diminta adalah satu penghinaan (insult).

Mengapa Tan Sri Ali memilih akhbar Sinar Harian untuk menulis isihatinya? Mengapa tidak di Utusan Malaysia atau Berita Harian? Atau hanya Sinar Harian yang berani menerima artikel sensatif itu? Penulis pernah ramalkan yang Tan Sri Ali akan menyokong Pakatan Rakyat dan mungkin mencontohi Tan Sri Khalid Ibrahim, jika beliau minat politik atau di pelawa menceburi politik.

Jika Ketua Eksekutif Yayasan Johor dilucutkan gelaran Datuknya, beliau mungkin terasa kurang selesa kerana beliau tiada gelaran anugerah peringkat nasional atau pingat kebesaran dari negeri lain. Bagi seseorang yang sudah bergelar Tan Sri, memulangkan pingat kebesaran negeri tidak menjadikan ketidakselesaan berlaku kerana gelaran Tan Sri sedang dipakai.

Penulis sedih insan seumpama Tan Sri Ali yang berkebolehan di dalam perniagaan, tidak diberi peranan di dalam GLC (mungkin Tan Sri tidak berminat seperti tulisan terdahulu). Lebih menyedihkan di akhir kerjaya dan penghidupan, berlakunya perselisihan di antara Sultan dan rakyat dan sesama Islam.

Ber`jihad’ lah untuk berbaik semula dan saling hormat menghormati.  

Monday 30 December 2013

SEKEJAM KEJAM DS NAJIB SERTA BN DAN SEBUSUK BUSUK DS ROSMAH, UAE MENDERMA USD10 JUTA UNTUK MANGSA BANJIR



PM Malaysia semakin dihormati di dunia Arab. Beliau disanjung tinggi oleh pemimpin Islam termasuklah di Palestin (Hamas dan Fatah). Tentu ramai masih ingat lagi permintaan kedua kumpulan politik di Palestin, kepada PM ketika Perhimpunan Agung UMNO November lepas.

DS Najib baru kembali dari Madinah dan Mekah ibarat `3 in 1’ iaitu kerja rasmi, cuti rehat (dalam kapal terbang dan penginapan di hotel) dan beribadat. Sesuailah mereka ke Madinah dan Mekah kerana mereka ingin memohon keampunan ALLAH SWT diatas `kezaliman’ dan `kekurangan memberi bantuan’ kepada setiap rakyat Malaysia. At least, mereka berani ke tanah haram dan mengadap ALLAH, tidak semacam beberapa pemimpin parti politik yang sangat berjasa memecahbelahkan masyarakat Islam dan rakyat Malaysia.


DS Rosmah kerap terbang ke Dubai dan negara Arab lain diatas jemputan dan PERMATA `sharing knowledge’. Kerap kali disalah taksir dan digelar `the real PM’ dan sering keluar negara untuk `shopping sakan’. Penulis selalu dengar, penuh barangan shopping satu pesawat PM. Sebusuk busuk DS Rosmah, beliau menjalinkan networking dengan isteri isteri pemimpin di sana. Beliau berfasih bahasa Inggeris dan tidak salah jika dikatakan beliau berpetah berucap jika dibandingkan dengan beberapa Menteri mahupun Timbalan Menteri dan juga pemimpin pembangkang.

DS Najib pernah bercerita kepada para perwakilan UMNO yang melalui  networking isteri beliau, seorang pelajar Malaysia di Mesir terlepas daripada tahanan kerana disyaki seorang pengintip. Juga melalui DS Rosmah dengan  networkingnya, Kerajaan Mesir membenarkan pelajar Malaysia diterbangkan oleh Pesawat Tentera, yang mendarat di Jeddah dan tanpa menggunakan visa. Ops Piramid masih dalam ingatan bagi ramai pelajar Malaysia di Mesir.

Penulis yakin dengan ketokohan pemimpin Islam DS Najib, hubungan akrab Kerajaan Malaysia dengan UAE serta networking DS Rosmah dengan isteri pemimpin dan NGO NGO di sana, memainkan peranan menjuruskan UAE bermurah hati menderma RM33juta untuk mangsa banjir di Malaysia. Dapat juga PM+isteri pahala. Anda dan penulis bagaimana? Penulis baru sms ke Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (13999) menderma RM10. RM33 juta berbanding dengan RM10.

GABUNGAN KERJA DAN IBADAT

Alhamdulilah. Malaysia mempunyai PM yang berkesihatan baik dan rajin berkerja. Sekarang ini 22 Disember 2013, beliau berada di Madinah untuk lawatan rasmi memenuhi jemputan Kerajaan Arab Saudi. Salah satu aturcara ialah menyaksikan memorandum penyelidikan antara pakar Universiti dari Malaysia dengan Kerajaan Arab Saudi. Penulis difahamkan Professor kita telah diberikan kepercayaan untuk mengkaji air bawah tanah Madinah. Pada masa ini, Arab Saudi menyuling air daripada air laut untuk bekalan air bersih. Ramai yang sudah maklum, pakar dari Malaysia pun terlibat di dalam pembesaran Masjidil Haram di Mekah.

Kesempatan berada di Madinah, PM dan isteri melakukan ziarah Makam Nabi Muhammad dan para sahabat dan bersembahyang di Raudah, memohon keampunan dan memohon kesejahteraan keluarga dan Malaysia.

Rombongan Malaysia pada 23 Disember berada di Mekah. Semestinya PM dan keluarga melakukan umrah serta berjmpa dengan para pelajar Malaysia selain menjamu selera di restoran D’Saji milik FELDA.

Penulis `cemburu’ dengan kebaikan dari sisi ALLAH yang diterima kerana PM turut membantu umat Islam Malaysia menyembah ALLAH, mengagongi Nabi Muhammad dan mensejahterakan rakyat Malaysia.

Penulis teringin sangat agar Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim kerap ke Mekah dan Madinah agar ALLAH dapat memberikan hidayah dan petunjuk supaya tidak `terlalu’ banyak merancang untuk memecah masyarakat Islam di Malaysia. Agar ALLAH dapat menyedarkan DS Anwar bahawa liwat, pluralisma, liberalisma dan LGBT itu SESAT dari ajaran Islam. Berkompromi dengan DAP untuk memecah undi, akan merugikan Islam.

Penulis faham beliau masih marah kerana tidak dapat jadi PM dan dendam kesumat apabila dibicara dan dipenjarakan. Namum itulah risiko seorang ahli politik. Di Malaysia, risikonya amat rendah berbanding di luar negara. Ahli politik Malaysia, mungkin tidak dipilih semula bertanding, dipecat dan dipenjara. Tetapi di luar negara, dipenjara seumur hidup, dibuang negeri atau dihukum mati, mungkin pengakhirannya.

Jika DS Anwar melakukan ibadat di Mekah dan Madinah, penulis minta TV1 dan TV3 menyiarkan lawatan dan umrahnya. Nanti rakyat kata hanya promosi PM sahaja. Tetapi media massa dan sosial team pembangkang tentu akan `spin’ gambar dan cerita DS Anwar ke Mekah/Madinah.

Sesampai di sana, jangan lupa doakan agar malapetaka seperti banjir besar tidak melanda Malaysia.


Agak ramai juga ahli politik, pesara dan pegawai Kerajaan, ahli perniagaan, para pegawai pembelian atau perolehan GLC yang terbang ke Londan dan Eropah untuk bercuti Krismas dan Akhir Tahun atau `berseminar’. 

MCA PERLU MENG`VIAGRA’KAN AKTIVITI POLITIK DAN EKONOMI UNTUK MENGEMBALIKAN SOKONGAN.


Pengerusi BN yang juga PM Malaysia, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak telah merasmikan Mesyuarat Agung MCA ke 60 pada Sabtu 21 Disember 2013. Mesyuarat kali sangat sigifikan kerana ia melibatkan pertandingan jawatan penting dalam parti.

Pengerusi BN bermurah hati mengariskan `4 steps’ untuk MCA terus berada di pentas politik Malaysia dan `champion’ untuk kaum Cina. Keadahnya ialah:-

                        Reunite (Penyatupaduan semula)
                        Restrategise (Penyusunan semula strategi)
                        Reinvigorate (Pengcergasan semula)
                        Reestablish (Pembinaan semula pengaruh)

1.Reunite
Pengerusi BN meminta ahli MCA bersatu dan jangan berpecah. Sejarah menunjukkan perbalahan berlaku sejak dahulu lagi dan trend ini perlu di hentikan. Lupakan `personal interest’ tetapi utamakan kepentingan parti MCA dan BN. BN perlukan sokongan rakyat khasnya kaum Cina Malaysia. Penulis sendiri memberikan pandangan mengenai kriteria calon Presiden MCA dan keutamaannya seperti:-


Presiden BN mengingatkan Perhimpunan ini bukan lagi `wake up call’ tetapi mungkin `last call’. Jesteru itu, perumpamaan Inggeris `A divided house will fall’ perlu di elakkan oleh ahli MCA.

2. Restrategise
Pengerusi BN meyarankan MCA dan parti komponen lain untuk `stay course’ dengan matlamat BN iaitu perkongsian kuasa antara kaum. Parti MCA diminta menyakinkan ahli dan kaum Cina perimustahaknya formula BN ini. Rakyat kena faham erti masyarakat majmuk serta peratus kependudukan Malaysia iaitu 67.9 peratus Bumiputera dan 26 peratus kaum Cina. Penduduk bandar dan luar bandar serta kuasa ekonomi mengikut bangsa.
Seterusnya, rakyat mesti diberitahu mengapa ada kenaikan tol dan tarif mahupun taksiran cukai harta perlu dilakukan. Bukan untuk membebankan rakyat semata mata tetapi pengkukuhan ekonomi jangka panjang.

Pengerusi BN menjawab tuduhan pembangkang dengan memberi komen kenaikan gaji MB dan Speaker di Selangor yang sebetulnya membebankan rakyat. Lesen perniagaan dinaikkan 400 peratus. Kerajaan BN harus memperbaiki kedudukan subsidi dari RM42 bilion setahun kepada angka yang lebih rendah tetapi berperingkat peringkat.


MCA tahu kekuatan dan kelemahan partinya. MCA perlu memaksimumkan kekuatan dan `demage control’ kelemahan.

3. Re invigorate
Pengerusi BN berseloroh yang MCA perlukan `Political Viagra’ dan cergas di pentas politik. Parti ini perlu bangun dari kelesuan dan keadaan mengantok. MCA mesti minta bantuan `Menteri Kesihatan’ untuk meng`viagra’kan aktiviti mengembalikan dan mengukuhkan sokongan kaum Cina terhadap MCA dan BN.

4. Reestablish MCA as the choice for Malaysian Chinese
Pengerusi BN merayu MCA kembali menjadi parti pilihan kaum Cina Malaysia. Kenalpasti  kehendak kaum Cina dan cuba penuhi. Yakinkan perjuangan BN dan terangkan sebab sebab `rationalisation of subsidy’. Jangan terlalu taksub dengan pembohongan puak pembangkang. BN terutamanya MCA mendapat sokongan mengecil kerana pembohongan oleh DAP.

Pengerusi BN berjenaka dengan perwakilan yang misi beliau ke Bangladesh adalah gagal kerana tidak dapat berjumpa dengan 40,000 pengundi Bangla yang membantu BN di dalam PRU yang lalu. Untuk membawa masuk 40,000 pengundi Bangla, ia memerlukan 1000 penerbangan. Hendak membawa 28,000 jemaah haji pun, satu negara akan tahu. Komen penulis tentang perkara ini adalah seperti:-


Tetapi untuk melaksanakan keempat `art’ tersebut, ia memerlukan `hard work’ yang terus menerus oleh ahli MCA. Tiada jalan pintas. Dengan ketiadaan Team A dan Team B, ia lebih mudah meyakinkan kaum Cina.

Semoga segala nasihat dan pandangan Pengerusi BN memotivasikan ahli MCA memilih Presiden yang sesuai untuk parti dan BN.

KEPUTUSAN
Sementara itu, keputusan pemilihan jawatan Presiden MCA telah diumumkan pada jam 6.30 petang Sabtu. Datuk Seri Liow Tiong Lai menang dengan undi 1186 mengalahkan Gan Pien Sieu yang mendapat sokongan 1,000 undi. Datuk Seri Ong Tee Kiat yang bergerak secara solo, seperti yang penulis ramalkan, hanya memperolehi 160 undi.

Begitu juga dengan jawatan Timbalan Presiden di mana Datuk Seri  Dr Wee Ka Siong mengalahkan Datuk Donald Lim.

ANALISA
Pada hemat penulis, MCA masih terbelah dua kumpulan dan ia terbukti dengan keputusan jawatan Presiden petang Sabtu yang lalu. Ahli MCA yang menyokong DS Liow hampir 50 peratus, manakala Gan Pien Sieu pun menerima 50 peratus sokongan juga. Tiada kata pemutus dan `solid support’ dari para perwakilan tetapi `merely a simple majority’. Keputusan yang penulis cari ialah jika kita bandingkan DS Liow dengan DS Ong. Undi 1186 berbanding 160 undian.

Pemilihan kali ini di dapati satu team yang menang Presiden dan Timbalan Presiden iaitu gandingan DS Liow dan DS Dr Wee. Sebelum ini, macam ada pakatan di mana jika Team A menang jawatan Presiden, Team B akan menang Timbalan Presiden. Apabila tamat tempoh, Timbalan Presiden Team  B akan dipilih menjadi Presiden. Team B akan diangkat sebagai Timbalan Presiden pulak.

Sebelum Mesyuarat ke 60 ini, barisan kepimpinan ialah di antara Datuk Dr Chua Soi Lek (Team A) dengan Datuk Seri Liow Tiong Lai (Team B). Sebelum itu, Datuk Ong Tee Kiat  berganding dengan Datuk Seri Dr Chua (Team B). Tan Sri Ong Ka Ting (Team A) dengan Datuk Seri Chan Kong Coy (Team B). Tun Ling Liong Sek (Team A) bersaing dengan Tan Sri Lim Ah Lek (Team B).


Menjadi tugas pimpinan baru untuk meyatupadukan ahli MCA kedua dua team. Mungkin dengan seliaan dari Pengerusi BN dan PM, pemimpin senang disatukan, tetapi penyokong masing masing, mungkin sukar sedikit. 

PERHIMPUNAN DEMI PERHIMPUNAN KERANA `DIPLOMASI, LAYANAN BAIK DAN MESRA’ KERAJAAN.



Perhimpunan Guling Kerajaan 31 Disember 2013 mendapat perhatian rakyat Malaysia. Sehingga Sabtu, 28 Disember, lebih kurang 1300 laporan polis (sehingga Ahad) telah dibuat oleh pelbagai NGO dan individu. Ada 4 kumpulan yang terlbat menganjur Himpunan tersebut iaitu GERAKAN TURUN, Solidariti Anak Muda Malaysia (S.A.M.M), Solidarti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Jingga 13 .

Ada dua tangkapan reman telah di lakukan oleh PDRM iaitu di Ampang dan Sintok Sarawak.

Apa signifikan RATUSAN laporan polis terhadap Perhimpunan Guling Kerajaan yang dilakukan di seluruh negara?

Pada penulis ia memberikan dua implikasi seperti dihuraikan dibawah:-

Ia menunjukkan rakyat Malaysia prihatin dengan cadangan mengulingkan Kerajaan. Himpunan begini biasanya menjurus kepada keganasan dan kerosakan hartabenda dan mungkin kehilangan jiwa. Menguling adalah tindakan tidak demokratik.

Laporan ini diharapkan ia akan memberi signal kepada penganjur Perhimpunan Guling Kerajaan bahawa rakyat Malaysia tidak merestui tindakan penganjur Perhimpunan.

Penganjur Perhimpunan biasanya mereka yang sudah `season’ atau `terbiasa’ dengan tindakan kena tangkap, soalsiasat dan menetap di lokap buat beberapa hari, turun naik mahkamah dan didenda atau penjara. Mereka tidak kaya tetapi mereka banyak sponsor. Keberanian mereka serta tindakan diplomasi PDRM,  menarik minat penyokong kumpulan untuk melakukan provokasi dan berada di jalanraya.

Berapa ramaikah ahli NGO NGO yang membuat laporan tadi bersikap seperti para penganjur Perhimpunan tadi?. Mereka berani membuat laporan tetapi tidak seberani kumpulan tersebut, yang tidak kisah masuk keluar lokap dan sebagainya. Ini adalah kerana NGO NGO ini terdiri daripada ahli ahli yang berdislipin, taat dan menghormati undang undang. Keduanya ahli NGO NGO ramai yang mempunyai pekerjaan yang tetap dan keluarga. Apabila kita berkerja, kita harus berada di pejabat tepat pada masanya dan tiada tempat untuk orang yang selalu cuti kecemasan. Ahli NGO ramai yang telah berkeluarga dan mempunyai tanggongjawab. Tidak berasap dapur dan hilang sudah kasih sayang keluarga, jika melakukan kesalahan dan didenda atau dipenjara. Majikan mungkin tidak berminat dengan pekerja yang mempunyai minat melakukan kesalahan dan memberontak. Satu hari mungkin pekerjanya itu memberontak terhadap majikannya.

Kementerian Pendidikan juga wajar mempertimbangkan pindaan pada AUKU di mana jika dibuktikan pelajar dan mahasiswa/si menyertai apa jua perhimpunan haram, Kolej dan Universiti mesti `disqualify’ mereka atau gantung pengajian di mana mana kolej / universiti di Malaysia selama 5 tahun. Biasiswa dan pinjaman ditarik balik. Maklumat pelajar / mahasiswa/si perlu di salinkan ke UPU dan semua IPTA/IPTS. Penulis rasa mereka sudah rosak pertimbangan dan tidak sesuai berada di pasaran pekerjaan.

Melalui ` treory of elimination’, maka bagi mereka yang bermasalah dan gian berdemonstrasi, tidak berpeluang memasuki atau sambung belajar di IPTA/IPTS dan PTPTN. Ia memberi peluang kepada pelajar yang ingin belajar ilmu pengetahuan bukannya ilmu berdemonstrasi. Maklumlah jumlah intake atau enrolmen semakin tinggi, tetapi peluang pekerjaan di sektor Kerajaan terbatas.

Penulis harap dengan lebih kurang 1300 laporan polis (sehingga Ahad), ia memberikan semangat kepada Kerajaan untuk menjaga kesejahteraan rakyatnya. Jika undang undang tidak sempurna dan `contestable’, lakukan lah pindaan undang undang dengan bantuan Ahli Parlimen. Ia akan memberikan PDRM bertindak tegas mengawal situasi. Ia juga memberikan ruang kemenangan kepada Pejabat Peguam Negara apabila mendakwa kumpulan tersebut. Harap harap para Peguam Negara dan pegawainya lebih berwibawa daripada Karpal Singh dan geng. Semoga dengan laporan yang banyak itu, ia memberikan gambaran jelas kepada para Yang Arif Tuan Hakim peri kemustahakan keamanan dipelihara. Kumpulan tersebut menyalahi undang undang dan wajar di hukum seberatnya. Di dalam kes seumpamaan ini, penulis amat tertarik dengan ketegasan Polis, Institusi Kehakiman dan Kerajaan Singapura menguruskan kejadian rusuhan di LITTLE INDIA.


Ramai rakyat beranggapan Perhimpunan demi Perhimpunan di adakan di Malaysia kerana `layanan baik dan mesra’ yang diberikan oleh PDRM, Pejabat Peguam Negara dan Institusi Kehakiman. Tidak ketinggalan Kementerian Pendidikan (termasuk PTPTN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Semacam mereka tidak serik langsung. Mereka tidak merasa kesal atau menyesal di atas perbuatan mereka. Mereka membuang masa dan duit untuk datang ke KL berdemonstarsi. Para peserta Himpunan Blackout,contohnya, yang diitahan untuk soalsiasat, di bawa ketempat yang berhawa dingin dan diberikan makan minum. Jikalau tiada kenderaan balik ke rumah, mereka dihantar pulang. Yang menguntungkan mereka, publisiti besar diberikan kepada mereka. Para pemimpin pembangkang akan mengambil perhatian dan mengiktiraf jasa mereka.

AMAT BERISIKO MENJADI KETUA NEGARA PADA MASA KINI.



Rakyat Malaysia terkejut dengan berita bekas Presiden Morsi di tuduh di Mahkamah dengan tuduhan terbaru iaitu melancarkan keganasan di Mesir, membocorkan rahsia ketenteraan kepada Kerajaan Iran dan bersubahat dengan Hamas. Jika disabitkan kesalahan Morsi boleh di hukum bunuh. Morsi yang baru menjadi Presiden Mesir selama 1 tahun dan diguling oleh Tentera ekoran daripada rusuhan rakyat.

Penulis rasa pertuduhan tersebut amat bersifat politik untuk `mematikan’ karier politik seseorang.serta membalas dendam. Yang menghairankan, tuduhan dan `komplot’ datang daripada Tentera Mesir yang kelazimannya tidak terlibat dalam politik. Penulis boleh jangka apa yang akan berlaku jika sesebuah parti pembangkang menang di dalam PRU dan memerintah negara A. Mungkin ramai pemimpin Kerajaan akan diseret ke Mahkamah dan di sumbatkan ke penjara. Jawatan Menteri Kehakiman atau Peguam Negara atau Ketua Hakim adalah dari pakar perundangan parti pembangkang. Bayangkan ia berlaku di Malaysia.

Pertuduhan terhadap Morsi ini adalah contoh sebenar pertuduhan bersifat politik berbanding dengan kes liwat DS Anwar Ibrahim Saiful Bukhari yang dikatakan niat buruk BN untuk mematikan riwayat politik Ds Anwar Ibrahim. Pertuduhan dilakukan oleh individu dan apabila Peguam Negara terlibat mendakwa, ia dilihat Kerajaan yang `berkomplot’ mematikan karier DS Anwar Ibrahim.

Pada penulis tindakan Peguam Negara `menswastakan’ perkhidmatan rayuan kepada Tan Sri Shafie Abdullah, ia adalah tindakan yang tepat untuk menghilangkan persepsi penglibatan Kerajaan menindas atau memberikan tekanan politik DS Anwar Ibrahim. Umum tahu bahawa hari ini, Jumaat, Mahkamah Rayuan menolak permohonan DS Anwar Ibrahim untuk mengugurkan Tan Sri Shafie daripada mengetuai pendakwaan. Alhamdulilah.  

Di dalam Kes Liwat Anwar Ibrahim-Saiful Bukhari, Institusi Kehakiman di Malaysia telah memberikan peluang dan ruang seluas luasnya untuk mengunakan proses undang undang. Bayangkan jumlah hari perbicaraan kes liwat ini adalah yang terpanjang dalam sejarah. Perbicaraan ditangguhkan berpuluh kali. Ia melibatkan pakar sains dan forensik asing yang ramai. Ia melibatkan permohonan menukar Yang Arif Tuan Hakim berapa kali.

Morsi sepatutnya memohon perkhidmatan Karpal Singh untuk membela beliau. Mungkin satu lagi sejarah boleh dilakar, apabila perkhidmatan professional Malaysia di eksport ke Mesir.

Jelas sekali menjadi Ketua Negara di Mesir, Bangladesh, Pakistan, Thailand dan negara lain di dunia (melainkan Malaysia dan Singapura mungkin) amat berisiko dan berbahaya. Kena fikir bukan 2 kali tetapi beratus kali. Adakah keluarga dan anak bersedia dengan tindakan mahkamah dan kematian bapa atau suami mereka?. Ada insuran nyawa pun tidak berguna. Boleh dihukum penjara seumur hidup atau hukuman gantung sampai mati, lebih lebih lagi pembangkang pada masa dahulu menjadi Kerajaan pada masa kini.

Bekas PM Thailand, Taksin digulingkan dan dituduh rasuah dan terpaksa tinggal di luar negara untuk mengelakkan diri di penjarakan. Harta beliau dan keluarga di bekukan. Bekas PM Ahbisit, PM Thailang selepas Taksin, kini dituduh membunuh petunjuk perasaan suatu masa lalu. Begitu juga di Pakistan. Musharaf dilarang bertanding PRU dan sedang menghadapi tuduhan jenayah juga. Bekas Presiden Fujimori di Peru mengalami nasib yang sama.


Inilah yang di namakan politik.

AHLI POLITIK `TERLAJAK LARIS’ DAN GILA NAK JADI PM DAN KERAJAAN.



Parlimen Thailand sudah dibubarkan dan PRU dirangka bulan Februari 2014, setelah `mesyuarat rundingan rakyat’ diadakan diantara PM Thailand dengan parti politik, cendiakawan, NGO, parkar undang undang, polis tan tentera.

Namum, parti politik pembangkang utama merancang untuk membaikot PRU tersebut selagi pembaruan politik dan PRU di lakukan. Parti politik meminta parti pemangku PM, tidak bertanding dan macam macam lagi. Nampaknya mereka meniru usaha pembangkang Malaysia seperti menubuhkan pasukan pendesak BERSIH.

Hari Jumaat lalu, adalah hari penamaan calon di Thailand dan di adakan di Stadium. Penyokong parti pembangkang melakukan kepongan terhadap bakal calon parti pemangku PM di luar Stadium. Namum, diberitakan wakil calon menyusop masuk ke dalam Stadium jam 4 pagi.

Penulis merasa tindakan para pembangkang ini amat TIDAK DEMOKRATIK. Mereka meluangkan hak kemanusiaan dan pejuang demokrasi, tetapi hakikatnya mereka menggunakan rakyat untuk mencapai objektif politik mereka.

Diberitakan 35 parti politik akan bertanding di PRU Thailand.

Thailand sedang dilanda malapetaka manusia dan bukannya alam. Malapetakala daripada petunjuk perasaan di Bangkok dan malapetaka letupan bom di Selatan Thailand.

Walaupun kemungkinan pembangkang menang PRU, PM Thailand akan menghadapi kesukaran untuk membangunkan ekonominya. Pelabur dan pelancong akan menjauhkan diri. Apabila PM baru tadi gagal memandu ekonominya, rakyat di`pujuk’ atau `hasut’ untuk berada di jalanraya untuk mogok dan tunjuk perasaan. Kerajaan diguling dan PRU diadakan semula. Dan seterusnya.

Ada rakyat di Malaysia ingin meniru apa yang berlaku di Thailand. Mereka hendak mengulingkan kerajaan pada 31Disember 2013 sempena sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka. Pemimpin parti politik tidak kelihatan di sebalik gerakan ini tetapi rakyat tahu siapa yang `tergila laris’ ingin menjadi PM dan Kerajaan Malaysia.


Setakat pagi ini 26 Disember, 213 laporan Polis telah dibuat terhadap Kumpulan Mengulingkan Kerajaan pada 31 Disember nanti.

CHENG BAKAL JADI PUSAT PELACURAN JIKA PIHAK BERKENAAN `TIDUR’



Penulis difahamkan sebuah pusat maksiat sedang beroperasi di deratan kedai Old Town White Cafe. Bertempat di tingkat atas Kedai Kopi Cina, berbelakangan dengan Restoran Nasi Ayam Gemas.

Ia lebih jelas beroperasi sebelah malam di mana akan ada 2 pemuda bersantai menunggu pelanggan di tangga naik ke tingkat atas.

Penulis harap pihak berkenaan (Majlis Bandaraya, Imigesen, PDRM dan JKKK khasnya YB Hj Sazali Md Din, ADUN Paya Rumput) berbuat sesuatu supaya kawasan komersil Cheng tidak menjadi seperti Melaka Raya di Melaka ataupun di Puchong di Selangor. Pencegahan awal boleh mengelakkan pusat maksiat tumbuh bagaikan `cendawan’.

Kawasan Komersil Cheng (TESCO CHENG) telah mempunyai sebuah hotel bajet SANDY HOTEL dan besar kemungkinan aktiviti maksiat akan menjadi jadi.

Penulis harap rakan rakan yang membaca artikel pendek ini, memanjangkan kepada pihak pihak berkenaan. Penulis cuba tulis di `status’ YB Sazali tetapi seperti biasa artikel akan di `delete’ segera oleh ADMIN. Maka berlakulah facebook yang bersifat `one way traffic’. Macamana hendak mendapatkan feedback dari pengundinya?.

Jika ADUN ada keadah yang senang untuk berinteraksi, sila war war kan kepada ramai.


DATUK SERI HISHAM LEBIH BERNASIB BAIK DI TAHUN 2014 DAN SETERUSNYA?



Penulis menulis 4 kali mengenai Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang `kurang bernasib baik’ pabila mana menerajui sesebuah kementerian. Ketika menjadi Menteri Pelajaran, isu Pembelajaran Subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris mendapat tentangan pihak tertentu sehinggakan melahirkan A Samad Said yang anti Kerajaan. Terpaksa Tan Sri Muhyiddin membetulkannya.

Bertukar ke KDN, pelbagai isu timbul, sampai ada yang mengelar beliau Menteri Amaran. Kerajaan dilihat amat lemah dan `volatile’ pada masa itu. Perhimpunan dan tunjuk perasan kerap berlaku. BERSIH 1,2 DAN 3 dan HINDRAF. Pencerohan Pengganas Sulu di Lahad Datu mencemaskan. Nasib baik PDRM mendapat sokongan kuat ATM.

Selepas PRU13, Datuk Seri Hishamuddin berpindah ke Kementerian Pertahanan dan memangku Kementerian Pengangkutan. Kementerian Pertahanan dipilih kerana ia kurang melibatkan `public’ dan isu isu besar melainkan keselamatan negara.

Pada  Selasa 17 Disember yang lalu, ada berita angin yang Penganas Sulu atau Kumpulan Abu Sayaf atau MNLF ingin `ceroboh’ Sabah sekali lagi melalui Sandakan. Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah ESSCOM mengambil maklum dan tindakan berjaga jaga walaupun berita tersebut tiada kesahihannya. Kes penculikan dan pembunuhan pelancongan asing di Pulau Pom Pom, nampaknya belum berakhir.

Datuk Seri Hishamuddin dapat mempertahankan jawatan Naib Presiden di dalam Pemilihan UMNO yang lalu, walaupun ramai ahli UMNO marah dengan beliau. Tetapi dengan sokongan terbuka Ketua Wanita dan Ketua Pemuda, Datuk Seri Hishamuddin terselamat. Beliau mengalahkan Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir dengan beberapa kerusi sahaja tetapi Mukhriz menang jumlah keseluruhan undi popular. Datuk Seri Hisham kena faham apa yang tersirat dengan keputusan tersebut. Datuk Mukhriz tidak menerima sokongan dari UMNO Pahang dan Johor. Harap Datuk Mukhriz bersabar dan menerima `kekalahan dalam kemenangan’ itu. Bina sokongan dari sekarang. Pembaikan asas dan peraturan pemilihan boleh membantu kemenangan di masa hadapan.

Bencana banjir besar di Terengganu dan Pahang menguji kecekapan ramai pihak termasuk angkatan tentera. Sekurang kurangnya angkatan tentera terlibat secara langsung di dalam 3 keperluan iaitu logistik (penghantaran bantuan menggunakan helikopter), bekalan air (penapisan dan penjernihan air) dan kejuruteraan (pembinaan jambatan).

Datuk Seri terus diduga Allah apabila beliau di masukkan ke hospital swasta kerana sumbatan pada jantungnya sehari atau dua sebelum berlangsungnya Perhimpuan Agong 2013. Prosedur Angiopastry dilakukan. Beliau tidak dapat menghadiri sepanjang Perhimpuan Agong UMNO 2013 November lalu. Ada dua kemungkinan jika beliau hadir ke Perhimpunan Agong itu. Menerima tepukan atau di `belasah’ perwakilan UMNO. 

Kini, menurut The Sun bertarikh 17 Disember 2013, kemungkinan akan berlaku kelewatan tarikh operasi mula KLIA2. Cadangan pembukaan KLIA2 pada 2 Mei 2014 mungkin tidak kesempaian. Akbatnya, saham MAHB mungkin lemah dan jatuh. Tender MAHB di Filipina mungkin tidak berjaya walaupun tender bersama syarikat Filipina adalah terendah. MAHB terpaksa menangong kos pekerja RM3-RM4 juta sebulan kerana MAHB telah mengajikan mereka awal. 

Penulis ada ingatkan Kementerian Pengangkutan dan MAHB agar tiada lagi berlaku kelewatan pembukaan KLIA2 setelah beberapa kali ditanggohkan. Penulis sudah katakan, Datuk Seri tidak boleh dipersalahkan 100 peratus kerana MAHB dan kontraktor utamanya, KUB / UEM / BINA PURI (jika tidak silap) bertanggongjawab sepenuhnya. Cuma sebagai Menteri bertanggongjawab, beliau perlu memantau projek ini dengan rapi.


Penulis mendoakan beliau akan lebih bernasib baik tahun 2014. Selamat Menyambut Tahun Baru dan sejahtera dunia akhirat.

Friday 27 December 2013

AURA DR AZIZAN BOLEH DI GUNAKAN OLEH UMNO



Penulis kerap menonton berita mengenai kursus atau seminar motivasi anjuran Dr Azizan Osman di kaca TV. Sambutannya amat baik dan biasanya tempat duduk dipenuhi seperti Perhimpunan Agung UMNO juga.  

Walaupun ada bayaran kecil di kenakan keatas peserta, kehadirannya tetap membanggakan. Andai kata seorang peserta dikenakan yurran RM50, dan tempat duduk sebanyak 5000 kerusi, jumlah kutipan ialah RM250,000. Penulis tiada statistik bilangan usahawan yang Dr Azizan sudah wujudkan hasil daripada seminar motivasi itu.

UMNO wajar menganjurkan seminar motivasi kepada ahli UMNO dengan menggunakan Dr Azizan sebagai moderatornya. (Mungkin UMNO sudah menggunakan pendekatan ini yang penulis tidak tahu). Kalau sudah, pergiatkan lagi. Cuba ubah pendekatan dari ucapan Datuk Ahmad Mazlan selaku Ketua Penerangan kepada ucapan Dr Azizan. Penulis rasa UMNO boleh gunakan buat permulaan jika ada PRK. UMNO anjur seminar motivasi kepada jentera parti. Dan lihat resultnya. UMNO, bagaimanapun perlu memberikan input input dan `keadah pemasaran’ yang  pernah digunakan oleh UMNO.


Penulis boleh katakan Dr Azizan seangkatan dengan Ustaz Azhar Idrus dari segi menarik kehadiran.


Cuba jangan tidak cuba.

KERAJAAN MENGAMALKAN IKRAR HADAPAN SPRM/ MUFTI. SUMPAH LAKNAT UNTUK SIAPA?



Penulis amat gembira dengan Kerajaan Terengganu yang  mensyaratkan MB dan EXCOnya berikrar di hadapan SPRM dan Mufti untuk menjauhi rasuah. Jika tidak silap Kedah, Pahang dan Melaka (dijadualkan minggu depan) telah melakukan ikrar integriti mencegah rasuah (tetapi tanpa kehadiran Mufti), iaitu program bersama SPRM.

Penulis bersetuju dengan keadah Kerajaan Terengganu dengan melibatkan Mufti. Penulis harap keadah pencegahan dan pengurangan kes rasuah ini mesti di luaskan kepada keseluruhan kakitangan.

Sebelum ini penulis mengulas amalan rasuah di GLC Perladangan dan meminta para `buyer’ di dalam Jabatan Perolehan dan `planting advisor’ sesebuah syarikat perladangan melakukan sumpah laknat. Tidak ketinggalan kesemua Ahli Lembaga Pengarah. Penulis merasakan gejala rasuah di sektor peladangan secara amnya lebih besar dan tenat berbanding di JPJ, Puspakom dan PDRM. Kastam dan APPM menjadi `highlight’ apabila ada Penguasa Kastam ditahan bersubahat dengan penyeludup dadah manakala Penguatkuasa Maritim berkerjasama dengan penyeludup diesel.

Penulis setuju `sumpah laknat’ agak kasar jika dipraktikkan ke atas kakitangan kerajaan tetapi memadai lah dengan berikrar  di hadapan Mufti dan SPRM.

Sumpah laknat sesuai untuk seorang pemimpin parti politik yang suka berbohong atau berdalih walaupun bukti CCTV dan audio visual menunjukkan beliau sedang `berlakon’. Baiah pula di gunakan oleh PAS terhadap wakil rakyat untuk mengelakkan wakil rakyat melompat ke BN.

Baru baru ini, berlaku penahanan beberapa Penguatkuasa Kastam selain warga Nigeria dan India yang disyaki bersubahat dengan sindiket penyeludupan dadah. Penguasa ini membenarkan kemasukan dadah dengan tanpa pemeriksaan rapi atau sambil lewa dengan niat menipu Kerajaan.  Bayangkan apa akan terjadi jika senjata api dan bom turut di seludup masuk. Selain daripada  undang undang yang berat seperti hukuman mati mandotori, ikrar SPRM/Mufti adalah keperluan bagi kesemua agensi penguatkuasaan ini.


Penulis harap Penguasa Kastam tersebut di bicara diatas bersubahat merancang penyeludupan dadah dan boleh dihukum mati mandotori. Nasib le.

DATUK AHMAD BERHATI RAKYAT. KENAPA NAK PILIH PARTI LAIN?



Walaupun BN menang tipis di Terengganu di dalam PRU13 yang lalu, BN di bawah MB Datuk Ahmad Said masih terus berkhidmat baik kepada rakyat.

Walaupun marah dengan Menteri Belia dan Sukan dan menarik tajaan LDT2014 pada asalnya, beliau berbaik hati, menarik balik keputusan beliau dan meneruskan penajaan RM2juta nya demi sukan basikal.

Dari segi pentadbiran pula, Terengganu memperkenalkan ikrar di hadapan SPRM dan Mufti. Ia belum di buat di negeri lain. Usaha ini amat baik untuk menghilangkan rasa was was rakyat penyalahangunaan kuasa di kalangan ahli politik dan kakitangan kerajaan.

Sebelum ini penulis bercerita mengenai pembangunan Tasik Kenyir yang diyakini akan menjadi sebuah destini pelancongan yang menarik dan lengkap. Hanya pemimpin yang berwawasan dan komited serta sumber kewangan yang cukup dan diberi keutamaan, Tasik Kenyir berjaya di bangunkan.


MB Terengganu bermurah hati mengumumkan pemberian bantuan mangsa banjir dari RM500 hingga RM1500. Peruntukan RM15 juta telah diperuntukkan untuk mangsa banjir Terengganu. Setakat ini, Johor hanya menambah RM200 daripada RM500 yang diumum PM semasa Perhimpunan Agung UMNO.

MB ini bertukus lumus membantu mangsa banjir di Kemaman, Dungun, Besut dan tempat lain sehinggakan tidak dapat menghadiri Perhimpunan Agung tersebut. Ini lah Kerajaan yang sepatutnya menjadi pilihan rakyat. Rakyat Terengganu jangan terpengaruh dengan cakap cakap orang Lembah Klang yang balik kampong semasa PRU atau Hari Raya Idilfitri mahupun Hari Raya Haji.


Selamat Tahun Baru semoga Malaysia terus bersejahtera.

Tuesday 24 December 2013

ALVIN TAN + VIVIAN LEE MOHON TANGGOH PERBICARAAN KERANA TUNGGU TUNTUTAN COMANGO?.



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan penanggohan perbicaraan kes `budak dan kekasih jahat’ Alvin Tan dan Vivian Lee yang di dakwa mempersendakan Islam dan Bulan Ramadan. `Budak dan kekasih jahat’ ini sekarang ini cuba mempersendakan undang undang pulak dengan memperlambatkan perbicaraan mereka.

Umat Islam Malaysia khasnya bukan pengundi dan penyokong PAS, DAP dan PKR sedang menunggu `budak dan kekasih jahat’  ini dibicara segera dan `mintak mintak’ di sabitkan kesalahannya seterusnya dipenjarakan dan denda yang berat supaya ia memberi `kesakitan’ seperti mana sakitnya umat Islam.

Kepada Pejabat Peguam Negara, sila ambil perhatian serious dan tindakan segera. Penulis tidak mahu `budak dan kekasih jahat’ ini bersama peguamnya ingin mengikut jejak langkah DS Anwar Ibrahim yang sudah mencipta rekod tidak rasmi dengan Malaysia Book of Records sebagai perbicaraan paling lama dan penanggohan terbanyak kali di Malaysia.

`Budak dan Kekasih jahat’ ini memohon penganggohan perbicaraan tanpa sebab  yang `valid’. Tiada laporan forensik yang sedang ditunggu ataupun kesihatan plantif yang tidak berupaya untuk menghadiri perbicaraan. Tak kan si Vivian Lee `datang bulan’ pun tidak boleh ke Mahkamah? Pihak pendakwa pun tidak memohon tanggoh. Ataupun ingin menunggu keputusan tuntutan COMANGO di Mahkamah Hak Asasi Manusia?.

Kelewatan ini memberi publisiti kepada pasangan dan isu senda agama Islam ini dan mungkin akan menimbulkan simpati di kalangan mereka yang anti Kerajaan. `Market value’ si `budak dan kekasih jahat’ ini akan melambong tinggi. Mereka macam orang politik dan selebreti Hong Kong pulak.

Penulis yakin kes `budak dan kekasih jahat’ ini di taja oleh ibubapa mereka dan di sponsor oleh kumpulan anti islam dan anti Kerajaan. Budak ini tidak ada pekerjaan yang besar gajinya untuk membaiyai kos mahkamah dan guaman yang tinggi.

Kes `budak dan kekasih jahat’ ini nampak sedang dirangka supaya dapat meyaingi kemustahakannya dengan kes Liwat Anwar Ibrahim mahapun  Tuhan Haron mahupun Pencerobohan Lahad Datu.


Penulis mahu melalui tindakan undang undang yang berat ini, maka kuranglah pengeluaran baka `budak dan kekasih jahat’ di Malaysia. Jadikanlah pendakwaan serta merta Kerajaan Singapura keatas para perusuh warga India di Little India, sebagai KPI untuk PDRM, Pejabat Peguam Negara dan Institusi Kehakiman.

Saturday 21 December 2013

MELAKA UNITED BERJAYA MEMBENTUK PASUKAN BOLASEPAK YANG `ROBUST’



Penulis menonton perlawanan persahabatan Melaka-Johor Darul Takzim II di Stadium Hang Tuah @ Kubu hari Sabtu (14Disember) 8.45 malam.

Tahniah kepada MUSA atau Melaka United Soccer Association kerana berjaya mengembalikan perminat sukan bolasepak ke Stadium. Presiden MUFA mesti gembira dengan sambutan dan kehadiran penonton. Mungkin kah kerana tiada bayaran di kenakan untuk menonton atau semangat kesukanan? Ya dan tidak.

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri. Pengamatan penulis mengenai permainan mereka adalah seimbang. `Ball possesion’ Johor 55 peratus dan Melaka 45 peratus.

Saiz badan pemain Melaka lebih sasa dan sama tinggi berbanding Johor Darul Takzim II. Pertahanan Johor Darul Takzim lebih tinggi daripada pemain tengah dan penyerangnya.

Permainan Melaka agak `robust’ menyebabkan permainan terganggu kelancarannya. Terdapat 3 pemain Johor di bawa keluar dan diganti dengan pemain gantian. Johor bermain lebih gentlemen atas semangat kesukanan.

Johor ada membariskan pemain import (sekurang kurangnya bekas penyerang LionX) manakala Melaka 100 pemain tempatan. Jurulatih Melaka warga asing manakala Johor di latih oleh Saudara Azmi.

Mutu pengadilan amat buruk dan tidak berjaya mengawal perlawanan. Penulis rasa pengadil berkenaan belum boleh dipertengahkan untuk Liga Perdana atau Divisyen. Penonton Johor kecewa dengan mutu pengadilannya. Sepatutnya Melaka menerima banyak kad kuning.

Kelab penyokong Melaka perlu memperbaiki rythem atau choros lagu sokongan. Kelab penyokong Johor Darul Takzim lebih seragam dan bervariasi.

Penulis berharap bunga api oleh penyokong Johor + Melaka  tidak digunakan untuk mencederakan penonton tetapi untuk kemeriahan perlawanan. Penyokong Melaka diminta berhati hati dengan pembakaran mercun kerana takut terbakar diri sendiri dan sahabat handai. Jangan buang mercun kearah pemain walaupun pemain lawan melakukan kekasaran. Nanti kena denda beb.
Ketua Menteri Melaka dan Presiden berkesempatan menonton perlawanan persahabatan ini dan tentunya gembira dengan sokongan peminat bolasepak negeri. Keadaan lalulintas agak sesak di dalam kawasan Jalan Hang Tuah.

Penulis ini melihat kelibat Johor Darul Takzim I pulak selain peningkatan mutu pemainan Melaka dan `lebih gentleman’

MAAF BAPAK NAJIB. INDONESIA MENANG



Mungkin itulah gurauan Presiden Indonesia, Bapak Bambang kepada PM Malaysia, Datuk Sri Najib, ketika menelefon Bapak Presiden bertanya khabar sekembalinya dari Jakarta. PM kini berada di Kota Kinabalu,Sabah.

Rabu lepas, PM Malaysia berada di Jakarta untuk Perundingan Tahunan Malaysia Indonesia. Antara isu yang dirundingkan ialah pengintipan Australia keatas Indonesia dan Asean,pencegahan jerebu antara sempadan, pengeluaran Pas Pelajar dan visa untuk pelajar kedua negara, serta pengambilan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia.


Di dalam Sukan SEA 27 di Myanmar, acara bolasepak, Indonesia mengalahkan Malaysia di dalam sepakan penalti 4-3 setelah seri 1-1 dan tambahan 30 minit. Malaysia terlepas peluang mempertahankan pingat emasnya. Kini, misi memburu pingat gangsa diharapkan berjaya.

Penulis tidak mahu komen mutu permainan Malaysia kerana penulis pun tidak pandai main bola. Harap Jurulatih Harimau Muda, Dato Ong Kim Swee tahu apa kelemahan permainan  Harimau Muda.

Sebelum ini, di sebelah petang, acara balapan, atlet lompat kijang, Muhamad Hakimi `menghadiahkan’ pingat emasnya kepada atlet Vietnam kerana kesalahan diri sendiri. Beliau yang berkedudukan pertama, melepaskan 4 peluang untuk memperbaiki lompatannya tetapi (secara sengaja?) tidak berbuat sedemikian. Akhirnya, atlet Vietnam yang bersaiz rendah, melakukan lompatan melebihi 16.44 meter dan sekali gus menang emas.

Penulis merasa atlet Malaysia boleh berjaya di Sukan SEA ke28 akan datang jika program mengenalpasti dan melatih dilakukan dengan serta merta. Macam nak menang PRU, MSN mesti melatih mereka dengan intensif.

Sukan yang tidak melibatkan saiz badan dan fisikal seperti memanah, boling padang, pantanque, menembak dll memerlukan latihan konsisten dan `exposure pertandingan’. Bola Tampar Lelaki dan Wanita serta lompat tinggi memerlukan ketinggian di mana `selection’ amat mustahak.


Penulis perhatikan di Malaysia, latihan sentral SUKMA, sebagai contohnya,  di adakan 1 bulan sebelum kejohanan. Para atlet SUKMA biasanya pelajar dan biasanya latihan diadakan waktu cuti persekolahan. Mungkinkah persiapan Sukan SEA pun begitu? Pada mereka, pertandingan lokal dari masa kesemasa itu adalah latihan dan pengukuran prestasi dan `selection’. Bagaimana hendak menyelesaikan masalah pembahagian masa bekerja atau belajar dengan latihan. Bagaimana MSN (Bukit Jalil) memantau atlet yang berada di Melaka?