Walaupun BN menang tipis di Terengganu
di dalam PRU13 yang lalu, BN di bawah MB Datuk Ahmad Said masih terus
berkhidmat baik kepada rakyat.
Walaupun marah dengan Menteri
Belia dan Sukan dan menarik tajaan LDT2014 pada asalnya, beliau berbaik hati, menarik
balik keputusan beliau dan meneruskan penajaan RM2juta nya demi sukan basikal.
Dari segi pentadbiran pula, Terengganu
memperkenalkan ikrar di hadapan SPRM dan Mufti. Ia belum di buat di negeri
lain. Usaha ini amat baik untuk menghilangkan rasa was was rakyat
penyalahangunaan kuasa di kalangan ahli politik dan kakitangan kerajaan.
Sebelum ini penulis bercerita
mengenai pembangunan Tasik Kenyir yang diyakini akan menjadi sebuah destini
pelancongan yang menarik dan lengkap. Hanya pemimpin yang berwawasan dan
komited serta sumber kewangan yang cukup dan diberi keutamaan, Tasik Kenyir
berjaya di bangunkan.
MB Terengganu bermurah hati
mengumumkan pemberian bantuan mangsa banjir dari RM500 hingga RM1500. Peruntukan
RM15 juta telah diperuntukkan untuk mangsa banjir Terengganu. Setakat ini,
Johor hanya menambah RM200 daripada RM500 yang diumum PM semasa Perhimpunan
Agung UMNO.
MB ini bertukus lumus
membantu mangsa banjir di Kemaman, Dungun, Besut dan tempat lain sehinggakan
tidak dapat menghadiri Perhimpunan Agung tersebut. Ini lah Kerajaan yang
sepatutnya menjadi pilihan rakyat. Rakyat Terengganu jangan terpengaruh dengan
cakap cakap orang Lembah Klang yang balik kampong semasa PRU atau Hari Raya
Idilfitri mahupun Hari Raya Haji.
Selamat Tahun Baru semoga
Malaysia terus bersejahtera.
No comments:
Post a Comment