Tuesday, 10 December 2013

MUNGKINKAH PROJEK LANGAT 2 MENYUMBANG KEJADIAN BANJIR DI KUANTAN?



Kuantan dan Kemaman dilanda banjir besar. Kedua dua Bandar lumpuh dan 50 peratus Bandar Bandar terseut ditenggelami air. Kebanyakan perniagaan termasuk Pasaraya dan Bank ditutup. Berdasarkan visual oleh TV3, banyak kereta terkandas dan ditenggelami air di Kuantan Sentral. TNB terpaksa memotong bekalan elektrik untuk mengelakkan kemalangan atau kejutan elektrik.

Sesungguhnya Banjir ini memberikan banyak pengertian kepada  Kerajaan Pahang, Kerajaan Pusat dan Rakyat Pahang untuk memperbaiki segala kelemahan.


Kerajaan Pahang perlu melihat semua pembangunan perumahan yang tidak menitikberatkan sistem peparitan. Pembangunan perumahan berhampiran sungai sungai memerlukan perhatian lanjut. Mungkin Kerajaan kena mengadakan kemudahan ala `SMART TUNNEL’ di Kuantan untuk mengalirkan air banjir. Mungkin pembalakan Kerajaan harus dikurangkan dan dilakukan tanaman semula.

Kerajaan Pusat perlu persegerakan Projek Langat 2. Mungkin kelambatan projek Langat 2, menyumbang kejadian banjir di Kuantan. Lebihan air tidak dapat disalurkan ke Langat 2 untuk diproses air bersih. Peruntukan perlu diperturunkan dengan segera. Projek tambatan banjir perlu dilaksanakan segera. Sungai Lembing khasnya dan lain perlu di luruskan dan di dalamkan. Diperbanyakkan takungan banjir.

Rakyat Pahang mesti memelihara sungai dan baik. Sampah sarap tidak boleh dibuang ke dalam sungai. Begitu juga di perumahan. Elakkan pembuangan sampah dalam parit yang menyebabkan parit tersumbat. Rakyat Pahang perlu banyak bersyukur dengan kenikmatan yang dikurniakan Allah.

Kerajaan BN tetap membantu rakyat walaupun orang Kuantan, Beserah dan Indera Mahkota pilih PKR (tidak sempat hendak `google to confirm’) sebagai sandaran mereka. Selain bantuan permindahan, makan minum dan penginapan sementara, PM dan Kerajaan bersetuju menghulurkan bantuan RM500 setiap keluarga mangsa banjir. Penulis bersikap lain sikit. Kepada pengundi parti pembangkang, bantunan tadi menghabiskan beras sahaja. PM kita terlalu baik dan sempati pada rakyat. Diharap Ahli Parlimen Kuantan, Beserah dan Indera Mahkota `bermain air’ dengan pengundi mereka. Ajaklah kekawan  yang menyertai perhimpunan Lynas untuk berkumpul beramai ramai di pusat pemindahan banjir di merata Kuantan, menghulurkan apa jua bantuan. Komplek Lynas selamat dari bencana banjir.

Ahli Parlimen Kuantan, Beserah dan Indera Mahkota adalah wakil rakyat parti PKR. Seharusnya mereka `slow talk’ dengan rakan mereka di Selangor agar jangan perlambatkan atau `sabatoj’ Projek Langat 2 kerana pengundi Kuantan yang merana.

Banjir ini memberi kesempatan Kerajaan dan BN/UMNO menolong rakyat. Bantuan seperti BRIM dan sebagainya berjalan macam biasa. Mangsa banjir terutamanya akan ingat `sampai mati’ kepada Kerajaan apabila ditolong semasa bencana.

Penulis yakin rakyat terharu dengan keperhatinan dan kerja kuat Ahli Parlimen Pekan, Kemaman, Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dan jentera Kerajaan. Mereka bekerja siang malam, meninggalkan kerja dan Perhimpuan di PWTC untuk rakyat jelata.

Banjir ini memberi peluang mengikatkan silaturahim Kerajaan dan rakyat. Hampir setiap tahun musim tengkujuh akan berlaku banjir.

Bencana Banjir seumpama ini selalunya sudah dijangka. Apa yang tidak dijangkakan ialah tahap nya. Persiapan telah dilakukan awal. Latihan gerak kerja telah dijalankan melibatkan semua pihak seperti anggota tentera, badan kerajaan (JKR, JKM, Pejabat Daerah Dll), TNB dan sukarelawan. Cuma kali ini bantuan makanan dikatakan lambat sampai kerana jalan perhubungan terputus.

Logistik memainkan peranan penting dalam kejadian banjir. Bot, lori dan helikopter digunakan bertujuan menyelamatkan mangsa dan menghantar barangan.


Akhirnya, janganlah kerana perbezaan pegangan politik, kita sabotaj projek kepentingan rakyat. Hulurlah bantuan kepada mangsa bencana tanpa mengharapkan 100 peratus Kerajaan pusat. Cari lah fund fund dan sponsor sepertimana semasa PRU dahulu. Ada yang sponsor jet peribadi (helicopter sudah memadai) dan wang tunai dari taikun taikun Cina dari Malaysia, Singapura dan Taiwan.   

No comments:

Post a Comment