Tun Dr Mahathir
memberitahu hadiran di Forum Antarabangsa UMNO tengahari tadi yang beliau sudah
menghantar surat kepada PM untuk meletakkan jawatan Penasihat Petronas mulai 1
Disember 2013. Beliau memberi sebab faktor usia dan ingin menumpukan pada
kesihatan diri. Lagipun, Petronas sudah
mencatitkan keuntungan.
Tun,
bagaimanapun, belum mahu melepaskan jawatan sebagai Penasihat Proton dan LADA.
Mungkin Proton belum merekodkan keuntungan yang dibanggakan. LADA pula perlukan
pembangunan produk pelancongannyang lebih banyak.
Sebelum
pengumuman itu, ada gossip gossip yang beranggapan Tun Dr Mahathir `merajuk’
dengan Kerajaan kerana anak perempuan beliau, Datin Marina didesak tidak
menganggotai Majlis Konsultasi Perpaduan Negara. NGO NGO merasa beliau tidak
sesuai menganggotai MKPN kerana penglibatan Datin Marina di dalam COMANGO yang
bersempati dengan LGBT, kebebasan murtad dll. Sebenarnya Tun Dr Mahathir pun
tidak sehaluan dengan pendirian anak perempuannya sejak anaknya berdampingan
dengan pihak pembangkang dan terlibat dalam Bersih dan terkini COMANGO.
Gossip
seterusnya ialah Tun Dr Mahathir tidak selesa dengan beberapa Pengarah Petronas
termasuklah Omar Mustapha Ong, yang juga sandaran Datuk Sri Najib. Bekas `Budak
Tingkat Empat’ ini dirasakan akan merubah Petronas menjadi organisasi yang
terlalu `aggressive’ dalam pelaburan, yang kadang kadang bahaya. Jikalau
dahulu, eksekutif Melayu ramai di peringkat atasan tetapi sekarang lebih
global.
Selain itu
banyak juga projek projek yang besar tidak di rujuk atau di minta pandangan
Penasihat. Ada juga yang diminta, tetapi setakat diambil pandangan oleh
pengurusan Petronas. Pelaburan Petronas di Canada dan beberapa negara agak besar
dan berisiko tinggi.
Ada juga khabar
angin yang Tun Dr Mahathir tidak mahu dilihat berada di dalam `conflict of
interest’ apabila anak lelaki beliau, terlibat dengan pesaing Petronas iaitu
PETRON. PETRON mengambilalih stesyen minyak MOBIL dan ESSO di Malaysia.
Seperkara lagi, Tun merasa bersalah kerana gggal memujuk pelabur Taiwan terus melabur di RAPID yang menyebabkan Malaysia kerugian pelaburan RM40 bilion. Apa pun buat salah Tun.
No comments:
Post a Comment