Penulis menulis 4 kali
mengenai Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang `kurang bernasib baik’ pabila
mana menerajui sesebuah kementerian. Ketika menjadi Menteri Pelajaran, isu
Pembelajaran Subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris mendapat
tentangan pihak tertentu sehinggakan melahirkan A Samad Said yang anti
Kerajaan. Terpaksa Tan Sri Muhyiddin membetulkannya.
Bertukar ke KDN, pelbagai isu
timbul, sampai ada yang mengelar beliau Menteri Amaran. Kerajaan dilihat amat
lemah dan `volatile’ pada masa itu. Perhimpunan dan tunjuk perasan kerap
berlaku. BERSIH 1,2 DAN 3 dan HINDRAF. Pencerohan Pengganas Sulu di Lahad Datu
mencemaskan. Nasib baik PDRM mendapat sokongan kuat ATM.
Selepas PRU13, Datuk Seri
Hishamuddin berpindah ke Kementerian Pertahanan dan memangku Kementerian
Pengangkutan. Kementerian Pertahanan dipilih kerana ia kurang melibatkan
`public’ dan isu isu besar melainkan keselamatan negara.
Pada Selasa 17 Disember yang lalu, ada berita angin
yang Penganas Sulu atau Kumpulan Abu Sayaf atau MNLF ingin `ceroboh’ Sabah sekali
lagi melalui Sandakan. Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah ESSCOM mengambil
maklum dan tindakan berjaga jaga walaupun berita tersebut tiada kesahihannya.
Kes penculikan dan pembunuhan pelancongan asing di Pulau Pom Pom, nampaknya
belum berakhir.
Datuk Seri Hishamuddin dapat
mempertahankan jawatan Naib Presiden di dalam Pemilihan UMNO yang lalu,
walaupun ramai ahli UMNO marah dengan beliau. Tetapi dengan sokongan terbuka
Ketua Wanita dan Ketua Pemuda, Datuk Seri Hishamuddin terselamat. Beliau
mengalahkan Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir dengan beberapa kerusi sahaja
tetapi Mukhriz menang jumlah keseluruhan undi popular. Datuk Seri Hisham kena
faham apa yang tersirat dengan keputusan tersebut. Datuk Mukhriz tidak menerima
sokongan dari UMNO Pahang dan Johor. Harap Datuk Mukhriz bersabar dan menerima
`kekalahan dalam kemenangan’ itu. Bina sokongan dari sekarang. Pembaikan asas
dan peraturan pemilihan boleh membantu kemenangan di masa hadapan.
Bencana banjir besar di
Terengganu dan Pahang menguji kecekapan ramai pihak termasuk angkatan tentera.
Sekurang kurangnya angkatan tentera terlibat secara langsung di dalam 3
keperluan iaitu logistik (penghantaran bantuan menggunakan helikopter), bekalan
air (penapisan dan penjernihan air) dan kejuruteraan (pembinaan jambatan).
Datuk Seri terus diduga Allah
apabila beliau di masukkan ke hospital swasta kerana sumbatan pada jantungnya
sehari atau dua sebelum berlangsungnya Perhimpuan Agong 2013. Prosedur
Angiopastry dilakukan. Beliau tidak dapat menghadiri sepanjang Perhimpuan Agong
UMNO 2013 November lalu. Ada dua kemungkinan jika beliau hadir ke Perhimpunan
Agong itu. Menerima tepukan atau di `belasah’ perwakilan UMNO.
Kini, menurut The Sun
bertarikh 17 Disember 2013, kemungkinan akan berlaku kelewatan tarikh operasi
mula KLIA2. Cadangan pembukaan KLIA2 pada 2 Mei 2014 mungkin tidak kesempaian.
Akbatnya, saham MAHB mungkin lemah dan jatuh. Tender MAHB di Filipina mungkin
tidak berjaya walaupun tender bersama syarikat Filipina adalah terendah. MAHB
terpaksa menangong kos pekerja RM3-RM4 juta sebulan kerana MAHB telah
mengajikan mereka awal.
Penulis ada ingatkan
Kementerian Pengangkutan dan MAHB agar tiada lagi berlaku kelewatan pembukaan
KLIA2 setelah beberapa kali ditanggohkan. Penulis sudah katakan, Datuk Seri
tidak boleh dipersalahkan 100 peratus kerana MAHB dan kontraktor utamanya, KUB
/ UEM / BINA PURI (jika tidak silap) bertanggongjawab sepenuhnya. Cuma sebagai
Menteri bertanggongjawab, beliau perlu memantau projek ini dengan rapi.
Penulis mendoakan beliau akan
lebih bernasib baik tahun 2014. Selamat Menyambut Tahun Baru dan sejahtera
dunia akhirat.
No comments:
Post a Comment