Sunday, 8 December 2013

`USAHAWAN USAHAWAN PENYELUDUPAN’ DI SUNGAI GOLOK KAYARAYA TETAPI NEGARA TERANCAM.




Kes tembak menembak, sindiket minyak diesel, penjualan pil kuda berluasa, penyeludupan manusia  dan penjenayah melarikan diri ke Thailand amat `rampant’ di Malaysia. Salah satu puncanya ialah `pintu rumah’ Malaysia Thailand yang berkunci tetapi senang dibuka.

Aktiviti haram sangat aktif di sepanjang Sungai Golok. Besar kemungkinan dadah, senjata api dan bom di bawa masuk `unnotice’ oleh pihak berkuasa. Penjenayah penjenayah boleh keluar masuk Malaysia dengan senang menaiki sampan mahupun jalanraya.

Pengalaman penulis melawat Narathiwat untuk projek IPP tempohari, kemasukan ke Thailand agak mudah juga. Penulis yang sesekali masuk, mungkin di teliti passportnya tetapi bagi kekawan Malaysia yang sering ke Thailand, pemeriksaan Imigresennya agak longgar.

Di peringkat KDN, ada cadangan untuk memasang pagar elektrik sepanjang 121 km Sg Golok dan 20km sempadan darat. KDN perlukan kerjasama Kerajaan Kelantan dan mungkin penduduk untuk menggunakan atau membeli sebahagian tanah mereka untuk didirikan pagar. Bagaimana pula dengan rezab sungai dengan lebaran 30-40 kaki.?

KDN harus memberikan penerangan kepada Kerajaan Kelantan kebaikan dan keperluan mendirikan pagar elektrik. Kita mungkin kerugian beberapa `usahwan usahawan penyeludupan’ tetapi kita  akan rugi lebih besar jika penjenayah,  pemberontak atau komunis bertapak di Kelantan dan melakukan pencerobohan ala Lahad Datu.

Kerajaan Pusat mungkin kena berbelanja besar tetapi keselamatan negara lebih berharga. Kelantan mempunyai kes tangkapan pil kuda tertinggi di Malaysia. Anak muda paling ramai yang sudah menjadi penagih dadah dan pil kuda.

Penulis terkenang pagar elektrik yang dipasang di Ladang Kelapa Sawit untuk mencegah kehadiran gajah gajah. Sekali sekali terdengar juga kemalangan berlaku pagar elektrik. Bagaimana agaknya bentuk dan `security measures’ pagar elektrik di sepanjang sempadan Sg Golok? Tentu sekali ketinggian pagar dan kekuatan pagar diambil kira di dalam pembinaannya nanti. Penulis tidak pasti samada pembinaan tembok ala `Tembok Berlin’ di beberapa lokasi.

Dari segi politik pula , Kerajaan Kelantan dibawah Datuk Ahmad Yaakub ini lebih `friendly and receptive’ dengan Kerajaan Pusat. Perkara ini memudahkan persetujuan dan perlaksanaan projek pagar elektrik. Yang sudah sudah, ke `ego’ an Datuk Nik Aziz yang menolak sebarang kerjasama dengan UMNO, telah menyebabkan anak muda `bergila’ dengan pil kuda. Di Selangor pun sama. Kerajaan Selangor tidak memberikan `persetujuan’ untuk Kerajaan Pusat mensempurnakan projek Langat 2. Ini adalah kerana hanya kerja kerja di negeri Selangor yang belum siap di bina. Jika projek ini tidak dapat dilaksanakan, penduduk Lembah Klang akan menghadapi masalah bekalan air bersih.


Penulis ingin ingatkan bahawa kejadian `pencerobohan pengganas Lahad Datu’ boleh berlaku di sepanjang sempadan Malaysia dan Thailand, jika Malaysia mengambil ringan `keluar masuk’ pintu Malaysia .

No comments:

Post a Comment