MANCHESTER
UNITED WAJAR PECAT JURULATIH MOYES.
Sejak
mengambilalih kejurulatihan Kelab Terkaya di dunia, Manchester United di bawah
jurulatih Moyes tidak bermaya dan asyik menang tipis, seri dan paling teruk
banyak kali tewas. Semalam, awal Rabu, MAN UTD tewas kepada team yang yang
bukan top 5 Liga Perdana Inggeris, Everton 1-0. Terkini kalah dengan NewCaste Minggu lepas Fulham FC telah
memecat jurulatihnya, Martin Dol kerana prestasi buruk.
MAN
UTD gagal menarik minat pemain pemain terbaik dunia berbanding dengan ARSENAL
atau MANCHESTER CITY. MAN UTD tidak perlu mengikut jejak langkah BARCELONA atau
REAL MADRID yang membelanjakan jutaan dollar.
Dari
segi senioriti, jurulatih Moyes bukan jurulatih yang teratas dari segi
pengalaman dan kejayaan menjulang Piala.
MAN
UTD perlukan `membeli’ 2 pemain pertahanan yang kental, 2 pemain tengah yang
`creative’ dan 2 pemain penyerang tambahan untuk membantu Robin Van Persie,
Wayne Rooney, Chiharito, Januzaj dan Valencia.
Harimau
Malaya dan Harimau Muda untuk lebih berjaya di peringkat antarabangsa, ia perlu
membangunkan pemain tengah dari sekarang. Pemain tengah selalunya adalah
perancang permainan dan `ball pocession’. Pemain tengah `create opportunity and
assist goal scoring’. Malaysia perlu pemain skil seperti Inesta, Xavi dan Febregas
dari Barcelona, Di Silva dari Manchester
City dan Ozil dari Arsenal di dalam team Harimau Malaya dan Muda. Mustahil
untuk mendapat 100 peratus skil pemain tengah antarabangsa tadi, tetapi 40-50
peratus sudah memadai untuk `mengucar kacir’ pihak lawan.
TAN
SRI ANNUAR MUSA KENA LETAK JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PROGRAM PLAN PEMBANGUNAN
BOLASEPAK KEBANGSAN 2014-2020
Peraturan
Kondeferasi Bolasepak Asia dan Antarabangsa (AFC dan FIFA) tidak membenarkan
Tan Sri Annuar Musa aktif di badan yang berkaitan dengan bolasepak sehingga
tempoh pergantungannya tamat tahun 2014 nanti.
Pada penulis,
biasalah. Orang yang berani, berwawasan dan faham bidang bolasepak akan menyuarakan
pendapatnya. Pendapatnya, malangnya ia tidak dibenarkan oleh peraturan FAM.
Pendapatnya dianggap mengkritik FAM secara terbuka. Ramai juga yang menjadi
mangsa FAM. Datuk Seri Shahidan Kassim dan Tengku Mahkota Johor. Peminat sukan
berharap artikel 44 (jika tidak silap) di dalam Perlembagaan FAM di ubahsuai.
Penulis ingat
tentang penulisan tempohari yang mengesa para peneraju badan kesukanan dan
pertubuhan supaya `nipis teliga’ dan menjemput cadangan dan kritikan. Jangan
cepat melenting dan pantas ambil tindakan.
Apa apa pun,
Tan Sri Annuar yang di `musuhi’ FAM, berjaya membawa Kelantan ke persada
kejayaan. Beliau berjaya mengembalikan penyokong bolasepak ke Stadium. Virus
`kembali menonton di Stadium’ menular cepat di Terengganu, Pahang, Johor,
Sarawak dan Selangor. Setakat ini, penyokong akan ke Stadium jika pasukan
Harimau Malaya atau Harimau Muda bermain.
Tan Sri Annuar
berjaya menambah nilai seseorang pemain. Pemain Kelantan dibayar dengan gaji
yang baik dan `demanded’. Ramai yang berhijrah ke negeri lain,menerima
pengiktirafan dan gaji yang lebih baik..
KAFA berjaya
sebagai sebuah kelab yang berjaya dan
`cash rich’. Imbuhan kepada pemain mereka agak lumayan. Jenama `The Red
Warrior’ melonjak tinggi di pasaran.
Kelantan di
bawah Tan Sri Annuar berjaya merapatkan rakyat Kelantan tanpa mengira ideologi
politik dan kaum. Mereka berjaya lupakan batasan politik untuk menyokong
pasukan `the Red Warrior’. Dari segi politik peribadi, Tan Sri Annuar ibarat `mati hidup kembali’. Beliau menang kerusi
Parlimen Ketereh walaupun Kelantan ditadbir PAS. Peminat sukan turut
memenangkan Tan Sri Annuar.
Akhirnya,
pemain Kelantan membelot banyak Anugerah FAM dimana Piya dinobat sebagai Pemain
Paling Bernilai dan Pemain Tengah Terbaik. Mohd Farhan dipilih sebagai
Penyerang Terbaik dan Khairul Fahmi sebagai Penjaga Gol Terbaik.
Amat malang dan
dukacita Tan Sri Annuar tidak dapat mencurahkan pengalamannya di dalam Program
Pelan Pembangunan BolaSepak Kebangsaan.
EFFA
OWANA SUDAH LEBIH `SPORTMANSHIP’?
Pemain
ini bermain untuk pasukan T Team atau Terengganu (terlupa) musim lepas.
Satu
sikap yang kurang baik pemain yang berasal dari Nigeria ini ialah kerap
mempersoalkan keputusan pengadil. Hampir setiap kali beliau atau pasukannya
dikasari, beliau akan bertelagah dengan keputusan pengadil. Rentak permainan
asyik terganggu dengan gelagat beliau.
Beliau
berbuat demikian kerana merasakan mutu pengadilan Malaysia tidak sestandard pengadilan di Nigeria,
menganggap dirinya terlalu pro dan cuba memasarkan diri (menarik perhatian)
dikalangan jurulatih pasukan di Malaysia.
Penulis
harap pasukan Negeri Sembilan akan memberikan `tuition’ semangat kesukanan
kepada beliau. Beliau kena tahu sebagai pemain pro dan penyerang, pasukan lawan
akan senantiasa mengawal beliau.
No comments:
Post a Comment