Ada ahli
politik berlobi lobi untuk dilantik menganggotai MT UMNO. Ada politukus
menunjukkan `ketegasan tidak bertempat’ untuk menarik perhatian PM dan Presiden
UMNO. Yang bertanding pulak menghabiskan masa dan duit untuk menghadiri Majlis
Memperkenalkan Calon di merata tempat.
Penulis gembira
jika mereka betul betul untuk berkhidmat kepada parti kerana ramai juga ahli MT
UMNO lupa perjuangannya selepas dilantik. Bila pegang jawatan, dia cakap dia
juara dan pejuang untuk Melayu. Realitinya penasihatnya (peguam, rakan kongsi,
pengurus syarikatnya, penyokong dan teman golf)
orang Cina.
Penulis kurang
arif mengapa MB dan KM yang tidak bertanding di dalam pemilihan UMNO tidak di
jemput mengisi jawatan Ahli MT.? Mungkin dalam apa cara pun, mereka terlibat.
Jikalau tidak di MT, di mesyuarat MB/KM dengan PM dan banyak avenue lagi. Juga
memberi peluang kepada orang lain. Selain itu MB/KM di beri peluang untuk
memberikan perhatian di negeri masing masing.
`Blue Eye Boy’
yang penulis maksudkan ialah Datuk Irmohizam Ibrahim. Beliau adalah Ahli
Parlimen Kuala Selangor, Penyelaras utama IM4U, Pengerusi LKIM dan sekarang
Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau juga berwajah mirip Datuk Effendi Norwawi,
mantan Menteri Pertanian, orang berpolitik dari Sarawak. Beliau bijak juga.
Penulis
meramalkan Datuk Irmohizam Ibrahim berpotensi menerajui UMNO Selangor sebagai Timbalan
Pengerusi dan kemudian Pengerusi Perhubungan Selangor di dalam tempoh 5-8
tahun.
Pada masakini,
Datuk Seri Noh Omar diberi kepercayaan oleh Presiden UMNO menjaga UMNO
Selangor. Penulis ucap tahniah kepada beliau kerana `argument’ di dalam WACANA
NASIONAL di TV1, Ahad lalu iam 11 malam, sangat bernas dan tajam. Saudara
Suffian Ibrahim dari Merdeka Center tidak dapat berhujah dengan Datuk Seri Noh
Omar. Tahniah Datuk.
No comments:
Post a Comment