.
Hampir setiap
kali Perhimpunan UMNO, para perwakilan bercakap melebihi masa yang telah
ditetapkan oleh Pengerusi Mesyuarat. Ini menyebabkan Ketua Wanita, Pemuda dan
Puteri, Naib Presiden (3 orang) Timbalan Presiden dan Presiden terpaksa
memendekkan ucapan masing masing. Sering kali apabila ucapan dipendekkan, ia
tidak memberi impak penutup. Contohnya tahun lepas, ucapan pembukaan Presiden
amat berapi tetapi disebabkan kekangan masa (menghampiri waktu Maghrib), ucapan
penutup dan pengulangan, hampar. Jangan sesekali Presiden UMNO berucap semasa
azan Maghrib berkemundang atau sudah masuk waktu. Takut ada pihak menulis dalam
twitter.
Penulis hendak
dengar pesanan Timbalan Presiden 1 jam dan amanat Presiden 2 jam. Jam 4ptg
hingga 5 petang sepatutnya diperuntukkan kepada Timbalan Presiden. Presiden
UMNO mesti memulakan pengulungan jam 5 petang. Jesteru itu, Pengerusi Tetap,
Setiausaha dan Setiausaha Kerja kena `work backward’. Barulah Perhimpunan ini
bermakna. Pembukaan dan penutup yang bersemangat.
Alhamdulilah,
sebentar tadi, Timbalan Presiden memulakan ucapannya jam 4.20 petang dan tamat
sebelum 5 petang. Presiden UMNO dapat bercakap dengan selesa dan habis bercakap
jam 6 petang.
Selain daripada
kawalan masa oleh Pengerusi Tetap, ramai juga pemimpin tidak berada di dewan
kerana berada di kawasan mereka yang dilanda banjir. Naib Presiden Datuk
Hishamuddin Tun Hussein masih di rawat di hospital swasta. Mungkin ini
menjimatkan masa ucapan.
No comments:
Post a Comment