Ucapan Presiden di Perhimpuan Agung UMNO 2013 kali ini dibantu dengan tayangan video dan powerpoint untuk memberikan kefahaman yang tinggi kepada perwakilan.
Salah satu isu yang diutarakan ialah Misi PM ke Bangladesh dan pembohongan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai BN menerbangkan 40,000 rakyat Bangladesh untuk mengundi BN di PRU13 yang lalu. Setelah menuduh BN menipu di pentas ceramah di seluruh Negara dan disambung oleh penceramah PAS dan DAP, Anwar Ibrahim menafikan beliau bercakap demikian. Sebaliknya Anwar Ibrahim menuduh blogger UMNO yang memanjangkannya.
Tanpa disangka, Presiden UMNO menanyangkan video ceramah Anwar Ibrahim yang bercakap pasal `Mat Banglasia’. Presiden UMNO menanyangkan dua video dahulu sebagai bukti kepada perwakilan UMNO. Diberitakan banyak lagi video ceremah Anwar Ibrahim yang membuat tuduhan terhadap BN.
Pembangkang berstrategi untuk memberikan presepsi yang BN menipu untuk menang PRU. Penipuan ini dibantu oleh SPR. Semua institusi kepolisan, kehakiman dan suruhanjaya pilihanraya di warnakan sebagai penipu. Pembangkang berjaya mempengaruhi ramai rakyat seperti yang ditunjukkan oleh pengundian di PRU.
Selain kes Mat Banglasia, Presiden UMNO mendedahkan ada pihak (penulis meneka puak Pembangkang yang fasih bahasa Mandarin dan rangkaian) telah pergi ke Taiwan dan memberikan gambaran yang salah serta menakutkan pelabur pelabur Taiwan. Akibatnya Malaysia kehilangan potensi pelaburan RM40bilion di RAPID, Komplek Penapisan Minyak Bersepadu di Pengerang.
Mereka lebih rela pelabur berniaga di negara lain dan tidak mahu melihat ekonomi Malaysia berkembang pesat. Selain daripada itu, mereka amat takut kroni BN/UMNO akan mendapat komisen dan projek RAPID. Pelaburan sebesar itu akan mewujudkan peluang kerja yang banyak untuk rakyat tempatan.
Ini merupakan strategi jahat pihak tertentu untuk mengagalkan projek PETRONAS. Organisasi ini merupakan penyumbang terbesar pendapatan negara. Dividen yang dibayar kepada Kerajaan dan digunakan untuk projek pembangunan. Mereka berstrategi dengan tiada pembangunan, rakyat akan merasa tidak puashati dengan Kerajaan. Mereka juga bertekad untuk melemahkan ekonomi supaya ekonomi berkembang lembab, kadar pengangguran tinggi kerana sukar mendapat kerja, kadar jenayah meningkat dan masalah sosial meninggi. Mereka cukup gembira `mensibukkan’ Kerajaan dengan masalah supaya Kerajaan `terlupa seketika’ mereka. Senang lah mereka menikam Kerajaan dari belakang.
Penulis minta rakyat Malaysia fikir fikirkan lah.
No comments:
Post a Comment