Penulis
menggunakan pengangkutan awam untuk ke Hospital Serdang. Kelazimannya, penulis akan
meletakkan kereta atau motosikal di Melaka Sentral untuk menaiki Bas Ekspres ke
Kuala Lumpur. Sesampai di R&R Serdang (yang bersebelahan dengan UPM),
penulis meminta diturunkan. Dari sini, penulis menaiki teksi ke Hospital
Serdang dengan tambang RM15 atau RM20 sehala bagi perjalanan 10 minit.
Jika penulis
berhenti di Terminal Bas Bersepadu (TBS), penulis akan menghadapi masalah
mendapatkan bas. Mungkin ada perkhidmatan tetapi kekerapannya setiap 1 jam.
Selain itu, perkhidmatan KTM Kommuter, ERL Express mahupun LRT kerana tiada
laluan ke sana. Yang ada hanya teksi halal dan haram. Tambang dari TBS ke
Hospital Serdang lagi mahal iaitu RM30-RM40 sehala.
Ringkasnya`connectivity
is bad’.
Jika kita
berkereta pun, pada hari Isnin dan Khamis khasnya, akan menghadapi masalah
meletakkan kereta. Ramai yang memandu dari dan ke Putrajaya, akan terpandang
kereta kereta yang diletak di kawasan hijau dan di bawah pokok sehingga tepi
lebuhraya berhadapan dengan Hospital Serdang.
Ramai pesakit
akan di `drive’ sehingga lobi hospital dan diturunkan di situ. Barulah pemandu
kereta akan ke tempat letak kereta. Jika sampai ke sana pukul 10 keatas, kereta
perlu di letak jauh daripada lobi.
Hospital
Serdang mempunyai 2 masalah iaitu connectivity pengangkutan dan satu lagi
kemudahan tempat letak kereta.
Kedua duanya
jika hendak diadakan akan menelan belanja yang besar. Lama kelamaan, kedua dua
ini diperlukan juga. Permintaan mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan
semakin meningkat kerana perkhidmatan semakin baik dari segala aspek dan satu
lagi ia percuma untuk kakitangan kerajaan dan murah untuk bukan kakitangan.
Orang bijak dan mampu pun akan mengambil
kesempatan.
Alangkah
baiknya jika Kerajaan dapat mengadakan perkhidmatan pengangkutan MRT ke Hospital
Serdang dan dihubungkan dengan TBS atau KL Sentral, Putrajaya dan Bukit Jalil.
Apabila kemudahan pengangkutan yang mesra pesakit, orang tua dan OKU, kemudahan
Tempat Letak kereta yang besar boleh dielakkan. Hospital Serdang mungkin
kekurangan tanah untuk sebuah Tempat Letak Kereta yang bertingkat dan besar.
Hospital Selayang sangat sesak dengan kenderaan dan sukar mendapat lot parker.
Dengan
penjimatan subsidi RM4 bilion dari rasionalisasi kadar tariff elektrik dan
RM1.1bilion dari subsidi minyak, mungkin Kerajaan boleh mempertimbangkan perkhidmatan
pengankutan MRT dari TBS ke Hospital Serdang, Hospital Putrajaya dan juga
Hospital Selayang.
Jikalau
Kerajaan usulkan kepada Tan Sri Abu Shahid dari Maju Holdings, operator TBS (nama
manja orang Muar ialah Abu Juling), pasti beliau akan melonjak kegembiraan.
Pihak swasta cukup banyak di luar yang inginkan projek `turnkey’, `Built and
Operate’, `Built Operate Transfer’ dan pelbagai kaedah. Atau minta GLC seperti
TNB yang untung berbilion, melabur di dalam projek ini. Penulis tahu ini bukan
perniagaan teras TNB.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete