Friday 13 December 2013

KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM DAN TEMPAT LETAK KERETA BERTINGKAT HOSPITAL SERDANG



Penulis menggunakan pengangkutan awam untuk ke Hospital Serdang. Kelazimannya, penulis akan meletakkan kereta atau motosikal di Melaka Sentral untuk menaiki Bas Ekspres ke Kuala Lumpur. Sesampai di R&R Serdang (yang bersebelahan dengan UPM), penulis meminta diturunkan. Dari sini, penulis menaiki teksi ke Hospital Serdang dengan tambang RM15 atau RM20 sehala bagi perjalanan 10 minit.

Jika penulis berhenti di Terminal Bas Bersepadu (TBS), penulis akan menghadapi masalah mendapatkan bas. Mungkin ada perkhidmatan tetapi kekerapannya setiap 1 jam. Selain itu, perkhidmatan KTM Kommuter, ERL Express mahupun LRT kerana tiada laluan ke sana. Yang ada hanya teksi halal dan haram. Tambang dari TBS ke Hospital Serdang lagi mahal iaitu RM30-RM40 sehala.

Ringkasnya`connectivity is bad’.

Jika kita berkereta pun, pada hari Isnin dan Khamis khasnya, akan menghadapi masalah meletakkan kereta. Ramai yang memandu dari dan ke Putrajaya, akan terpandang kereta kereta yang diletak di kawasan hijau dan di bawah pokok sehingga tepi lebuhraya berhadapan dengan Hospital Serdang.

Ramai pesakit akan di `drive’ sehingga lobi hospital dan diturunkan di situ. Barulah pemandu kereta akan ke tempat letak kereta. Jika sampai ke sana pukul 10 keatas, kereta perlu di letak jauh daripada lobi.

Hospital Serdang mempunyai 2 masalah iaitu connectivity pengangkutan dan satu lagi kemudahan tempat letak kereta.

Kedua duanya jika hendak diadakan akan menelan belanja yang besar. Lama kelamaan, kedua dua ini diperlukan juga. Permintaan mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan semakin meningkat kerana perkhidmatan semakin baik dari segala aspek dan satu lagi ia percuma untuk kakitangan kerajaan dan murah untuk bukan kakitangan. Orang bijak dan mampu pun akan  mengambil kesempatan.

Alangkah baiknya jika Kerajaan dapat mengadakan perkhidmatan pengangkutan MRT ke Hospital Serdang dan dihubungkan dengan TBS atau KL Sentral, Putrajaya dan Bukit Jalil. Apabila kemudahan pengangkutan yang mesra pesakit, orang tua dan OKU, kemudahan Tempat Letak kereta yang besar boleh dielakkan. Hospital Serdang mungkin kekurangan tanah untuk sebuah Tempat Letak Kereta yang bertingkat dan besar. Hospital Selayang sangat sesak dengan kenderaan dan sukar mendapat lot parker.

Dengan penjimatan subsidi RM4 bilion dari rasionalisasi kadar tariff elektrik dan RM1.1bilion dari subsidi minyak, mungkin Kerajaan boleh mempertimbangkan perkhidmatan pengankutan MRT dari TBS ke Hospital Serdang, Hospital Putrajaya dan juga Hospital Selayang.


Jikalau Kerajaan usulkan kepada Tan Sri Abu Shahid dari Maju Holdings, operator TBS (nama manja orang Muar ialah Abu Juling), pasti beliau akan melonjak kegembiraan. Pihak swasta cukup banyak di luar yang inginkan projek `turnkey’, `Built and Operate’, `Built Operate Transfer’ dan pelbagai kaedah. Atau minta GLC seperti TNB yang untung berbilion, melabur di dalam projek ini. Penulis tahu ini bukan perniagaan teras TNB. 

1 comment: