Saturday, 21 December 2013

MAAF BAPAK NAJIB. INDONESIA MENANG



Mungkin itulah gurauan Presiden Indonesia, Bapak Bambang kepada PM Malaysia, Datuk Sri Najib, ketika menelefon Bapak Presiden bertanya khabar sekembalinya dari Jakarta. PM kini berada di Kota Kinabalu,Sabah.

Rabu lepas, PM Malaysia berada di Jakarta untuk Perundingan Tahunan Malaysia Indonesia. Antara isu yang dirundingkan ialah pengintipan Australia keatas Indonesia dan Asean,pencegahan jerebu antara sempadan, pengeluaran Pas Pelajar dan visa untuk pelajar kedua negara, serta pengambilan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia.


Di dalam Sukan SEA 27 di Myanmar, acara bolasepak, Indonesia mengalahkan Malaysia di dalam sepakan penalti 4-3 setelah seri 1-1 dan tambahan 30 minit. Malaysia terlepas peluang mempertahankan pingat emasnya. Kini, misi memburu pingat gangsa diharapkan berjaya.

Penulis tidak mahu komen mutu permainan Malaysia kerana penulis pun tidak pandai main bola. Harap Jurulatih Harimau Muda, Dato Ong Kim Swee tahu apa kelemahan permainan  Harimau Muda.

Sebelum ini, di sebelah petang, acara balapan, atlet lompat kijang, Muhamad Hakimi `menghadiahkan’ pingat emasnya kepada atlet Vietnam kerana kesalahan diri sendiri. Beliau yang berkedudukan pertama, melepaskan 4 peluang untuk memperbaiki lompatannya tetapi (secara sengaja?) tidak berbuat sedemikian. Akhirnya, atlet Vietnam yang bersaiz rendah, melakukan lompatan melebihi 16.44 meter dan sekali gus menang emas.

Penulis merasa atlet Malaysia boleh berjaya di Sukan SEA ke28 akan datang jika program mengenalpasti dan melatih dilakukan dengan serta merta. Macam nak menang PRU, MSN mesti melatih mereka dengan intensif.

Sukan yang tidak melibatkan saiz badan dan fisikal seperti memanah, boling padang, pantanque, menembak dll memerlukan latihan konsisten dan `exposure pertandingan’. Bola Tampar Lelaki dan Wanita serta lompat tinggi memerlukan ketinggian di mana `selection’ amat mustahak.


Penulis perhatikan di Malaysia, latihan sentral SUKMA, sebagai contohnya,  di adakan 1 bulan sebelum kejohanan. Para atlet SUKMA biasanya pelajar dan biasanya latihan diadakan waktu cuti persekolahan. Mungkinkah persiapan Sukan SEA pun begitu? Pada mereka, pertandingan lokal dari masa kesemasa itu adalah latihan dan pengukuran prestasi dan `selection’. Bagaimana hendak menyelesaikan masalah pembahagian masa bekerja atau belajar dengan latihan. Bagaimana MSN (Bukit Jalil) memantau atlet yang berada di Melaka? 

No comments:

Post a Comment