Monday, 30 December 2013

SEKEJAM KEJAM DS NAJIB SERTA BN DAN SEBUSUK BUSUK DS ROSMAH, UAE MENDERMA USD10 JUTA UNTUK MANGSA BANJIR



PM Malaysia semakin dihormati di dunia Arab. Beliau disanjung tinggi oleh pemimpin Islam termasuklah di Palestin (Hamas dan Fatah). Tentu ramai masih ingat lagi permintaan kedua kumpulan politik di Palestin, kepada PM ketika Perhimpunan Agung UMNO November lepas.

DS Najib baru kembali dari Madinah dan Mekah ibarat `3 in 1’ iaitu kerja rasmi, cuti rehat (dalam kapal terbang dan penginapan di hotel) dan beribadat. Sesuailah mereka ke Madinah dan Mekah kerana mereka ingin memohon keampunan ALLAH SWT diatas `kezaliman’ dan `kekurangan memberi bantuan’ kepada setiap rakyat Malaysia. At least, mereka berani ke tanah haram dan mengadap ALLAH, tidak semacam beberapa pemimpin parti politik yang sangat berjasa memecahbelahkan masyarakat Islam dan rakyat Malaysia.


DS Rosmah kerap terbang ke Dubai dan negara Arab lain diatas jemputan dan PERMATA `sharing knowledge’. Kerap kali disalah taksir dan digelar `the real PM’ dan sering keluar negara untuk `shopping sakan’. Penulis selalu dengar, penuh barangan shopping satu pesawat PM. Sebusuk busuk DS Rosmah, beliau menjalinkan networking dengan isteri isteri pemimpin di sana. Beliau berfasih bahasa Inggeris dan tidak salah jika dikatakan beliau berpetah berucap jika dibandingkan dengan beberapa Menteri mahupun Timbalan Menteri dan juga pemimpin pembangkang.

DS Najib pernah bercerita kepada para perwakilan UMNO yang melalui  networking isteri beliau, seorang pelajar Malaysia di Mesir terlepas daripada tahanan kerana disyaki seorang pengintip. Juga melalui DS Rosmah dengan  networkingnya, Kerajaan Mesir membenarkan pelajar Malaysia diterbangkan oleh Pesawat Tentera, yang mendarat di Jeddah dan tanpa menggunakan visa. Ops Piramid masih dalam ingatan bagi ramai pelajar Malaysia di Mesir.

Penulis yakin dengan ketokohan pemimpin Islam DS Najib, hubungan akrab Kerajaan Malaysia dengan UAE serta networking DS Rosmah dengan isteri pemimpin dan NGO NGO di sana, memainkan peranan menjuruskan UAE bermurah hati menderma RM33juta untuk mangsa banjir di Malaysia. Dapat juga PM+isteri pahala. Anda dan penulis bagaimana? Penulis baru sms ke Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (13999) menderma RM10. RM33 juta berbanding dengan RM10.

GABUNGAN KERJA DAN IBADAT

Alhamdulilah. Malaysia mempunyai PM yang berkesihatan baik dan rajin berkerja. Sekarang ini 22 Disember 2013, beliau berada di Madinah untuk lawatan rasmi memenuhi jemputan Kerajaan Arab Saudi. Salah satu aturcara ialah menyaksikan memorandum penyelidikan antara pakar Universiti dari Malaysia dengan Kerajaan Arab Saudi. Penulis difahamkan Professor kita telah diberikan kepercayaan untuk mengkaji air bawah tanah Madinah. Pada masa ini, Arab Saudi menyuling air daripada air laut untuk bekalan air bersih. Ramai yang sudah maklum, pakar dari Malaysia pun terlibat di dalam pembesaran Masjidil Haram di Mekah.

Kesempatan berada di Madinah, PM dan isteri melakukan ziarah Makam Nabi Muhammad dan para sahabat dan bersembahyang di Raudah, memohon keampunan dan memohon kesejahteraan keluarga dan Malaysia.

Rombongan Malaysia pada 23 Disember berada di Mekah. Semestinya PM dan keluarga melakukan umrah serta berjmpa dengan para pelajar Malaysia selain menjamu selera di restoran D’Saji milik FELDA.

Penulis `cemburu’ dengan kebaikan dari sisi ALLAH yang diterima kerana PM turut membantu umat Islam Malaysia menyembah ALLAH, mengagongi Nabi Muhammad dan mensejahterakan rakyat Malaysia.

Penulis teringin sangat agar Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim kerap ke Mekah dan Madinah agar ALLAH dapat memberikan hidayah dan petunjuk supaya tidak `terlalu’ banyak merancang untuk memecah masyarakat Islam di Malaysia. Agar ALLAH dapat menyedarkan DS Anwar bahawa liwat, pluralisma, liberalisma dan LGBT itu SESAT dari ajaran Islam. Berkompromi dengan DAP untuk memecah undi, akan merugikan Islam.

Penulis faham beliau masih marah kerana tidak dapat jadi PM dan dendam kesumat apabila dibicara dan dipenjarakan. Namum itulah risiko seorang ahli politik. Di Malaysia, risikonya amat rendah berbanding di luar negara. Ahli politik Malaysia, mungkin tidak dipilih semula bertanding, dipecat dan dipenjara. Tetapi di luar negara, dipenjara seumur hidup, dibuang negeri atau dihukum mati, mungkin pengakhirannya.

Jika DS Anwar melakukan ibadat di Mekah dan Madinah, penulis minta TV1 dan TV3 menyiarkan lawatan dan umrahnya. Nanti rakyat kata hanya promosi PM sahaja. Tetapi media massa dan sosial team pembangkang tentu akan `spin’ gambar dan cerita DS Anwar ke Mekah/Madinah.

Sesampai di sana, jangan lupa doakan agar malapetaka seperti banjir besar tidak melanda Malaysia.


Agak ramai juga ahli politik, pesara dan pegawai Kerajaan, ahli perniagaan, para pegawai pembelian atau perolehan GLC yang terbang ke Londan dan Eropah untuk bercuti Krismas dan Akhir Tahun atau `berseminar’. 

No comments:

Post a Comment