Malam Ahad yang lalu, berlaku satu rusuhan di
Little India, Singapura. Ia berlaku ekoran seorang pekerja asing berbangsa
India terlibat di dalam kemalangan jalan raya. Beliau dilanggar bas.
Kemungkinan besar si mati ini sedang mabuk. Di kawasan inilah terdapat minuman
keras murah terjual.
Kejadian ini menyebabkan kemarahan kekawan
senegaranya. Mereka merosokkan cermin bas. Apabila polis datang untuk
mereedakan keadaan, Polis diserang dan kenderaan mereka dibakar. Dikatakan
seramai 400 orang awam merusuh yang menyebabkan kecederaan dan kerosakan harta
Polis dan Ambulan. Setakat ini 27 warga India ditahan Polis Singapura.
Rusuhan sebegini amat jarang berlaku di
Singapura yang terkenal dengan undang undang ketat.
Penulis menyarankan agar pihak Polis dan
agensi lain mengambil iktibar dengan kejadian tersebut. Di Cheng pun ramai
pekerja asing lelaki dan perempuan. Mereka datang dari Vietnam, Nepal,
Indonesia dan Bangladesh.
Di Taman Desa Cheng, terdapat sederet
bangunan kedai yang dijadikan asrama pekerja asing. Pelbagai maslah sosial
telah timbul sejak kehadiran mereka. Membuat bising, mabuk, mengacau anak dara
perempuan tempatan dan mencuri.
Selalunya mereka akan berjalan kaki ke Tesco
Cheng untuk membeli barangan dapur. Sambil berjalan, mereka petik jambu dan
mangga. Kalau untuk makan OK lah, tetapi
ada yang bawa guni. Ada berlaku kehilangan ayam, anjing, kucing dan arnab
penduduk Cheng.
Penulis mohon pihak YB Sazali dan JKKK
memantau keadaan ini. Sekali sekala Ops Cantas kena dijalankan. Lama benar
sekatan jalanraya di adakan di kawasan kubur Kristian menuju ke Tesco Cheng.
Kalau ada mungkin, mereka ini rasa seram sedikit. Kalau di biarkan, mereka akan
membina kekuatan dan boleh menjurus kejadian Little India di Cheng, Melaka.
Bukit Rambai pun boleh dikenali sebagai` Little Bangla’.
No comments:
Post a Comment