Sunday 24 August 2014

PERANAN SULTAN DALAM KEMELUT MB SELANGOR


Artikal yang di tulis oleh Prof Shamrahayu memperjelaskan beberapa persoalan yang membantu rakyat Selangor menjawab beberapa kekeliruan. Persoalannya ialah:-

1.  Siapakah yang layak dilantik sebagai menteri besar?
2. Adakah disyaratkan dia seorang anak jati atau dilahirkan di negeri Selangor?
3. Adakah seorang menteri besar telah kehilangan kepercayaan setelah beliau dipecat daripada parti politiknya.
4. Bolehkah seorang wanita dilantik sebagai menteri besar?
5. Adakah menteri besar boleh dipecat?
6. Bagaimanakah hilang kepercayaan kepada menteri besar boleh berlaku?
7.  Siapakah yang boleh membuat permintaan untuk membubar Dewan.
8. Dalam keadaan manakah Sultan boleh memberi perkenan dan dalam keadaan manakah pula baginda boleh, untuk tidak memberi perkenan bagi pembubaran DUN? 


Kemelut jawatan Menteri Besar di Selangor mempunyai impak mendalam kepada pemahaman dan perkembangan undang-undang Perlembagaan. Persoalan undang-undang Perlembagaan yang mempunyai jalur persoalan sama telah berlaku di Perak dahulu dan ia telah selesai dengan keputusan mahkamah. Peristiwa sebegini sudah tentu memberikan kita peluang untuk mengenali diri dan negeri, serta seterusnya negara kita dalam konteks perundangan; supaya kita lebih mengenali dan dapat menentukan prinsip amalan demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan dan seterusnya demokrasi beraja kita.

Kalau kita pengikut atau penyokong tegar demokrasi, kita perlu fikir kembali apakah benar-benar demokrasi berparlimen yang kita faham itu dapat menjamin kestabilan dan dapat mengubat penyalahgunaan kuasa oleh para pemain demokrasi. Sebenarnya kemelut ini telah memperkenalkan kepada kita ruang lompong demokrasi. Sekiranya kita sedar tentang wujudnya kelompongan tersebut, apakah cara terbaik untuk kita menyediakan perisai supaya demokrasi tidak menyebabkan barah salah guna kuasa dalam sistem kita.

Demokrasi berparlimen yang kita amalkan ini adalah demokrasi yang mempunyai raja atau demokrasi beraja. Dikembarkan dalam sistem kita ini ialah demokrasi beraja. Sistem demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan dan seterusnya demokrasi beraja itu mempunyai punca kuasa yang sama, iaitu Perlembagaan. Dengan kata lain, Perlembagaan mencipta demokrasi berparlimen. Perlembagaan juga mencipta raja berperlembagaan dan Perlembagaan juga meletakkan prinsip dan nilai kepada kedua-duanya. Kedua-duanya bersumberkan Perlembagaan. Sebab itulah Perlembagaan menjadi sumber utama undang-undang dan juga sumber kepada sistem pentadbiran kita.

Beberapa perkara perundangan berkaitan kemelut menteri besar di Selangor ini ialah; pertama, siapakah yang layak dilantik sebagai menteri besar? Syarat kelayakan lantikan menteri besar ialah dia seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan.

Adakah disyaratkan dia seorang anak jati atau dilahirkan di negeri Selangor? Syarat ini tiada dalam Perlembagaan negeri Selangor. Dalam amalan demokrasi melalui pilihan raya, seseorang bukan anak jati negeri boleh bertanding dan menjadi ADUN bagi negeri Selangor. Dengan itu, sebagai seorang ADUN walaupun bukan anak jati negeri Selangor, seseorang ADUN itu layak dilantik menjadi menteri besar dari segi undang-undang bertulis. Tetapi di sini timbul persoalan amalan Perlembagaan. Adakah kita mahu membentuk satu amalan atau konvensyen Perlembagaan (satu sumber Perlembagaan) untuk menjadikan syarat tidak bertulis bahawa menteri besar hendaklah daripada anak jati negeri berkenaan. Mungkin ini boleh dijadikan amalan Perlembagaan untuk diserahkan kepada budi bicara sultan. Dalam keadaan ini kita meletakkan prinsip tidak bertulis kepada apa yang tidak dinyatakan oleh Perlembagaan secara harfiah.

Adakah hal kewarganegaraan isu penting dalam kelayakan sebagai menteri besar? Ya. Ia adalah isu penting. Ini kerana Perlembagaan, dalam kes negeri Selangor ini, Perlembagaan Negeri Selangor dengan nyata dan jelas menyebut bahawa seorang yang mendapat kewarganegaraan menerusi cara naturalisasi atau pendaftaran menerusi Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan, tidak boleh dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan telah dimansuhkan pada tahun 1962, tetapi ia tetap menjadi syarat atau larangan dalam peruntukan Perlembagaan negeri Selangor.

Bolehkah seorang wanita dilantik sebagai menteri besar? Sekali lagi tiada syarat yang jantina diletakkan oleh undang-undang. Oleh itu dari segi undang-undang, ia bukan satu kesalahan. Di sini kita sekali lagi memerlukan jawapan kepada persoalan sama ada kita perlu mencipta amalan atau konvensyen Perlembagaan?

Budi bicara

Adakah kita mahu menerima amalan terdahulu yang sentiasa meletakkan seorang lelaki sebagai menteri besar mahu diteruskan sebagai amalan atau kita mahu mengubah amalan ini atas dasar merit atau kebolehan seseorang calon menteri besar tanpa melihat kepada jantinanya. Mungkinkah di sini kita perlu memberi sultan, dalam demokrasi beraja untuk menentukan jawapan kepada perkara ini? Sekiranya seorang wanita itu memenuhi merit, saya tidak mempunyai masalah dengan wanita menjadi menteri besar. Dan sultan perlu diberikan kuasa budi bicara untuk menentukan merit atau kebolehan dan kewibawaan seorang calon menteri besar, bukan semata-mata kepada jantina calon tersebut.

Persoalan lain yang timbul dalam kemelut di Selangor ini ialah, adakah seorang menteri besar telah kehilangan kepercayaan setelah beliau dipecat daripada parti politiknya. Perlembagaan dengan jelas menyatakan bahawa, kepercayaan kepada menteri besar ialah kepercayaan Ahli Dewan, bukan kepercayaan parti politiknya. Tetapi bacaan dalam politik ialah menteri besar telah hilang kepercayaan sekiranya dipecat daripada parti politiknya.

Adakah menteri besar boleh dipecat? Setelah dilantik dengan kepercayaan menteri besar tidak boleh dipecat, kecuali beliau telah dibuktikan telah hilang kepercayaan kepadanya dan beliau enggan meletak jawatan. Sultan boleh memecat menteri besar yang pada hemat baginda telah hilang kepercayaan sekiranya menteri besar tersebut enggan meletak jawatan. Setelah itu, sultan diberikan kuasa budi bicara untuk menentukan seorang ADUN yang pada hemat baginda" mempunyai kepercayaan majoriti ADUN.

Bagaimanakah hilang kepercayaan kepada menteri besar boleh berlaku? Jawapan kepada soalan ini telah banyak kita lihat. Sebagai ringkasan dalam keadaan di Selangor ini, sebagaimana juga keputusan dalam kes mahkamah dalam kemelut Perak sebelum ini, ia boleh ditentukan di luar Dewan Undangan Negeri melalui satu pernyataan dokumen yang mempunyai kesan undang-undang. Ia tidak semestinya dibuat dalam Dewan Undangan Negeri.

Apa yang jelas di sini ialah, dalam beberapa keadaan peruntukan Perlembagaan tidak menjelaskan dalam bentuk tulisan atau tidak menyatakan secara harfiah tentang beberapa perkara dan perincian dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan tersebut. Antara persoalan yang tidak dijelaskan secara harfiah oleh Perlembagaan ialah - apakah yang dimaksudkan dengan frasa pada hemat baginda dalam peruntukan undang-undang.

Apabila Perlembagaan dengan jelas menyebut bahawa Sultan mempunyai kuasa untuk tidak membubar Dewan Undangan Negeri apabila ada permintaan untuk membubarkan Dewan. Persoalan berkaitan ialah, siapakah yang boleh membuat permintaan untuk membubar Dewan. Adakah hanya menteri besar yang percaya dia telah kehilangan kepercayaan sahaja, atau ada orang lain, selain menteri besar boleh membuat permintaan membubar Dewan. Saya berpendapat, hanya menteri besar tersebut yang boleh membuat permintaan membubar Dewan. Ini jelas dalam Perkara 53(6) Perlembagaan Negeri Selangor.

Sekiranya menteri besar membuat permintaan untuk membubar Dewan Undangan Negeri, dalam keadaan manakah Sultan boleh memberi perkenan dan dalam keadaan manakah pula baginda boleh, untuk tidak memberi perkenan bagi pembubaran DUN? Semua ini perlu diserahkan kepada budi bicara Tuanku Sultan. Kekosongan ini menunjukkan ruang kepada kita untuk membina sistem, membentuk nilai dan seterusnya mencipta konsep amalan Perlembagaan kita sendiri.

Oleh itu peristiwa atau seperti kemelut di Selangor ini menyediakan satu ruang untuk kita membentuk amalan Perlembagaan kita. Amalan Perlembagaan dalam keadaan ini berkaitan dengan, terutamanya kuasa raja atau sultan bagi negeri dalam menentukan kepercayaan ahli Dewan Undangan Negeri.

Persoalan berkait kemelut jawatan menteri besar di Selangor ini membawa kita kepada satu pendekatan atau satu peluang untuk kita mencipta faham Perlembagaan kita sendiri. Apakah prinsip-prinsip yang perlu kita pakai dan tafsiran Perlembagaan yang perlu kita tetapkan untuk sistem raja berperlembagaan yang kita terima dan jadikan amalan Perlembagaan kita sekiranya ia tidak bertulis dalam Perlembagaan. Kita rujuk kepada sejarah kita, kita tidak perlu meniru raja berperlembagaan yang diamalkan di negara lain kerana amalan tersebut tidak sesuai dengan sejarah dan hala tuju negara kita. Tiada konsep universal dalam prinsip raja berperlembagaan.

Prof. Shamrahayu
Penulis ialah Felo Utama Pusat Kajian
Syariah, Undang-Undang dan Politik,
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140824/re_08/Peranan-Sultan-dalam-kemelut-MB-Selangor#ixzz3BJTgSLEa

© Utusan Melayu (M) Bhd

Saturday 23 August 2014

PILIHANRAYA SERENTAK UNTUK SELANGOR, PENGKALAN KUBUR DAN PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK?


Penulis harap harap 2 pilihanraya di adakan serentak dengan PilihanRayaKecil (PRK) Pengkalan Kubur, iaitu Pilihanraya Negeri Selangor (PRN) dan PRK Parlimen Bandar Tun Razak.

Sultan Selangor dan Jemaah DiRaja, atas nasihat MB Selangor di harap membuat ketetapan membubarkan DUN Selangor untuk memberikan rakyat Selangor membuat pilihan sebaiknya.

Tan Sri Khalid Ibrahim juga di beritakan akan meletak jawatan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak untuk membolehkan PRK di jalankan semula. Tetapi beliau perlu mengkaji implikasinya kerana beliau mungkin tidak boleh bertanding untuk 5 tahun jika melepaskan jawatan Ahli Parlimen
.

Friday 22 August 2014

PILIHANRAYA NEGERI DAN KECIL...



Pasti
DUN Pengkalan Kubur, Kelantan
Mungkin

Pilihanraya Negeri Selangor
Parlimen Bandar Tun Razak

ada satu lagi Parlimen....

Parlimen mana?

Parlimen Rembau, jika Mahkamah Persekutuan tolak rayuan fitnah YB Khairy Jamaluddin terhadap 
DS Anwar Ibrahim.

Rayuan Khairy pinda pembelaan ditolak

PUTRAJAYA 20 Ogos - Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk meminda per- nyataan pembelaannya dalam kes saman RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya yang didakwa memfitnah Ketua Pembangkang itu dalam satu ceramah politik di Lembah Pantai, enam tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Aziz Abd. Rahim yang bersidang bersama-sama Datuk David Wong Dak Wah dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim memutuskan demikian setelah mendapati Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul semasa menolak permohonan Khairy pada 9 Oktober tahun lalu.
Khairy diperintah membayar kos RM5,000.
Pengurusan kes bagi tuntutan saman itu dijadualkan esok di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, S.M. Komathy Suppiah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pada prosiding hari ini, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau diwakili peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah manakala J. Leela mewakili Anwar.
Khairy mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk meminda pembelaan beliau setelah mahkamah itu berpendapat pindaan tersebut adalah kabur dan tidak dapat menentukan apakah maksud pindaan yang dicadangkan.
Anwar, 67, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh memfailkan saman tersebut pada 7 Mac 2008 terhadap Khairy yang ketika itu merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO kerana didakwa memfitnahnya dalam ceramah tersebut pada 20 Februari tahun yang sama.
Anwar mendakwa Khairy telah mengucapkan dan menyebabkan penerbitan satu rakaman klip video dalam beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com yang menerbitkan sebuah artikel bertajuk Anwar and kin no threat yang didakwa mengandungi kata-kata fitnah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140821/ma_03/Rayuan-Khairy-pinda-pembelaan-ditolak#ixzz3B6WE6IrB
© Utusan Melayu (M) Bhd 




HARI PERKABUNGAN NEGARA





HARI PERKABUNGAN NEGARA

22.08.2014

JUMAAT

WAKTU BERTAKAFUR 10.55

Thursday 21 August 2014

AZIZAH JADI MB. WANITA UMNO MAHUKAN TIMBALAN PRESIDEN WANITA


Langkah Kajang di ranncang kerana PKR yang ingin mempromosikan DS DrWan Azizah Wan Ismail ke jawatan MB Selangor. Beliau akan dikenang sebagai wanita pertama menjadi Menteri Besar di Selangor dan di Malaysia.

Di dalam masa yang sama pulak Pergerakan Wanita UMNO terkeluar idea untuk mencadangkan seorang wanita di lantik sebagai Timbalan Presiden UMNO (Wanita). Jawatan sedia ada sebagai Ketua Wanita dan Ketua Puteri secara otomatik membarisi staf depan dan tertinggi UMNO tidak mencukupi pengiktirafan. Sebelum ini gelaran `tulang belakang UMNO' pun suda di anugerahkan pada Wanita UMNO. Ketua Wanita akan/telah mengusulkan kepada UMNO untuk pertimbangan.

Pada hakikatnya penulis pernah menyuarakan pendapat 5 tahun yang lalu agar wanita di berikan kedudukan yang sesuai kerana peranannya dan juga jumlah ahli dalam UMNO serta jumlah wanita di dalam Malaysia.

Penulis pernah mencadangkan Datuk Maznah Mazlan menerajui Pahang manakala Datuk Halimah Siddiq atau Datuk Azalina Othman menerajui Johor. Jika ia tidak sesuai, Timbalan Perdana Menteri 2 adalah dari kalangan wanita. 

PENSWASTAAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA....


Kebelakangan ini banyak berita tentang penswastaan. Terkini MAS sudah di jadikan sebuah syarikat pensendirian dan di keluarkan dari Bursa Malaysia. MAS menjadi milik penuh Khazanah Nasional Berhad. Dahulu ada cerita cerita MAS hendak di swastakan kepada Tan Sri Syed Mokhtar tetapi tidak menjadi kenyataan. Tun Dr Mahathir pun bertanya samada MAS ini di swastakan atau di nasionalisasikan. DS Najib yang buat pengumunan dan CEO Khazanah Nasional Berhad menyokongnya, diam seribu bahasa. MAS memang perlu bantuan segera sebelum masuk ICU.

Penswastaan sebelum ini dilakukan oleh Pejabat Peguam Negara. Pada pendapat penulis, Peguam Negara telah membuat keputusan yang tepat kerana ia akan mengelakkan tohmah oleh Anwar Ibrahim yang Kerajaan yang ingin menyusahkan dan memejanrakan Anwar Ibrahim di Pengara Sg Buluh, Pendakwaaan telah di swastakan pada Tan Sri Dr Shafiee Abdullah. Kelazimannya, penswastaan projek adalah untuk mencapai effisensi dan kejayaan.

Kini Parti Islam SeMalaysia pun sudah di swastakan kepada DS Anwar Ibrahim. Key management nya sudah di ambilalih oleh kuncu kunco Anwar Ibrahim dan bergelar Anwarinas. Sebab itu di dalam kes U TURN sokongan oleh PAS terhadap Tan Sri Khalid, Anwar Ibrahim yang membuat keputusan walaupun Majlis Syura Ulamak dan Presiden PAS telah menyatakan sokongan pada Tan Sri Khalid.

Marilah kita berdoa dengan penswastaan PAS kepada Anwar Ibrahim dan PKR ini, PAS akan lebih maju di dalam politik agama, bangsa dan negara. Take beer.

PR SEDANG MEMERANGKAP SULTAN SELANGOR



Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengidamkan DS Dr Wan Azizah Wan Ismail, di lantik terus sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. PKR dan PR mahu mengelakkan Pilihanraya Negeri Selangor diadakan kerana perancangan boleh berubah.  PKR sudah melengkapkan dokumen Surat Akuan Bersumpah Sokongan daripada 43 ADUN PKR, DAP dan PAS. Tan Sri Khalid kini keseorangan bersama 12 ADUN daripada BN. Dokumen ini akan di persembahkan ke Bawah Duli Tuanku apabila Tuanku berangkat pulang pada 23 Ogos 2014 nanti.

Jesteru itu, andaikata Sultan Selangor menerima nasihat Tan Sri Kalid untuk membubarkan Dewan, Tuanku kena memberikan alasan alasan yang bernas dan `legal' untuk di adakan pembubaran dan piliharaya negeri. Kita tidak mahu sesuatu keputusan akan di `contest' di Mahkamah kelak.

Selain daripada itu, gerakan menekan Sultan Selangor secara sulit sedang dijalankan. Keputusan  Mahkamah Persekutuan mengenai pertukaran MB PAS Perak, DS Nizar Jamaluddin kepada MB BN, DS Zambery Kadir, di mana PilihanRayaNegeri (PRN) tidak perlu di adakan kerana DS Zambery sedang mendapat majoriti Dewan. Prinsip yang sama sedang di cadangkan di gunapakai di Selangor.

PKR dan PR juga sedang bermain dengan Sultan Selangor agar menerima DS DrWan Azizah sebagai MB yang baru kerana hanya seorang penama sahaja yang di usulkan atau dipersembahkan kepada Tuanku Sultan. PKR dan PR cuba melakar sejarah sebagai negeri yang pertama di Malaysia mendapat MB seorang wanita. Di samping itu, Anwar Ibrahim ingin mengukuhkan kedudukan beliau dan PKR serta PR menuju Putrajaya.

Ini lah `perangkap samar' yang sedang di pasang oleh PKR dan PR supaya ia menjadikan Sultan Selangor berhati hati membuat keputusan dan keputusan itu mengikut rencana PKR dan PR. Andaikata Sultan Selangor mengambil jalan yang berbeza, `bom perangkap samar' akan meletup. Hanya jalan yang `bersih' akan menyelamatkan Baginda Sultan.

Wednesday 20 August 2014

ZUHDI TEGUR PUCUK PIMPINAN PAS

Zuhdi tegur pucuk pimpinan Pas



Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Muhd Zuhdi Marzuki menegur PAS kerana memberikan tumpuan yang salah terhadap Selangor. PAS seharusnya membantu Kerajaan Selangor memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyatnya akan tetapi lebih melayan dan memetingkan agenda peribadi Anwar Ibrahim. Berita selanjutnya adalah di lampirkan.


Kritikan ini walaubagaiamanpun akan membawa implikasi yang kurang baik buat Dr Zuhdi. Beliau akan di musuhi oleh Anwar Ibrahim dan geng mereka di dalam PAS. Dr Zuhdi mungkin senasib dengan Ustaz Nasharuddin Mat Isa ataupun Datuk Dr Hassan Ali, iaitu di pecat dari PAS. Atau beliau tidak akan di calon semula di dalam AJK Pusat yang menyebabkan suara beliau tidak kedengaran di dalam Majlis PAS.



ZUHDI TEGUR PUCUK PIMPINAN PAS


KUALA LUMPUR 19 Ogos - Pucuk pimpinan Pas perlu memiliki sikap negarawan dengan meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pakatan pembangkang.
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki (gambar) berkata, Pas sebagai sebuah parti Islam sepatutnya berfikir di luar kotak dan bukannya melihat dari sudut pertembungan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) atau antara Pas dan UMNO.


Menurut beliau, kecenderungan pimpinan tertinggi Pas menelaah situasi krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor dan situasi politik yang lain melalui kerangka pemikiran yang sempit adalah mengejutkan.
"Lebih sembilan bulan kepentingan rakyat Selangor dan kebajikan mereka dikebelakangkan kerana agenda PKR dan peribadi Anwar.

"Mengapa tidak ramai pimpinan pakatan pembangkang yang berani tegur kecenderungan politik PKR dan Anwar yang mementingkan agenda parti dan individu," katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Kelmarin, Jawatankuasa Pas Pusat membuat keputusan untuk mencadangkan nama Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan tersebut mengejutkan banyak pihak kerana ia menolak pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang sebelum ini mempertahankan pentadbiran Abdul Khalid. Mohd. Zuhdi memberitahu, pakatan pembangkang seharusnya memikirkan pula tentang bagaimana mereka boleh berpolitik untuk kepentingan rakyat dan negara. Beliau menambah, rakyat Selangor telah diheret dalam kemelut politik yang tidak berkesudahan khususnya melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan isu air yang dipolemikkan.

"Akibatnya, kelancaran pentadbiran kerajaan negeri yang disenangi rakyat terganggu dan merencatkan inisiatif pegawai-pegawai kerajaan yang berdedikasi untuk menjaga kepentingan rakyat," ujarnya.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Politik/20140820/po_03/Zuhdi-tegur-pucuk-pimpinan-Pas#ixzz3AtRnFsWl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday 19 August 2014

PENJARA SG BULUH SETIA MENUNGGU



Penjara Sg Buluh sepatutnya telah meriah menyambut kedatang seorang VVVIP yang telah membuat tepahan awal tetapi oleh kerana sebab sebab yang tidak dapat di elakkan (membetulkan kedudukan anak bini), ia tertanggoh pada 8  Ogos dan 14 Ogos. Kali ini VVIP ini telah membuat final confirmation untuk datang selepas 28 atau 29 Oktober 2014.

Bendera dan kuih muih terpaksa di pasang dan di beli semula. Bilik khasnya telah dikosongkan sekian lama, terpaksa di bersihkan semula.

Para penyambut dan penjaga telah pun bersedia memberikan perkhidmatan terbaik agar VVIP ini ingin tinggal dengan lebih lama kerana keselesaaan yang amat sangat.

Semburan anti nyamok dan minyak wangi perlu dilakukan kerana mengelakkan VVIP di jangkit deman denggi.

Sg Buluh setia menanti.....

TUN DrMAHATHIR MENEGUR......WAKE UP CALL NAJIB & PEMBODEK


Tulisan mengenai teguran Tun DrMahathir di https://www.facebook.com/sekadar.pandangan adalah berkaitan.

Saya amat mengemari coretan Tun. Banyak nasihat dan teguran. Teguran ini biasanya di lakukan secara `public' apabila teguran secara bersurat atau pertemuan 4 mata tidak berhasil. Teguran Tun ditujukan pada DS Najib yang mengepalai Kerajaan. Beberapa dasar yang tidak popular merunsingkan rakyat Malysia, di utuskan atau di sampaikan kepada DS Najib untuk perhatian dan pembaikan. Tetapi DS Najib tidak proaktif dengan teguran tersebut. Penulis cadangkan adakan pertemuan tetap dengan beberapa pemimpin setiap bulan. Lawati mereka dan minta pandangan atau beri penjelasan kerana apa Dasar itu di laksanakan oleh Kerajaan. Jangan lah berdiam diri dan buat dek sahaja.

Penuis amat suka satu rangkap ayat. Jangan biarkan bisikan menjadi jeritan. Juga sayangkan pemimipin tegur tegurkan. Tun lebih sayang kan bangsa dan negaranya, Malaysia.


Ekoran daripada teguran tadi, ia menjadi viral di laman sosial. Ramai yang memberikan link dan pandangan. Antaranya ialah:-

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fpaneh.blogspot.com%2F2014%2F08%2Fhabislah-najib.html&h=9AQFWRfhB

http://helenang.wordpress.com/2014/08/18/tun-menarik-balik-sokongan-beliau-bagi-najib/

Sebelum ini penulis telah menulis mengenai gossip yang TS Muhyiddin Yassin ingin meletakkan jawatan kerana `fed up' dengan sikap `tak apa' `ala biarkan lah' DS Najib seperti di bawah 

http://nasirwise.blogspot.com/2014/06/teori-muhyiddin-letak-jawatan-merajuk.html

Hari ini 19 Ogos Selasa, Tun DrMahathir menjelaskan tegurannya tidak bermakna beliau meminta DS Najib letak jawatan. Ia ibarat wake up call seperti penulisan seperti berikut:-


http://www.nst.com.my/node/24504

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Friziqin.blogspot.com%2F2014%2F08%2Fteguran-tun-mahathir-ibarat-seperti.html&h=SAQE1yhYc

http://ibm-akusayangumno.blogspot.com/2014/08/pak-mahathir-tegur-bukan-suruh-najib.html

Penulis harap DS Najib memgambil perhatian teguran Tun DrMahathir dan jika DS Najib mempunyai pendirian berbeza, sila makluman dan beri penerangan peribadi. DS Najib sepatutnya selalu bertanya dan mendapatkan pandangan orang orang lama.

SULTAN SELANGOR PERLU MENETAPKAN KEPUTUSAN YANG WOW.


DYMM Sultan Selangor akan membuat keputusan mengenai kedudukan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang sudah kehilangan majoriti di DUN Selangor, sekembalinya dari luar negara. Pakatan Rakyat sudah memiliki sokongan bertulis berbentuk Surat Akuan Bersumpah dari 15 sokongan dari DAP, 13 dari PKR dan 2 dari PAS.

Pakatan Rakyat sedang berusaha mendapat 13 lagi Akuan Bersumpah dari ADUN PAS setelah Majlis Pimpinan PAS Pusat memberikan sokongan kepada DS DrWan Azizah dan Azmin Ali mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.  

Strategi terkini Anwar Ibrahim ialah PKR dan PR berhasrat menyediakan segala dokumen sokongan yang `complete' dan `absolute' untuk dipersembahkan kepada Baginda Sultan Selangor. PKR dan PK ingin lantikan terus DS Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor dan mengelakkan pembubaran Dewan.

PKR sedang memberikan tekanan kepada Sultan Selangor agar menerima DS DrWan Azizah sebagai MB Selangor. PKR sudah mendapatkan sokongan penyokong PR si Selangor. PKR sudah mula membincangkan dan menguar uarkan keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai kes Sultan Perak melantik Datuk Seri Zambry Abdul Kadir kerana DS Nizar Jamaluddin sudah kehilangan sokongan majoriti DUN, walaupun PRU baru berlaku 8 bulan yang lepas.

Sultan Selangor perlu membuat keputusan yang baik dan adil untuk semua pihak. Kita tidak mahu Sultan Selangor kelihatan mempraktikkan partisan dan menyelebahi satu pihak.

Pendapat patik yang hina, adalah lebih baik di bubar DUN Selangor dan di adakan Pilihanraya Negeri. Sultan Selangor sudah menjalankan tugas dengan memberi peluang kepada rakyat Selangor yang beragama Islam dan berbangsa Melayu membuat pilihan sendiri. Samada ingin memilih Pakatan Rakyat dan MB yang pro Kristian atau BN yang diterajui UMNO yang memertabatkan Islam. Rakyat Selangor sendiri yang hendak memilih dosa mahupun pahala. Rakyat Selangor pilih sendiri Islam yang benar mahupun Islam yang liberal. Sultan Selangor lepas seksa dan berdosa.




http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/08/19/Pakatan-prepares-another-13-statutory-declarations/

Monday 18 August 2014

JUST READ!: Its time for Umno to forget PAS

JUST READ!: Its time for Umno to forget PAS



Penulis kerap menulis cadangan kepad PM dan BN agar memberikan perhatian yang lebih kepada penyokong / pengundi Melayu dan Bumiputera Sabah / Sarawak serta penyokong BN samada dari MCA, MIC, Gerakan,.PPP, SUPP dan lain lain parti komponen BN. Kaum Cina setakat ini masih belum berubah untuk mengundi BN. Kaum India sudah menunjukkan peningkatan. Nampaknya dasar ini perlu di teruskan tanpa menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia.



Selain daripada itu, penulis amat bersetuju dengan sahabat JUST READ yang menyarankan BN dan UMNO lupakan PAS. Mereka tidak akan mahu bersatu dengan UMNO dan berkerjasama dengan BN. Penulis bersetuju dengan logik tersebut kerana PAS tidak mementingkan perpaduan bangsa dan agama.



Mahu tidak mahu UMNO kena berseorangan menerajui memajukan Islam, bangsa Melayu dan Malaysia. 



Jangan berangan angan menjadi hero untuk menyatukan orang Melayu Islam dalam UMNO dengan PAS. Buang masa sahaja serta akan berlaku U TURN dan pembelotan.



Saturday 16 August 2014

UMNO KETAWA. RAKYAT MENANGIS


Penulis merujuk kepada postor `UMNO KETAWA. RAKYAT MENANGIS' yang di bawa oleh NGO Cina dan petunjuk perasan terhadap MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, yang menuntut beliau letak jawatan.

Pada pendapat peribadi saya, memang UMNO sedang ketawakan rakyat Selangor menangis. Ini adalah kerana mereka sendiri yang memilih Pakatan Rakyat yang menjanjikan perubahan ketika PRU12 dan 13. Perubahan yang telah dan sedang di bawa oleh Pakatan Rakyat adalah sangat membahagiakan rakyat.

Dengan cuaca yang panas serta kemarau yang panjang, Selangor di landa krisis air yang teruk. Peniaga kecil dan pelabur besar terjejas dengan catutan air. Berkaitan dengan air, Selangor merekodkan kejadian denggi melebihi 31,000 kes daripada 60,000 keseluruhan kes di  Malaysia. Ia dikatakan berlaku apabila rakyat Selangor menyimpan air sebagai bekalan.

Rakyat Islam Selangor boleh berbangga dengan prestasi mereka. Pertumbuhan surau sama rancak dengan pembukaan gereja serta  pusat urut,pelacuran  dan judi. Penjualan arak berluasa sehinggakan 7 Elevan berani menjual arak di kependudukan majoriti Islam. Diberitakan seorang bekas ADUN DAP telah ditahan SPRM di atas kesalahan pengeluaran lesen perjudian di Selangor. Rakyat Selangor amat gembira apabila Datuk Dr Hassan Ali di pecat PAS kerana melakukan serbuan serbuan ke atas pusat perjudian tersebut.

Satu artikel menyatakan Selangor di dalam Pakatan Rakyat, ADUN bukan Islam lebih ramai dari ADUN Islam dan semestinya alutujunya menitikberat kebajikan kaum Cina dan India. Mereka meminta peruntukan yang sama memperbaikirumah ibadat masing masing. Kesesamarataan di juangkan.
Pengurusan sampah pepejal adala `first casulty’ projek BN yang di `baiki labu’ oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Hasilnya amat baik. Sampah sarap tidak terurus. Penyakit merebak. Rakyat marah. Negeri bersi berubah menjadi negeri kotor. Rumput rumput segar tumbuh tidak terurus. Pemandangan bertambah teruk kerana tiada penyelengaraan.


Rakyat  Selangor tidak boleh salahkan UMNO dan BN. Itu kehendak rakyat sendiri. Ada hikmahnya apabila rakyat boleh buat berbandingan di antara pentadbiran BN dan Pakatan Rakyat. Sultan Selangor telah memberikan peluang agar Kerajaan yang meyayangi agama, bangsanya dan negaranya mentadbir Selangor, tetapi para ulamak PAS yang cerdik pandai, tidak menyahutnya. PAS lebih suka suasana yang tegang dan agamanya diperkotakkatikkan serta negara nya di burukkan oleh rakyatnya sendiri. Mungkin azabnya amat berat dihari kemudian.

Friday 15 August 2014

TAN SRI KHALID DAN MISI MASING MASING


Pada saat ini, nama Tan Sri Khalid Ibrahim dan Tan Sri Khalid Abu Bakar senantiasa di perkatakan di dada akhbar dan media sosial.
Walaupun bernama sama tetapi masing masing mempunyai masalah dan tugasan yang berbeza.

Tan Sri Khalid Abu Bakar bertanggogjawab membuat siasatan nahas MH17 yang ditembak jatuh di sempadan timur Ukraine pada 17 Julai 2014 yang lalu. Beliau dan team telah pergi dan balik ke Ukraine dan Amsterdam untuk menyelesaikan siasatan. Beliau terpaksa mengharungi perjalanan masa yang panjang dan sesampai di Kiev, perlu berkenderaan darat ke lokasi nahas. Berhadapan dengan kumpulan pemisah dan Tentera Ukraine. Beliau perlu mendapat kerjasama dengan pasukan penyiasat dari negara Australia dan Belanda untuk `complete investigation'. Penyiasatan dan hasil penyaisatan mesti sama dan selari. 

Bulan ini akan sibok buat Tan Sri Khalid Abu Bakar. Kes DS Anwar Ibrahim sedang di akhir pembicaraan dan PDRM senantiasa yang keadaan bersedia jika berlaku apa apa kejadian yang tidak diingini. Kes tembak pegawai AmBank oleh bekas pengawal keselamatan sudah selesai. Tetapi kes pengeluaran wang simpanan mangsa MH370 sedang di siasat. Diberitakan suspek telah dikenalpasti. 

Tan Sri Khalid juga terkena tempias kemarahan rakyat tentang kononya penyiasatan berpilih. Kes penghinaan agama, bangsa, dll yang ditulis dan ditayangkan di dalam media sosial perlukan tindakan segera PDRM dan Pejabat Peguam Negara.Semalam seorang pemuda Cina di Pulau Pinang di penjara 7 hari dan denda RM5000 kerana menulis ayat lucah di atas kertas saman. Tahniah tetapi ia belum memuaskan.



Tan Sri Khalid Ibrahim mencatitkan sejarah politik negara. Beliau masih menjadi MB Selangor, walaupun  beliau  dipecat keahlian PKRnya. Tan Sri Kalid senang bertukus lumus untuk mempertahankan jawatan MBnya kerana beliau merasa beliau wajid menjalankan amanah yang telah di ikrar dahulu.
Terkini, pencabarnya, DS DrWan Azizah mengumumkan yang beliau mempunyai sokongan daripada 30 ADUN PKR,DAP dan PAS berbanding Tan Sri Khalid yang secara tidak formal mempunyai 26 sokongnan.

Tan Sri Khalid terselamat daripada penlecutan jawatan kerana Sultan Selangor berada di luar negara dan jadual Sidang DUN di jadual pada November akan datang. Tan Sri Khalid mempunyai masa yang terhad untuk `membetulkan keadaan'. 

Beliau telah mencabar DS DrWan Azizah untuk mengadakan Sidang Tergempar Undi Tidak Percaya sebagai terjemahan 30 sokongan tadi. 

Persoalan

Andaikata DS DrWan Azizah berjaya di Sidang tersebut, bolehkan Tan Sri Khalid memohon DUN di bubarkan? 

Adakan lebih baik diadakan sebelum di adakan undi tidak percaya, Tan Sri Khalid memohon pembubaran Dewan? 

Seterusnya Sultan Selangor perlu memikirkan untuk memperkenankan pembubaran dewan atau sebaliknya. Apa implikasinya jika pembubaran diperkenankan. 

Tidakkah ia menunjukkan Sultan Selangor Pro Khalid? Di Perak, Sultan Perak melucutkan jawatan MB DS Nizar kerana telah hilang majoriti selepas 8 bulan memerintah.

Wednesday 13 August 2014

PAS UGUT 3 PARTI SEKALI GUS. PANDAI


Pas letak jawatan jika Khalid lantik ADUN UMNO jadi Exco


SHAH ALAM 13 Ogos - Pas Selangor akan keluar daripada pentabiran kerajaan negeri Selangor jika Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO untuk menyertai Exco kerajaan negeri.


Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, buat masa ini Pas masih sebahagian daripada parti komponen dalam pakatan pembangkang dan akan menjaga kepentingannya dalam kerajaan negeri itu.

"Kami masih membawa semangat pakatan rakyat dan berpegang kepada prinsip-prinsipnya.

"Pas juga tidak akan menuntut Adun PAS dilantik sebagai exco (dalam pentabiran kerajaan negeri Selangor sekarang)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Khalid yang dipecat sebagai ahli PKR dilaporkan berkata pihaknya masih boleh meneruskan pentadbiran kerajaan negeri bersama empat Exco Pas. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140813/po_18/Pas-letak-jawatan-jika-Khalid-lantik-ADUN-UMNO-jadi-Exco#ixzz3AG5Yqufh
© Utusan Melayu (M) Bhd 


KOMEN  PENULIS

PAS berperangai seperti Israel. Dalam satu masa PAS mengugut 3 parti iaitu UMNO, PKR dan PAS. PAS mengugut jika Tan Sri Khalid melantik wakil UMNO menganggotai Barisan EXCO, PAS akan letak jawatan. Kenapa tamak sangat PAS ini. Pada penulis, PAS ini tidak mahu kelihatan bodoh di kalangan rakyat. Wakil BN ramai yang berpengalaman dalam pentadbiran dan politik. Takut PAS tenggelam.


PAS tidak bersyukur dengan aktiviti dan perjuangan UMNO memertabatkan Islam di Malaysia.

Tuesday 12 August 2014

2014 DUKACITA BUAT MALAYSIA, MALANG BUAT ANWAR IBRAHIM, PKR DAN PAKATAN RAKYAT


 Penulis merujuk ulasan Teresa Kok dan para `Pakar Feng Shui’ di dalam video klipnya `Onederful  Malaysia ‘ yang isipati videoklip ini merumuskan 2014 adalah tahun malang buat Malaysia.

Gurauan Teresa Kok dan DAP ini yang berobjektif untuk mempersendakan PM, Isteri dan BN/UMNO. Sesungguhnya ia suda menjadi kenyataan.

Awal tahun 2014, Malaysia khasnya di Lembah Klang di landa kemarau teruk.  Cuaca panas berpanjangan dan tiada hujan untuk 3-4 bulan. Kolam tadahan  kekontangan air. Ia telah menjejaskan operasi rawatan air dan bekalan air di Lembah Klang dan Putrajaya. Catuan air menjejaskan banyak pihak.  Ia diburukkan lagi (sebelum Julai/Ogos) pendirian Kerajaan Selangor yang bermusuhan dengan Kerajaan Persekutuan. Hanya Julai/Ogos ini, Kerajaan Selangor bersetuju melaksanakan penstrukturan air Selangor. Keengganan kerjasama telah memberikan kesan buruk kepada penduduk Lembah Klang. Persetujuan berkerjasama dan penstrukuturan semua konsensi air Selangor baru baru ini, sudah terlewat dan menjejaskan pelaburan dan perniagaan. Projek Langat 2 baru dilaksanakan dan dijangka siap untuk beroperasi 2017.
Malaysia di kejutkan sekali lagi dengan tragedi pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac yang lalu. Pesawat yang terbang ke Beijing hilang di dalam kawalan radar sekitar perairan Vietnam.  Transpondernya di tutup secara sengaja. Sehingga hari ini, hari ke 150, pesawat dan kotak hitam belum ditemui. Mengikut pakar, pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi. Sebanyak 26 buah negara membantu Malaysia di dalam misi ini. Kini Australia dan Malaysia sedang melaksanakan misi SAR dan Kotak Hitam menggunakan asset dan peralatan canggih. Perbelanjaan yang besar perlu ditanggung, kerugian MAS (Khazanah Nasional memiliki 60 peratus) terus terpaksa dihadapi, kemarahan kaum keluarga penumpang dan kru MH370 harus ditelan, kritikan pembangkang menghujan dan mengunung perlu diredah. Industri pelancongan Malaysia terjejas sedikit. Yang ramai melawat Malaysia ialah pakar Pakar penerbangan dan wartawan luar negara serta kaum keluarga MH370.

Pada 7 Mac, Malaysia di kejutkan lagi dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim di dapati bersalah meliwat bekas pembantunya dan dipenjara 5 tahun. Sesungguhnya ramai  rakyat Malaysia termasuk penulis tidak menaruh harapan langsung yang Saiful Bukhari akan menang di dalam kes liwat. Ini adalah kerana keputusan Mahkamah Tinggi menyebelahi  Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan peguambela yang handal. Tetapi dengan kebijaksanaan hujahan Tan Sri Dr Shafee Abdullan, Anwar Ibrahim berjaya di sabitkan. Terperanjat beruk puak pembangkang.

Kawan baik dan Peguam kanan Anwar Ibrahim, Karpal Singh yang juga pengerusi DAP didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi  pada 20 Februari terhadap pertuduhan  mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar pada 2009.
Sungguh malang pembangkang Malaysia. Karpal Singh didapati bersalah menghina dan menghasut Sultan Perak dan akan hilang kelayakan jika gagal di dalam rayuan untuk ketepian keputusan Mahkamah.

http://www.sinarharian.com.my/kes-hasutan-karpal-singh-diputus-bersalah-1.253220

DAP sekali lagi dilanda kemalangan dan sumpahan Teresa Kok. Karpal Singh terbunuh di dalam kemalangan kereta-lori di Lebuharaya Utara selatan berhampiran Gua Tempurung jam 12.40 pagi Khamis 17 April. Kematian Karpal Singh akan sedikat sebanyak akan menjejaskan DAP dan peluang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memang di dalam kes rayuan meliwatnya.
http://www.astroawani.com/news/show/karpal-singh-maut-kemalangan-dekat-gopeng-34064
Sungguh besar kekuasaan  Allah. Di dalam Malaysia menghadapai musibah cuaca kemarau serta MH370, penentang utama Hudud dan undang undang Islam sudah tiada lagi. Kerusi Parlimen Bukit Gelugor akan diistihar kosong dan PRK akan diadakan tidak lama lagi. Sekurang kurangnya Allah memperkenankan doa umat Islam terhadap penentang Islam ini. Kemungkinan besar, Ketua Pembangkang juga akan berubah `profession’ dari seorang ahli  parlimen ke jawatan lain.



Setakat ini angka 17 amat signifikan kerana mendiang karpal Singh maut pada pagi 17 April manakala satu lagi insiden besar berlaku pada 17 hb juga.
Pada 17 Julai yang lalu, Malaysia sekali lagi di landa kesedihan. Pesawat MH17 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, di tembak jatuh di sempadan Ukraine dan mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal. Pesawat ini ditakdirkan terhempas di kawasan pergolakan di antara Ukraine dan pemisah Ukarine yang di sokong Russia. Nasib baik dengan izin Allah dan kebijiksanaan PM, majoriti mayat dah di bawa keluar dan kotak hitam di serakan kepada Malaysia.
http://www.beritasemasa.com.my/gambar-pesawat-mh17-ditembak-jatuh-ukraine-rusia
Terbaru ialah kemelut MB Selangor dengan Anwar Ibrahim dan PKR. Kemelut ini merebak ke parti DAP dan PAS.  Kemelut ini bermula dengan Kajang Move di mana tanpa persetujuan Tan Sri Khalid, ADUN Kajang meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding di DUN Kajang.

Para strategis PKR merasa Anwar Ibrahim perlu di angkat sebagai MB untuk menyelamatkan PKR di Selangor dan yang penting ia adalah jaan pintas ke Putrajaya. Ramai yang bersetuju juga dengan strategi memberikan tekanan kepada Kerajaan untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari kesalahan meliwat.

Anwar Ibrahim hilang kelayakan bertanding dan melantik isteri beliau menjadi calon Kajang. Wan Azizah menang dan seterusnya di calon menjadi MB Selangor. Tan Sri Khalid pernah bersuara agar beliau di beri peluang menjadi MB sehingga habis penggalnya. Tetapi mereka tidak mahu menunggu. Pencaturan berterusan. Tan Sri Khalid kalah dalam pertandingan Ketua Cabang Kuala Selangor. Mana mungkin beliau kalah dengan bekas ADUN. Tan Sri Khalid juga di jangka kalah pertandingan Timbalan Presiden dengan Azmin Ali.
Keengganan menuruti arahan parti (letak jawatan) menyebabkan belaiu diberikan surat tunjuk sebab, sessi membela diri dan akhirnya di pecat dengan serta merta.
Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat mengharapkan Sultan Selangor membuat keputusan mengugurkan Tan Sri Khalid tetapi  Baginda berkenankan  mengekalkan jawatan MB tersebut hingga ada perkembangan baru. PAS, awal awal lagi telah menyatakan sokongan kepada Tan Sri Khalid. Majlis Syura Ulama PAS terus memuktamadkan sokongan. Lebih mengusarkan Anwar Ibrahim, Tan Sri Khalid diberikan sokongan tanpa syarat oleh BN (12 kerusi) dan PAS (15 kerusi) dan mungkin 3 ADUN PKR dan Tan Sri Khalid (bebas). Barisan EXCO yang melayakkan Tan Sri Khalid mentadbir Selangor ialah 4 EXCO yang kini PAS memegang jawatan EXCO.

Penulis yakin PKR akan hilang kuasa memerintah Selangor. DAP dan PAS akan terus bergaduh. Anwar Ibrahim akan berada di Mahkamah Persekutuan pada 14 Ogos 2014 untuk kes Rayuan Bersalah Meliwat Bekas Pembantunya sejak 2008.


Monday 11 August 2014

SALAM SEJAHTERA ORANG MELAYU...


Salam Bangsa MELAYU!!!
‪#‎rumahmu‬ hampir semua dibina pekerja Indonesia,
‪#‎Ekonomi‬ pula 70 peratus dikuasai orang cina,
‪#‎Golongan‬ profesional majoritinya india,
‪#‎Warung‬ makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
‪#‎Warga‬ bangla pula menjadi jaga,
‪#‎Orang‬ Nepal yang menabur baja,
#Orang pakistan usung karpet jaja merata,
Lalu Bangsa MELAYU ada apa??
‪#‎Harapkan‬ ustaz, saling menyesat,
#Harapkan hiburan, lagi best filem barat,
#Harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
#Harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
#Harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!
Salam bangsa Melayu!
‪#‎Masih‬ mendabik menjadi tuan?
‪#‎Sibuk‬ mahu menjadi tuan,
‪#‎Rupanya‬ kerja kelas bawahan,
‪#‎Ditipu‬ mentah orang atasan,
‪#‎Konon‬ perjuangan ini untuk kalian!
‪#‎Kerja‬ sikit, sembang kencang,
‪#‎Banyak‬ rungut, sikit rancang,
‪#‎Siapa‬ tegur, dituduh lancang
‪#‎Duduk‬ warung, gigit kacang!
Salam Bangsa Melayu!
#Konon kau pantang dicabar,
#Konon kau tangkas menyambar,
‪#‎Tapi‬ cuma indah khabar,
‪#‎Rentakmu‬ makin lama makin hambar
‪#‎Kau‬ melayu aku pun melayu,
‪#‎Aku‬ menulis bukan cemburu,
#Aku mahu engkau tahu,
‪#‎Kenapa‬ melayu tak macam dulu.....
Salam Bangsa Melayu!
‪#‎Jari‬ mu hebat bertutur di facebook alam maya,
#Bila berdepan ekonomi semasa kau tidak berdaya,
#Kau cuma tahu bergaya,
Hai melayu!
#Kau melaung-laung di jalan raya,
#Bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
#Pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!
Hai melayu!
#Kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
#Bila dah kaya kau jadi puaka,
#Ini tandanya kau sudah derhaka!
Salam Bangsa Melayu!
#Sedarlah bangsa ku,
#Buka lah minda mu,
#Bersatulah bangsa ku,
#Kerana malaya bukan lagi milik mu !
#Aku pun melayu,
#Engkau pun melayu,
#Bodoh sombong harus di tepis,
#Riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
#Bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
#Kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.....
Salam Kemerdekaan Malaysia ke 57


sumbangan idea dari
Noor Haiza Abdullah