Putrajaya: Bantuan pendidikan yang disalurkan kerajaan kepada sekolah di bandar dan luar bandar harus diseimbangkan bagi memastikan sistem pendidikan negara terus cemerlang.

Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK), Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, berkata usaha mewujudkan keseimbangan dalam pendidikan menjadi antara cabaran utama MPPK bagi membantu melonjak pendidikan negara ke tahap lebih baik.

“Kita beri bantuan dengan memajukan sekolah kluster tapi bagaimana dengan sekolah di kampung-kampung yang tidak mendapat bantuan.
“Seolah-olah sekarang kita hanya majukan yang maju, kita majukan Victoria Institution (VI)... kita majukan (Sekolah) St John, tapi Sekolah Hutan Melintang macam mana pula.

“Saya takut nanti kita berat sebelah, majukan sekolah yang sudah maju, yang tidak maju bagaimana? Bagi saya, selesaikan perkara ini dahulu supaya pendidikan dapat terus dimajukan dan barulah dunia akan mengiktiraf usaha kita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima Watikah Lantikan Anggota MPPK Sesi 2014 - 2016 yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini semalam.

Selain itu, Abdul Rahman berkata, beberapa aspek perlu diberi perhatian bagi meningkatkan pendidikan negara bermula daripada tahap prasekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi.
“Matlamat pendidikan ialah untuk membangunkan ekonomi negara menerusi persediaan tenaga kerja. Justeru, dalam kita mendidik, jangan dilupakan aspek sosial dan rohani yang turut berperanan membentuk sahsiah.

“Kita bukan melahirkan pekerja semata-mata tapi melahirkan manusia yang berguna kepada masyarakat dan negara,” katanya.

sumber
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bantuanpersekolahanmestiseimbang/Article 

Artikal di atas sebenarnya selari dengan penulisan  bulan Januari  http://nasirwise.blogspot.com/2014/01/gelagat-ibubapa-pelajar-kayaraya-di.html  s

serta penulisan sambungan bulan Mac
http://nasirwise.blogspot.com/2014/03/gelagat-ibubapa-pelajar-kayaraya-di.html,
.