Saturday 2 August 2014

CELAKO ISRAEL....

Tuduhan Israel Satu Ugutan Agar Malaysia Berdiam Diri - Created by admin - In category: Nasional - Tagged with: - KLxpress - Real News Real Time



Penulisan sebelum ini memperincikan kemungkinan kemungkinan yang Israel menuduh Malaysia sebagai tempat memberi latihan kepada pejuang Al Qassam. 



CELAKO ISRAEL CELAKO AMERIKA
Perisikan Israel dan media Israel melaporkan Malaysia melatih tentara Al Qassam.

Penulis rasa perikisan mereka dan dengan bantuan kawan sekutunya di ASEAN, amat senang menuduh Malaysia melatih tentara Al Qassam kerana tiga faktor.

1. Di Malaysia sedang hot cerita `jihadist' yang berjihad di Syria. Memang berlaku penjihadan oleh rakyat Malaysia. PDRM pun memang ada melakukan beberapa pengangkapan ali kumpulan jihad.

2. Seorang rakyat Malaysia di Sabah sedang di dakwa di Mahkamah kerana di dapati melatih beberapa orang `jihadist' di ladang kelapa sawitnya.

3. Malaysia memang aktif membantu Palestin sejak zaman Yasser Arafat lagi secara konsisten.

Kesemua insiden ini dilaporkan di media tempatan dan luar negara. Malaysia harus menafikan segera penglibatan Malaysia di dalam memberikan latihan ketenteraan.

No comments:

Post a Comment