Friday 1 August 2014

CELAKO ISRAEL CELAKO AMERIKA


Perisikan Israel dan media Israel melaporkan Malaysia melatih tentara Al Qassam.

Penulis rasa perikisan mereka dan dengan bantuan kawan sekutunya di ASEAN, amat senang menuduh Malaysia melatih tentara Al Qassam kerana tiga faktor.

1. Di Malaysia sedang hot cerita `jihadist' yang berjihad di Syria. Memang berlaku penjihadan oleh rakyat Malaysia. PDRM pun memang ada melakukan beberapa pengangkapan ali kumpulan jihad.

2. Seorang rakyat Malaysia di Sabah sedang di dakwa di Mahkamah kerana di dapati melatih beberapa orang `jihadist' di ladang kelapa sawitnya.

3. Malaysia memang aktif membantu Palestin sejak zaman Yasser Arafat lagi secara konsisten.

Kesemua insiden ini dilaporkan di media tempatan dan luar negara. Malaysia harus menafikan segera penglibatan Malaysia di dalam memberikan latihan ketenteraan.
 

CELAKO AMERIKA
Amerika Syarikat memang celaka. Presiden Obama dan pentadbirannya baru sahaja meluluskan pembekalan peluru dan bom mortar kepada Israel bernilai USD 1 bilion. Peluru dan bom mortar ini sudah tentunya akan di gunakan untuk me
mbunuh rakyat Palestin. Hari ini sudah 25 hari Israel mengebom GAZA dan kehilangan jiwa terus meningkat.

Pembekalan peluru dan bom mortar juga bermakna Israel telah menggunakan stok peluru dan bom mortar sehingga kehabisan. Cuba bayangkan berapa banyaknya mereka melakukan pembunuhan.

Sesunggohnya saya dan ramai rakyat Malaysia bersempati kepada rakyat Palestin. Kita sebenarnya berhutang dengan rakyat Palestin. Tanpa mereka, Masjid Al Aqsa mungkin sudah lama hilang di dunia.


http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140801/lu_01/AS-salur-senjata-kepada-Israel



1 comment:

  1. Tuduhan Israel Satu Ugutan Agar Malaysia Berdiam Diri

    Nasional August 2, 2014 No Comment 84 Views1 Like Share
    Profesor-Dr.Azmi-Hassan

    KUALA LUMPUR – Tuduhan yang mengatakan Malaysia menjalin kerjasama ketenteraan dengan Hamas adalah ugutan pertama Israel kepada Malaysia.

    Pakar Geostrategik, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, ia juga adalah sejenis taktik perang psikologi yang digunakan oleh Israel.

    Menurutnya, Israel secara tidak langsung sebenarnya mahu Malaysia terus berdiam diri dan menghentikan tindakan mengutuk Israel.

    Ini kerana Malaysia dilihat sebagai satu-satunya negara Islam yang terus terang menentang kekejaman Israel.

    ReplyDelete