Monday 11 August 2014

APA STATUS BAS MEWAH MERDEKA RAKYAT?


Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor, sudah di pecat kealian dalam PKR. Beliau menerima baik pemecatan tersebut walaupun beliau berpendapat ia cacat dari segi undang undang Perlembagaan PKR.

Semasa menjadi ali seumur hidup PKR, Tan Sri Khalid berkorban jiwa raga dan wang ringgit untuk PKR. Salah satu pengorbanannya ialah membiayai pembelian sebuah bas mewah untuk PKR dan Anwar Ibrahim berceramah. Ia di panggil Bas Merdeka Rakyat. Tan Sri Khalid telah menggunakan wang sendiri sebanyak RM700,000-RM1 juta untuk keselesaan bosnya bergerak.

Sekarang ini, beliau tiada lagi di dalam PKR. Adakah Anwar Ibrahim akan memulangkan bas mewah tersebut pada Tan Sri Khalid Ibrahim? Tergamat kah dia menggunakan bas tajaan Khalid Ibrahim? Gentlemen ke beliau menggunakan idea Khalid Ibrahim berceramah?

Ramai yang tahu yang 10 Ogos 2014 adalah hari kelahiran DS Anwar Ibrahim. Tan Sri Khalid tidak malu malu mengucapkan selamat hari jadi. Penulis tidak pasti, Anwar Ibrahim ada acknowledge atau tidak.

No comments:

Post a Comment