Tuesday 12 August 2014

2014 DUKACITA BUAT MALAYSIA, MALANG BUAT ANWAR IBRAHIM, PKR DAN PAKATAN RAKYAT


 Penulis merujuk ulasan Teresa Kok dan para `Pakar Feng Shui’ di dalam video klipnya `Onederful  Malaysia ‘ yang isipati videoklip ini merumuskan 2014 adalah tahun malang buat Malaysia.

Gurauan Teresa Kok dan DAP ini yang berobjektif untuk mempersendakan PM, Isteri dan BN/UMNO. Sesungguhnya ia suda menjadi kenyataan.

Awal tahun 2014, Malaysia khasnya di Lembah Klang di landa kemarau teruk.  Cuaca panas berpanjangan dan tiada hujan untuk 3-4 bulan. Kolam tadahan  kekontangan air. Ia telah menjejaskan operasi rawatan air dan bekalan air di Lembah Klang dan Putrajaya. Catuan air menjejaskan banyak pihak.  Ia diburukkan lagi (sebelum Julai/Ogos) pendirian Kerajaan Selangor yang bermusuhan dengan Kerajaan Persekutuan. Hanya Julai/Ogos ini, Kerajaan Selangor bersetuju melaksanakan penstrukturan air Selangor. Keengganan kerjasama telah memberikan kesan buruk kepada penduduk Lembah Klang. Persetujuan berkerjasama dan penstrukuturan semua konsensi air Selangor baru baru ini, sudah terlewat dan menjejaskan pelaburan dan perniagaan. Projek Langat 2 baru dilaksanakan dan dijangka siap untuk beroperasi 2017.
Malaysia di kejutkan sekali lagi dengan tragedi pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac yang lalu. Pesawat yang terbang ke Beijing hilang di dalam kawalan radar sekitar perairan Vietnam.  Transpondernya di tutup secara sengaja. Sehingga hari ini, hari ke 150, pesawat dan kotak hitam belum ditemui. Mengikut pakar, pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi. Sebanyak 26 buah negara membantu Malaysia di dalam misi ini. Kini Australia dan Malaysia sedang melaksanakan misi SAR dan Kotak Hitam menggunakan asset dan peralatan canggih. Perbelanjaan yang besar perlu ditanggung, kerugian MAS (Khazanah Nasional memiliki 60 peratus) terus terpaksa dihadapi, kemarahan kaum keluarga penumpang dan kru MH370 harus ditelan, kritikan pembangkang menghujan dan mengunung perlu diredah. Industri pelancongan Malaysia terjejas sedikit. Yang ramai melawat Malaysia ialah pakar Pakar penerbangan dan wartawan luar negara serta kaum keluarga MH370.

Pada 7 Mac, Malaysia di kejutkan lagi dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim di dapati bersalah meliwat bekas pembantunya dan dipenjara 5 tahun. Sesungguhnya ramai  rakyat Malaysia termasuk penulis tidak menaruh harapan langsung yang Saiful Bukhari akan menang di dalam kes liwat. Ini adalah kerana keputusan Mahkamah Tinggi menyebelahi  Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan peguambela yang handal. Tetapi dengan kebijaksanaan hujahan Tan Sri Dr Shafee Abdullan, Anwar Ibrahim berjaya di sabitkan. Terperanjat beruk puak pembangkang.

Kawan baik dan Peguam kanan Anwar Ibrahim, Karpal Singh yang juga pengerusi DAP didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi  pada 20 Februari terhadap pertuduhan  mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar pada 2009.
Sungguh malang pembangkang Malaysia. Karpal Singh didapati bersalah menghina dan menghasut Sultan Perak dan akan hilang kelayakan jika gagal di dalam rayuan untuk ketepian keputusan Mahkamah.

http://www.sinarharian.com.my/kes-hasutan-karpal-singh-diputus-bersalah-1.253220

DAP sekali lagi dilanda kemalangan dan sumpahan Teresa Kok. Karpal Singh terbunuh di dalam kemalangan kereta-lori di Lebuharaya Utara selatan berhampiran Gua Tempurung jam 12.40 pagi Khamis 17 April. Kematian Karpal Singh akan sedikat sebanyak akan menjejaskan DAP dan peluang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memang di dalam kes rayuan meliwatnya.
http://www.astroawani.com/news/show/karpal-singh-maut-kemalangan-dekat-gopeng-34064
Sungguh besar kekuasaan  Allah. Di dalam Malaysia menghadapai musibah cuaca kemarau serta MH370, penentang utama Hudud dan undang undang Islam sudah tiada lagi. Kerusi Parlimen Bukit Gelugor akan diistihar kosong dan PRK akan diadakan tidak lama lagi. Sekurang kurangnya Allah memperkenankan doa umat Islam terhadap penentang Islam ini. Kemungkinan besar, Ketua Pembangkang juga akan berubah `profession’ dari seorang ahli  parlimen ke jawatan lain.



Setakat ini angka 17 amat signifikan kerana mendiang karpal Singh maut pada pagi 17 April manakala satu lagi insiden besar berlaku pada 17 hb juga.
Pada 17 Julai yang lalu, Malaysia sekali lagi di landa kesedihan. Pesawat MH17 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, di tembak jatuh di sempadan Ukraine dan mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal. Pesawat ini ditakdirkan terhempas di kawasan pergolakan di antara Ukraine dan pemisah Ukarine yang di sokong Russia. Nasib baik dengan izin Allah dan kebijiksanaan PM, majoriti mayat dah di bawa keluar dan kotak hitam di serakan kepada Malaysia.
http://www.beritasemasa.com.my/gambar-pesawat-mh17-ditembak-jatuh-ukraine-rusia
Terbaru ialah kemelut MB Selangor dengan Anwar Ibrahim dan PKR. Kemelut ini merebak ke parti DAP dan PAS.  Kemelut ini bermula dengan Kajang Move di mana tanpa persetujuan Tan Sri Khalid, ADUN Kajang meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding di DUN Kajang.

Para strategis PKR merasa Anwar Ibrahim perlu di angkat sebagai MB untuk menyelamatkan PKR di Selangor dan yang penting ia adalah jaan pintas ke Putrajaya. Ramai yang bersetuju juga dengan strategi memberikan tekanan kepada Kerajaan untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari kesalahan meliwat.

Anwar Ibrahim hilang kelayakan bertanding dan melantik isteri beliau menjadi calon Kajang. Wan Azizah menang dan seterusnya di calon menjadi MB Selangor. Tan Sri Khalid pernah bersuara agar beliau di beri peluang menjadi MB sehingga habis penggalnya. Tetapi mereka tidak mahu menunggu. Pencaturan berterusan. Tan Sri Khalid kalah dalam pertandingan Ketua Cabang Kuala Selangor. Mana mungkin beliau kalah dengan bekas ADUN. Tan Sri Khalid juga di jangka kalah pertandingan Timbalan Presiden dengan Azmin Ali.
Keengganan menuruti arahan parti (letak jawatan) menyebabkan belaiu diberikan surat tunjuk sebab, sessi membela diri dan akhirnya di pecat dengan serta merta.
Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat mengharapkan Sultan Selangor membuat keputusan mengugurkan Tan Sri Khalid tetapi  Baginda berkenankan  mengekalkan jawatan MB tersebut hingga ada perkembangan baru. PAS, awal awal lagi telah menyatakan sokongan kepada Tan Sri Khalid. Majlis Syura Ulama PAS terus memuktamadkan sokongan. Lebih mengusarkan Anwar Ibrahim, Tan Sri Khalid diberikan sokongan tanpa syarat oleh BN (12 kerusi) dan PAS (15 kerusi) dan mungkin 3 ADUN PKR dan Tan Sri Khalid (bebas). Barisan EXCO yang melayakkan Tan Sri Khalid mentadbir Selangor ialah 4 EXCO yang kini PAS memegang jawatan EXCO.

Penulis yakin PKR akan hilang kuasa memerintah Selangor. DAP dan PAS akan terus bergaduh. Anwar Ibrahim akan berada di Mahkamah Persekutuan pada 14 Ogos 2014 untuk kes Rayuan Bersalah Meliwat Bekas Pembantunya sejak 2008.


No comments:

Post a Comment