Friday 22 August 2014

PILIHANRAYA NEGERI DAN KECIL...



Pasti
DUN Pengkalan Kubur, Kelantan
Mungkin

Pilihanraya Negeri Selangor
Parlimen Bandar Tun Razak

ada satu lagi Parlimen....

Parlimen mana?

Parlimen Rembau, jika Mahkamah Persekutuan tolak rayuan fitnah YB Khairy Jamaluddin terhadap 
DS Anwar Ibrahim.

Rayuan Khairy pinda pembelaan ditolak

PUTRAJAYA 20 Ogos - Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk meminda per- nyataan pembelaannya dalam kes saman RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya yang didakwa memfitnah Ketua Pembangkang itu dalam satu ceramah politik di Lembah Pantai, enam tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Aziz Abd. Rahim yang bersidang bersama-sama Datuk David Wong Dak Wah dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim memutuskan demikian setelah mendapati Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul semasa menolak permohonan Khairy pada 9 Oktober tahun lalu.
Khairy diperintah membayar kos RM5,000.
Pengurusan kes bagi tuntutan saman itu dijadualkan esok di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, S.M. Komathy Suppiah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pada prosiding hari ini, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau diwakili peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah manakala J. Leela mewakili Anwar.
Khairy mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk meminda pembelaan beliau setelah mahkamah itu berpendapat pindaan tersebut adalah kabur dan tidak dapat menentukan apakah maksud pindaan yang dicadangkan.
Anwar, 67, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh memfailkan saman tersebut pada 7 Mac 2008 terhadap Khairy yang ketika itu merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO kerana didakwa memfitnahnya dalam ceramah tersebut pada 20 Februari tahun yang sama.
Anwar mendakwa Khairy telah mengucapkan dan menyebabkan penerbitan satu rakaman klip video dalam beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com yang menerbitkan sebuah artikel bertajuk Anwar and kin no threat yang didakwa mengandungi kata-kata fitnah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140821/ma_03/Rayuan-Khairy-pinda-pembelaan-ditolak#ixzz3B6WE6IrB
© Utusan Melayu (M) Bhd 




No comments:

Post a Comment