Tuesday 30 April 2013

BN KALAH BENDERA DAN POSTER DI CHENG, MELAKA (DUN PAYA RUMPUT ). JENTERA BN MALAS? TIADA KOORDINASI? OVER CONFIDENT? GADUH ATAU TIDAK PUASHATI?




BN, bukan sahaja mesti menang di dalam PRU13 ini, tetapi mesti menang bendera dan poster serta keaktifan ceramah atau perjumpaan. Pemameran bendera dan poster yang teratur, lokasi strategik, jumlah/bilangan yang banyak (bersesuaian), jelas kelihatan gah menunjukkan kesungguhan berkerja pintar jentera sesebuah parti. Pemasangan bendera dan poster perlu ada kemahiran. Buluh dan kayu perlu kuat terutamanya jika bendera dan poster diletakkan di lalulintas yang sibok.

Dukacitanya bendera dan poster BN di Cheng ditenggelami oleh bendera dan poster PKR. Susunan dan bilangannya di jalanan dan persimpangan menarik minat penulis. Jentera pasang bendera dan poster PKR lebih baik daripada jentera BN.


Sepanjang jalan Restoran Barkat Roti John hinggalah ke Simpang Empat (CIMB dan ALLIANCE Bank) ke Taman Cheng Perdana atau Taman Bukit Cheng, dipenuhi oleh bendera PKR.

Selain daripada itu, kawasan dan jalan berhadapan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, 80 peratus bendera dan poster PKR, tanpa tentangan langsung.

Kedua dua lokasi ini akan digunakan oleh pengundi ke Pusat Mengundi iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan  Tun Haji Abdul Malek (SMKTHAM) dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak. BN mesti membina presepsi yang BN itu kuat, tersusun, bijak dalam meletakkan bendera dan poster, bertanggongjawab (jika ada yang jatuh, perlu di perbetulkan) dan gah kepada para pengundi pengundi. Ia boleh mengerunkan penyokong PKR DAP PAS.

Penulis menyeru Pengarah PRU Melaka, Parlimen Tanggabatu, DUN Paya Rumput, calon BN dan seluruh jentera BN mengaktifkan kempen dan baiki segala kelemahan pemasangan bendera dan poster sebelum terlambat. Penulis hanya menegur mengenai pemasangan bendera dan poster sahaja. Isu isu lain seperti  kekerapan ceramah dan kualiti penceramah, koordinasi jentera kerja BN dan lain, akan dibincang di ruangan lain. Penulis  tidak terlibat dalam jentera  BN Paya Rumput dan mustahil dapat senarai atau jemputan ceramah pembesar dan penceramah BN seperti Datuk Seri Ali Rustam.

Bagaimana hendak mengetahui ada ceramah di sekitar kawasan Paya Ramput?. Maklumat tidak disebarkan kepada penduduk taman yang tidak aktif berpolitik tetapi penyokong Kerajaan.

Seperkara lagi, sehingga 30hb April ini, penulis belum terserempak dengan WANITA BN atau UMNO yang pergi rumah ke rumah, menyampaikan salam PM/TPM/KM dan calon sendiri. Mereka pun belum sampai ke rumah penulis lagi.

Monday 29 April 2013

FORUM PERDANA BEKAS SAHABAT KARIB ANWAR IBRAHIM MEMBAWA HARAPAN BAIK UNTUK BN DI PERMATANG PAUH.




Pada masakini Pakatan DAP PKR PAS sedang berusaha keras untuk menguasai Putrajaya. Apabila menawan Putrajaya, jawatan Perdana Menteri ditetapkan akan disandang oleh DS Anwar Ibrahim. Tetapi baru baru ini, penyokong PAS telah mencadangkan agar Presiden PAS dilantik menjadi Perdana Menteri. DAP & PKR, walaubagaimanapun menentang gesaan tersebut. Penyokong PAS kata DS Anwar mempunyai masalah moral yang buruk.

DS Anwar Ibrahim bertanding di Parlimen Permatang Pauh menentang calon BN Dr Mazlan Ismail, bekas ahli PAS dan bekas pengurusan tinggi Telekom Malaysia. DS Anwar adalah penyandang kerusi Permatang Pauh. Semasa PRU12 Tsumani politik 2008, DS Anwar meraih majoriti undi 15,671. Jumlah pengundi 71,808 orang dengan pengundi Melayu 68.5 peratus,Cina 24.7 peratus dan India 6.3 peratus.

BN tentunya sudah mengatur strategi untuk mengalahkan Ketua Umum PKR itu. Bagaimana hendak menang dengan kelebihan, walaupun dengan 1 undi sahaja? Ia bermakna bagaimana hendak menpengaruhi 15,671 pengundi supaya memangkah BN.?

Penulis mengandaikan dengan kes kes moralnya yang dibicara di Mahkamah, isu Kalimah Allah, bersahabat dengan Yahudi, pruralisma, LBGT, hudud, pencerobohan Lahad Datu dan videoklips seks sejak 2008 hingga 2013 ini, sedikit sebanyak menjejaskan kesetiaan penyokong dan ahli Pakatan Rakyat khasnya di Permatang Pauh terhadap DS Anwar. Harap harap ia mengurangkan jumlah undi majoriti. Masih belum boleh menewaskan DS Anwar Ibrahim. BN mesti terus berusaha meyakinkan orang Melayu Cina dan India di Permatang Pauh supaya melupakan PKR dan undi BN. Penulis merasa ada keyakinan kerana faktor calon dan juga penerangan oleh bekas sahabat karib DS Anwar Ibrahim sendiri.

Dr Mazlan Ismail merupakan orang tempatan dan bersahabat dengan kepimpinan dan penyokong PAS dan juga DS Anwar Ibrahim. Seorang yang peramah dan senantiasa berada di kawasan walaupun belum diamanahkan bertanding di sana. Dr Mazlan berkelayakan tinggi dan setakat ini tidak terlibat did lam aktiviti LBGT. Beliau seorang pendokong Islam yang kuat. Masih muda dan mempunyai kesihatan yang baik untuk memberikan perkhidmatan. Berbanding dengan DS Anwar Ibrahim, tabiat seks dan pendirian agamanya buruk dan meragukan serta merugikan orang Islam.


Ceramah oleh bekas sahabat karib Anwar di Permatang Pauh beberapa hari dahulu mendapat perhatian rakyat dan pengundi Permatang Pauh. Mereka menerangkan alasan alasan mengapa pengundi mesti menolak DS Anwar Ibrahim. Mereka cuba meyedarkan pengundi dan rakyat betapa bahayanya DS Anwar kepada Negara, bangsa dan Islam itu sendiri.

Penulis merasa bekas sahabat karib ini telah lepas tanggongjawabnya kepada Allah SWT kerana telah menerangkan secara terperinci tabiat dan pendirian agama DS Anwar Ibrahim. Terpulang kepada pengundi Permatang Pauh dan rakyat Malaysia menerima atau menolak maklumat tersebut.

Diandaikan 20-30 peratus pungundi 2008 akan memangkah BN dengan ceramah dan gerak kerja bekas sahabat karib Anwar Ibrahim ini.

Pengundi Permatang Pauh mesti insaf kerana pengundi telah memilih seorang wakil rakyat yang tidak memberikan perkhidmatan di kawasan mereka. Asyik di Kuala Lumpur merancang nak menjadi Pm dan menghancurkan Negara. Faktor tidak berada di kawasan patut menjadi isu besar dan panduan untuk memilih wakil rakyat. Lihat PM DS Najib, walaupun sibok bertugas di Putrajaya, beliau kerap turun padang.

DS Anwar Ibrahim hampir hampir nak tinggalkan Permatang Pauh dan bertanding di Perak, tetapi selepas dikritik keras, beliau terpaksa balik Permatang Pauh.

Keyakinan BN menang di Permatang Pauh adalah juga berdasarkan kepopulariti DS Najib dan kreativitinya serta program transformasinya. Tanpa suntikan dan perubahan di peringkat Kerajaan, BN sukar juga berjuang di Permatang Pauh.

Andaikata DS Anwar Ibrahim di tewaskan di Permatang Pauh, ia merupakan rahmat yang amat besar oleh ALLAH SWT kepada rakyat Malaysia. Beliau tidak boleh menjadi Perdana Menteri langsung. Jesteru itu rakyat Malaysia dan Permatang Pauh yang sayangkan agamanya, bangsanya dan negaranya, jom kita undi BN. Marilah kita menjadi hakim untuk menghukum penjenayah politik ini buat selamanya.

Sunday 28 April 2013

KEMUNGKINAN SINGAPURA DIJEMPUT BERGABUNG DENGAN MALAYSIA JIKA ANWAR IBRAHIM DAN GENG MENANG PRU13




Datuk Zulkifli Noordin, calon kawan BN di Parlimen Shah Alam, ada menulis mengenai 13 kemungkinan puak pembangkang akan/sedang/telah lakukan sebelum, semasa dan selepas PRU13 nanti. Sila baca linknya… Beliau menulis berdasarkan maklumat dalaman dan kenalan dalam Puak Pembangkang sendiri. Antara perkara yang dirancang ialah cetusan kekecohan dan usaha hura hara sebelum, semasa dan selepas PRU13. Diberitakan PuakPembangkang berusaha membuat rakyat takut dan tidak selamat keluar undi.

Berdasarkan berita berita dari Filipina, tempatan dan juga pengganas Sulu yang di tangkap, penganas Sulu menceroboh Lahad Datu atas tajaan dan jaminan oleh puak pembangkang di Selatan Filipina dan di Malaysia. Rencana kemungkinan 13  puak pembangkang ini sudah terjadi di Sabah. Pihak keselamatan mesti berhati hati semasa proses mengundi, mengira undi dan pengumuman kemenangan. Pengganas Sulu, dengan arahan pihak yang berkepentingan, boleh melakukan kekecohan.

Semalam di Nibong Tebal, ceramah politik BN di cemari oleh letupan bom sampah buatan sendiri. Polis mengesahkan ia perbuatan professional dan bertujuan untuk menakutkan sahaja kerana bom tersebut tiada `splinter’ tetapi letupan kuat. Rencana kemungkinan 13 dan ramalan Datuk Zulkifli berlaku lagi.

Sebelum itu, 4 orang di tahan oleh Jabatan Imigresen dari memasuki Malaysia. Seorang lelaki ataupun `pelakon upahan’ merupai wajah DS Anwar Ibrahim dan isterinya telah ditahan untuk di soal siasat. Lelaki ini bersama peguam PKR dan seorang ahli perniagaan Malaysia. Lelaki tersebut akan dibawa ke Permatang Pauh dan akan membuat pengakuan bahawa beliau lah lelaki yang berlakon di dalam videoklip seks Chinadoll. Tujuannya ialah untuk mewujudkan was was penglibatan DS Anwar dalam videoklip seks di kalangan rakyat Malaysia. Kemungkinan 13 yang dibincangkan telah pun berlaku.

Seperkara lagi kemungkinan yang amat membimbangkan penulis ialah mereka juga merancang jika mereka menang PRU13 walaupun dengan majoriti mudah 112 kerusi, mereka akan mengusulkan satu sidang tergempar Parlimen Malaysia menurut Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan, iaitu untuk menjemput Singapura menyertai semula Malaysia.

Artikel 12 ialah peruntukkan di mana Parlimen Malaysia boleh, dengan melalui satu Akta, menjemput mana-mana negara asing menyertai Persekutuan Malaysia. Dan menggubal sesuatu Akta hanya memerlukan majoriti mudah 112 Ahli Parlimen, bukannya 2/3.

Jangan lupa Lee Kuan Yew pernah membuat kenyataan selepas PRU-12 bahawa dalam keadaan tsunami dan suasana politik yang sudah berubah, dalam keadaan BN hilang 2/3 majoriti dan hilang 5 negeri, Lee Kuan Yew menyatakan bahawa bukan sesuatu yang mustahil untuk Singapura menyertai semula Malaysia!.Untuk makluman, Singapura ada 87 kerusi Parlimen!

Jika Singapura menerima jemputan pembangkang dan menyertai Malaysia, secara automatik mereka akan ada tambahan 87 kerusi. Bermakna pembangkang akan ada 199 kerusi, kurang 8 kerusi untuk 2/3 majoriti!

Dan cuba kita bayangkan apa akan berlaku kepada negara ini? Kepada bangsa Melayu? Kepada hak istimewa Melayu? Kepada kedudukan Islam? Kepada kedudukan Raja-Raja Melayu?

Cuba baca blog blog NGO  Melayu Singapura. Fahami kelohan mereka. Masalah mereka.

Jesteru itu, penulis merayu rakyat Malaysia tidak kira Melayu, Cina, India dan kawan kita di Sabah dan Sarawak,  menolak Pakatan Rakyat di dalam PRU13 ini. Ramai yang akan merana jika Singapura bergabung semula dengan Malaysia.

TAKZIAH KEPADA KELUARGA DATO TIMBALAN KETUA PENGARAH KASTAM




Penulis terharu dengan kemergian ke rahmatullah Allahyarham Dato Shaharuddin Ibrahim, yang ditembak atau dibunuh di Putrajaya. Beliau ditembak mati ketika dalam perjalanan ke pejabat.

Allahyarham seorang yang tegas di dalam tugasannya. Bersama sama barisan pengurusan tinggi KASTAM dan seluruh pegawai dan warga KASTAM, pendapatan Negara telah meningkat dengan mendadak. Jika tidak silap, KASTAM menduduki tangga kedua dari segi kutipan hasil. Lembaga Hasil Dalam Negeri di tangga pertama pengutipan hasil Negara.

Transformasi Kerajaan terajuan DS Najib dan BN telah berjaya memotivasi warga KASTAM (dengan agensi lain) memperbaiki keadah dan cara mengutip cukai. Amalan rasuah dapat dikurangkan pada tahap minimal. Akibatnya hasil meningkat.

Hasil ini baik untuk Negara. Kerajaan boleh membuat pembangunan fikisal dan bayaran pengurusan seperti pencen dan sebagainya. Penulis mahu, dengan penghasilan yang tinggi oleh KASTAM,  DS Najib dan BN dapat melaksanakan program mesejahterakan rakyat dan memakmurkan Negara

Penulis harap KASTAM akan terus berkerja keras untuk Negara tanpa ketakutan. Sistem keselamatan melindungi warga KASTAM perlu dipertingkatkan. KASTAM mesti melantik penganti Allahyarham dengan seorang yang lebih tegas daripada Allahyarham. Jika Allahyarham seorang pegawai yang 100 peratus ketegasannya, KASTAM mesti memilih pengganti yang 150 peratus ketegasannya.

PDRM mesti menjalankan siasatan dan menangkap si penjenayah dan dibawa ke Mahkamah. PDRM mesti melakukan dengan cepat supaya keadilan dapat ditegakkan. Warga Putrajaya yang mempunyai maklumat mengenai insiden tersebut, tampil membantu PDRM.

Thursday 25 April 2013

MANCHESTER UNITED, CARDIFF CITY DAN QUEEN PARK RANGERS …..




MANUTD telah menewaskan ASTON VILLA 3-0 semalam dan sekali gus menjuarai Liga Perdana Inggeris buat kali 20. Walaupun, MANUTD ada 3 perlawanan lagi, perbezaan mata kutipan iaitu 16mata, memungkinkan MANUTD dinobatkan sebagai juara.

Signifikannya ialah kejuaraan yang ke 20ini, direalisasikan oleh penyerang MANUTD Robin Van Persie,yang berjersi no 20 dengan ladekan 3 gol. Tahniah MANUTD.
Pagi tadi, gergasi kelab bola sepak Sepanyol dan dunia,BARCELONA tewas teruk dengan BAYERN MUNICH 4-9. Kelab Jerman bermain cantik dan menguasai permainan. Messi tidak dapat bergerak kerana diawas ketat oleh pihak lawan.

CARDIFF CITY telah berjaya menjuarai Divison Kedua Liga dan musim depan, CARDIFF CITY akan berada di Liga Perdana Inggeris. Promosi ini membawa kebaikan kepada pemiliknya Tan Sri Vincent Tan. Yang penulis kuatiri, Tan Sri Vincient Tan mempunyai bajet yang rendah, diberitakan 26 juta pound untuk pembelian pemain. Untuk mendapatkan pemain baik, ia amat mahal buat pemilik kelab dari Malaysia. Bayangkan yang murah, RM40,000 seminggu.

CARDIFF CITY semakin menyerlah dan nama MALAYSIA harum di United Kingdom.

Malang sedikit, Queen Park Ranger yang beraksi di Liga Perdana, kemungkinan besar akan turun pangkat dan bertanding di Divisyen Dua. Jenama Air Asia dan MALAYSIA dipertaruhkan.

Penulis cadangkan GLC GLC Malaysia menceburi secara aktif sukan bola sepak di United Kingdom. FELDA GLOBAL VENTURES BERHAD, KHAZANAH MALAYSIA, SIME DARBY, GABUNGAN TELEKOM, MAXIS dan TNB. Darul Takzim Johor pun patut `jump the ship’. GLC GLC mungkin boleh runding dengan CARDIFF CITY (beli 20 peratus saham) untuk `jumpstart’ penglibatan pemain Malaysia di persada   Inggeris.

CALON PRU13 BEBAS



PRU13 ini mencatitkan bilangan calon bebas seramai 79 calon di Parlimen dan 191 calon peringkat DUN.

Mengapa berlakunya kegahriahan atau minat mendadak rakyat untuk bertanding sebagai wakil rakyat? Adakah jawatan wakil rakyat passport kepada kebahgiaan dunia dan akhirat bagi seseorang? Anggapan ramai ialah ia suatu kerjaya yang berstatus tinggi, ada penghormatan tersendiri dan juga passport kemewahan dunia. Mungkin atas dasar itu, ramai ahli sesebuah parti yang marah dan merajuk jika tidak terpilih bertanding, Sebab itu, mereka menjadi calon bebas.
Apa dia kemungkinan kemungkinan mereka menjadi calon wakil rakyat dan bebas?

Kemungkinan 1
Faktor Ekonomi satu kemungkinan.Mungkin tanggagaji wakil rakyat menarik dan bertaraf pencen. Gaji Ahli Parlimen dan Ahli DUN ada perbezaaan. Ahli DUN bertaraf EXCO dengan Ahli DUN pun ada perbezaan. Ada orang ingin menjadi wakil rakyat kerana ia terbuka kepada peluang niaga. Ada nak jadi ahli perniagaan yang sebenarnya dan aktif manakala ada juga yang menjadi Pengerusi syarikat. Tugas utama mereka ialah melobi projek.

Kemungkinan 2
Rakyat semakin meminati untuk berkhidmat kepada rakyat. Kerjaya wakil rakyat ini sebenarnya susah buat penulis. Kerja lebih masa setiap hari. Akan sibok bermesyuarat dan berjumpa rakyat. Akan melayan kerenah rakyat. Akan ada musuh  kerana wakil rakyat tidak dapat tolong mendapatkan tender atau biasiswa,
Pada penulis, jika ada sikap `sukarelawan untuk berkhidmat kepada rakyat’, kita boleh menganggotai pelbagai `avenue’ seperti kelab masyarakat, NGO, Persatuan Penduduk, Dewan Perniagaan, Kelab Belia dan banyak lagi. Jika kita seorang sportman, aktifkan lah diri kelab bolasepak, badminton, sepak takraw , futsal dan sebagainya. Bantulah kerajaan di dalam pembangunan sukan, penganjuran pertandingan sukan, mencari penaja dan sebagainya. Kelab Sukan Bola Sepak ada banyak kategori bermula 10 tahun, 12 tahun, 14 tahun, 16 tahun  dan 18 tahun. Ini tidak termasuk jantina. Kerja ini pun tidak habis.

Kemungkinan 3
Calon calon ini kecewa dengan parti mereka kerana tidak memilih mereka mewakili parti. Dalam kes BN, sekurang kurangnya ada 3  pembesar yang kecewa dan menawarkan diri sebagai calon bebas.

Kemungkinan 4
Calon calon ini berdendam dengan calon lain. Mungkin calon tersebut ingin menghukum bekas rakan niaganya, atau mungkin peniaga ini ingin mengajar bekas Pengarah JKR (bukan nama / jawatan sebenar) atau mungkin orang lain mengupah calon ini untuk memberikan tentangan kepada musuh tradisinya.

Kemungkinan 5
Diberitakan, ada calon ini bertanding calon bebas kerana berdendam dengan kerajaan Pulau Pinang yang dikatakan zalim.

Kemungkinan 6
Calon calon ini di arah bertanding kerana lawannya seorang `syaitan dan berfahaman komunis’. Presiden PAS telah memberikan kenyataan yang PAS bertanding bertindih di beberapa kerusi atas sebab calon.


Kemungkinan 7
Anggapan ramai yang sesiapa bertanding bebas mungkin akan berjaya kerana ramai pengundi yang tidak berparti dan atas pagar.

Kemungkinan 8
Strategi parti politik untuk pecah undi.

Kemungkinan 9
Seperti Tan Sri Napsiah Omar kata di Bernama TV, calon calon bebas ini berniaga. Ada calon yang meletakkan `harga’ untuk menarik diri di saat saat akhir. Tetapi di bawah akta SPR terbaru, tiada istilah `tarik diri’ lagi selepas penamaan calon. Nama mereka pun akan dicetak dalam kertas undi. Ini dapat mengelakkan spekulasi.

Kemungkinan 10
Calon calon ingin menempah nama di dalam politik mahupun perniagaan. Dengan perbelanjaan (deposit) RM10,000 untuk kerusi Parlimen dan RM5,000 untuk kerusi DUN, nama dan gambar tersebar luas. Calon bebas ini walaubagaimana pun tidak boleh menjadi ahli UMNO sepanjang masa.

Banyak lagi kemungkinan yang memotivasikan seseorang menjadi calon bebas dengan harapan akan menang dan menjadi Yang Berhormat, tetapi tiada kesempatan menulisnya.

Sunday 21 April 2013

SYABAS PENGUNDI DAN RAKYAT CINA PELABUHAN KLANG. INI LAH MALAYSIA YANG SEMUA IDAMKAN.



 

Pada malam 20hb April 2013 bertempat di Pelabuhan Klang telah  berlangsung Majlis Ramah Mesra Bersama PM. Seramai lebih kurang  60,000 masyarakat Cina hadir untuk meraikan kehadiran PM. Selain PM, Datuk Michelle  Yeoh, pelakon antarabangsa kelahiran Ipoh, Perak dan Datuk Lee Chong Wei turut datang ke Majlis  tersebut.

 

Penulis amat gembira dengan penglibatan masyarakat Cina di sana yang hadir memberikan sokongan secara langsung dan tidak langsung. Bilangan hadiran telah tercatit di dalam Malaysia Book of Records.

 

Signifikan kepada Majlis ini pada BN ialah ia nya diadakan selepas penamaan calon. Selain daripada itu, Pelabuhan Klang adalah kerusi yang akan ditandingi oleh MB Selangor, TS Khalid Ibrahim. Dan yang paling teruja, sokongan terbuka Datuk Michille Yeoh kepada BN dan PM DS Najib Tun Razak.

 

Penulis harap ia akan diterjemahkan sokongan lisan ini kepada undi BN pada 5 hb Mei 2013 nanti. Penulis ingin bersama sama rakyat Cina hidup aman damai. Penulis sokong BN kerana BN mendahulukan rakyat tanpa kira kaum. Yang baik ini, rakyat Malaysia kena ambil.

 

Penulis harap selibreti dan ikon ikon Negara seperti Datuk Michelle Yeoh, Datuk jimmy Choo dan ikon berbangsa Tionghua, turun padang di pentas anjuran masyarakat Cina terutamanya, membantu PM dan BN memenangi PRU13 ini.

HARI PENAMAAN CALON YANG MERIAH TETAPI MEMERANJATKAN.



Hari ini 20hb April 2013, adalah hari penamaan calon untuk PRU13 di Malaysia.

 

Kesemua kerusi 222 Parlimen (melainkan Parlimen Pasir Mas)  dan 505 DUN akan ditandingi oleh BN. Seperti yang dijangkakan dan telah diumumkan, calon calon telah diberikan watikah untuk bertanding. Ada empat atau lima kerusi yang  berubah kerana penarikan diri calon dan sebab lain, sebelum hari penamaan calon berlaku.

 

Penamaan calon di kerusi panas adalah di Parlimen Permatang Pauh, Gelang Patah, Shah Alam, Lembah Pantai, Pekan, Pagoh, setiap kerusi yang ditandingi Ketua Menteri / Mentri Besar, pemimpin tertinggi setiap parti dan bekas Menteri.

 

Ada kejutan berlaku. Ada pertandingan 7 penjuru. Ada satu parti di wakili oleh 2 orang. Ada ramai calon bebas yang kebanyakannya kecewa kerana tidak di lantik semula sebagai calon.

 

Kejutan terbesar BN ialah  di Parlimen Pasir Mas, Tasek Gelugor dan Parlimen Kuala Kangsar. Calon BN Pasir Mas telah tidak menyerahkan borang pencalonan yang menyebabkan calon PAS, Nik Abduh, anak Tok Guru Nik Aziz, akan menentang penyandang kerusi Datuk Ibrahim Ali. Adakah ia disengajakan atau strategi BN menghadapi PAS? Penulis memandang serius status dislipin calon BN ini. Ikrar dan kesetiaan calon ini amat buruk. Kelantan bermula dengan satu kepincangan.

 

Datuk Ibrahim Ali memang `friendly BN’ tetapi atas apa jua alasan, beliau bertanding atas tiket bebas. Tun Dr Mahathir pun sokong Datuk Ibrahim Ali menjadi calon BN. BN akan membuat ketetapan samada tidak akan keluar kempen atau menyokong calan bebas. Harap pengundi BN memilih Datuk Ibrahim Ali dan secara langsung memberi pelajaran dan pengajaran kepada Tok Guru Nik Aziz.

 

Nasib baiklah ia berlaku di Pasir Mas kerana BN boleh memberikan sokongan dan undi kepada Datuk Ibrahim Ali dan mengalahkan calon PAS. Bagaimana pulak jika ia berlaku di kerusi lain? Tidak kah ia memberikan kemenangan percuma kepada pihak pembangkang? Penulis cadang BN meneliti insiden ini dan menjadikannya suatu pengajaran. Satu sistem `standby’ calon perlu diwujudkan atau jika sudah diwujudkan, ia mesti di perkemaskan.

 

BN perlu memperbaiki kelemahan tiada pencalonan pada hari percalonan. Calon calon mesti diberitahu pada awalnya yang nama beliau termasuk di dalam senarai calon calon yang sedang dipertimbangkan oleh pengurusan UMNO. Calon pula perlu bertanggongjawab dengan berkata benar dan memberikan maklum balas. Jikalau sakit cakap sakit. Jika ada masalah perundangan terselindung, sila beritahu. Jika tidak sanggup memikul tanggongkawab, sila bincang segera. Jangan susahkan parti dan BN.

 

Selepas mendapat watikah BN, Badan Tertinggi BN mesti mengadakan perjumpaan hati ke hati dengan calon untuk memastikan mereka tidak melakukan kejutan pada pagi pencalonan seperti tidak hadir atau tidak menyerahkan borang. Waktu pencalonan amat terhad iaitu dari 9 pagi hingga 10 pagi.

 

BN mesti ada kontejensi plan. SOP perlu ada andaikata calon tidak hadir atau tidak dapat serah borang secara sengaja atau tidak sengaja. Ketidak hadiran boleh berlaku banyak cara. Kena culik, kemalangan, Kad Pengenalan dan dokumen kena curi, jatuh sakit dan lumpuh, berpaling tadah ke parti lawan dan banyak contoh lagi.

 

Penulis biarkan BN merencanakan SOP dan cara penyelesaian jika ia dirasakan ada keperluan.

 

Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan Datuk Kamilla Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO menjadi calon bebas. Beliau memilih untuk tidak bersetuju dengan pucuk pimpinan UMNO yang mencadangkan beliau bertanding di DUN Bukit Chandan. Beliau akan dipecat daripada UMNO secara otomatik apabila bertanding calon bebas menentang BN.

Sebenarnya dari awal lagi, gandingan Datuk Seri Shahrizat dengan Datuk Kamilla tidak kukuh kerana beliau tidak mempunyai `favorite’ semasa pemilihan Ketua Pergerakan WANITA dahulu. Kemudian semasa Ketuanya mengalami masalah mengenai National Feedlot Corporation, beliau mendesak supaya Ketuanya meletakkan jawatan Menteri dan parti.

Datuk Omar Shariff dari Pulau Pinang dan Datuk Fadzil Hanafi dari Kedah yang bertanding tiket bebas akan dipecat keahlian parti secara otomatik.

 

Penulis harap pimpinan negeri (sekali sekala pimpinan Negara) perlu melakukan `engagement’ yang kerap dengan bekas pemimpin supaya tidak terasa mereka ini tidak di edahkan atau tidak mendengar pandangan mereka. Mereka mungkin merasa `apabila BN mendapat madu, kemustahakan dan relevan mereka tidak diperlukan lagi’.

 

Penulis percaya jika ada program program perjumpaan dengan MUBARAK, pimpinan veteran dan diberikan peranan dan pengiktirafan, perkara calon bebas akan berkurangan.

DS NAJIB DAN `BACK HOE LOADER'….



Penulis mengikuti perkembangan dan aturcara DS Najib hampir setiap hari. Beberapa hari yang lalu, DS Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia telah melakukan majlis pecah tanah untuk Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia di Putrajaya.

 

Selain berucap, beliau telah mengendalikan jentera `back hoe loader’, dengan bantuan pemandu `back hoe loader’ yang mahir untuk melakukan pecah tanah. Penulis berpendapat, DS Najib akan kelihatan lebih `competitive advantage’ daripada pemimpin pembangkang jika beliau pandai mengendalikan `back hoe loader’ tanpa bantuan orang lain. Penghormatan yang lebih tinggi akan diberikan oleh rakyat Malaysia.

 

Penulis cadang setiap pemimpin tertinggi Negara dan negeri mengambil lesen memandu `back hoe loader’ atau mengikuti kursus express mengendalikan `back hoe loader’.  MB Pahang mempunyai lesen yang sah memandu bus dan lori. Ia membantu pembentukan imej kuat kerja, serba boleh dan `man to earth’ politician.

 

Ini adalah kerana selepas PRU13 ini (insyALLAH, BN akan menerajui Putrajaya), BN akan membina (sebagai satu contoh) 1 juta unit perumahan di dalam masa 5 tahun. Penulis percaya banyak projek projek perumahan perlu dirancang dan hampir semuanya memerlukan majlis pecah tanah. Alangkah bahagia dan gembiranya rakyat Malaysia, apabila PM sendiri yang melalukan pecah tanah den mengendalikan `back hoe loader’. Publisiti sebegini akan meningkatkan imej BN dan PM dan Ketua ketua negeri.

 

Selain daripada projek perumahan 1 juta unit, penulis rasa banyak juga program gotong royong pembersihan di merata tempat di Malaysia. Jika ada kesempatan dan ada keperluan politik, PM boleh menerajui program gotong royong buat seketika. Apa lagi yang tidak dilakukan oleh PM,sehinggakan pembersihan parit atau longkang di lakukan dengan bantuan `back hoe loader’. Dengan hanya 5 minit, imej kuat kerja dan cekap, senantiasa di ingati oleh rakyat.

 

Jesteru itu, kekurangan yang penulis maksudkan ialah kemampuan mengendalikan `back hoe loader’.

 

AISHAH, DAYANGKU INTAN DAN HERMAN TINO MENCUBA NASIB…



Penamaan calon 20hb April 2013 yang lalu menyaksikan penyanyi Aishah, Dayangku Intan dan Herman Tino menjadi calon PRU13. Aishah bertanding di Parlimen Jempol melawan Tan Sri Isa, Dayangku Intan bertanding di Parlimen Penggerang bersaing dengan Datuk Azalina Othman.Herman Tino  akan berdepan dengan Datuk Seri Noh Omar.

 

Penulis merasa Kerajaan perlu mengambil langkah proaktif untuk mendekati mereka seramai artis yang boleh supaya mereka tidak berfikiran anti kerajaan seperti Bob Lokman, Yasin, Wardina, Ito, Abby Abadi, Harie dan ramai lah artis yang `samar samar’ dan yang sudah `rosak politik”. Sebenarnya Kerajaan harus bantu mereka agar tidak terus sesat seperti menyokong parti politik yang anti Islam, menyokong parti yang senantiasa mengeluarkan fatwa, menyokong parti yang benarkan Kalimah Allah digunakan oleh agama lain, parti yang meletakkan agama Islam sama standard dengan agama lain dan pemimpin parti yang rosak moralnya.

 

Kepada artis artis Malaysia samada penyanyi, pelakon dan sebagainya, marilah bersatu. Jom join Persatuan Seniman atau yayasan yang menjaga kebajikaan artis. Apabila berada di bawah satu bumbung, senanglah Kerajaan hendak membantu. Jangan bergaduh seperti Seniman dan persatuan Artis Veteran

 

Penulis mohon diadakan perjumpaan atau `engagement’ dengan PM secara kerap dan berjadual. Tidak hanya semasa menjelang PRU. Setiap 3 atau 4 bulan sekali buat majlis makan,kenduri atau konsert dan libatkan PM/TPM. Biarlah perhubungan di antara PM dan artis adalah `real’ atau tidak `artificial’. Marilah sama sama saling membantu mempertahankan agama, bangsa dan Negara. Marilah kita buang politik perkauman yang dibawa oleh DAP. Parti ini berjaya menpengaruh sebilangan masyarakat Cina untuk berpolitik perkauman. Kaum Cina diajar untuk mengundi DAP dan anti BN. Mereka di hasut bahawa Kerajaan BN merampas hak Cina, tidak menolong sekolah jenis kebangsaan, mesti bersikap curiga dengan kaum Melayu dan macam  macam lagi. Hanya dengan pengajaran politik, penyokong DAP ini akan berpeluang dibetulkan pendirian mereka. Penulis mempunyai ramai kawan Cina juga dan kadang kadang rasa kurang selesa dengan perbuatan penyokong Cina DAP.

 

Kerajaan BN dicadangkan beri Seniman peranan yang terang. Adakan KPI seperti pembikinan 20 filem setahun, jumlah syarikat pefileman yang bertambah, pengeluaran artis baru, akademi seni setiap negeri, program sukarelawan artis, konsert amal dan macam macam lagi. Bantu artis  buka koperasi, beri peluang niaga dan lesen, khidmat pengurusan kewangan yang baik, saham khas seperti ASN Artis, skim insuran artis dan pelbagai lagi. Teruskan geran bantuan untuk industri seni Negara. Adakan sebuah `one stop agency’ seperti Malaysian Biotech Corporation Sdn Bhd untuk industri bioteknologi.

 

Penulis percaya dan yakin artis Malaysia akan `appreciate’ dengan BN.

Thursday 18 April 2013

BRAVO ARTIS MALAYSIA.



Semalam DS Najib dapat berkumpul dan beramah tamah dengan artis Malaysia. Presiden Seniman Saudara Zed dan Presiden Yayasan Kebajikaan, Dato D.J.Dave berjaya mengumpulkan 400-500 artis di Seri Perdana.

Penulis amat teruja melihatkan sambutan luar biasa artis artis terhadap Kerajaan BN. Begitu ramai artis yang `appreciate’ Kerajaan. Penulis harap artis Malaysia bersatu di dalam Persatuan dan bergading dengan Kerajaan membangunkan negara dan membentuk masyarakat.. Kerajaan memerlukan artis Malaysia untuk membantu memperkukuhkan perpaduan rakyat, artis menjadi `role model’ yang baik untuk masyarakat dan merancakkan ekonomi negara. 

Apa jua bantuan yang diperlukan, kemukakan dengan sopan dan berfakta dan jangan berputus asa. Kerajaan bersetuju dengan pemberian Kad diskaun untuk golongan artis. Kerajaan akan mempertimbangkan penguatkuasaan, royalti yang adil untuk pelakon dan skim perumahan untuk artis. DS Najib sudah berjanji, pasti beliau dan BN akan tepati. Kerajaan sebenarnya telah memperuntukkan RM200 juta untuk industri seni dengan harapan industri hiburan rancak serancak bidang lain. Kebajikan artis telah mula terbela. Artis jalanan sudah mendapat pengiktirafan Kerajaan. Insentif perfileman telah dilunaskan kepada yang layak.

Yang lebih mulia ialah mereka tidak mengutuk kawan artis haluan PAS dan PKR. Itu pilihan mereka.

Penulis bangga dengan kamu semua. Kamu semua setanding dengan calon BN yang akan berjuang di dalam PRU13. Artis seperti kamu  berperanan seperti calon wakil rakyat PRU13 juga iaitu memberikan perkhidmatan kepada rakyat termasuklah mensejahterakan rakyat dan memakmurkan negara.

KABINET BAYANGAN DS NAJIB SELEPAS PRU13????


DS Najib mengesahkan ada 33 peratus calon Parlimen dan 49 peratus calon DUN Barisan Nasional adalah muka baru. Seperti dimaklumi, barisan Menteri yang tidak dilantik semula (Penulis cadang perkataan `gugur’ tidak digunakan di dalam kontek ini kerana ia boleh mengaibkan seseorang) ialah Dato Seri Rais Yatim, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Datuk Seri Ng Yen Yen, Tan Sri Koh Tsu Koon, Datuk Abu Seman Yusop, Senator Datuk Dr Masitah Ibrahim dan Datuk Maznah Mazlan.

Seikhlasnya jumlah Menteri yang tidak dilantik semula amat sedikit berbanding dengan jumlah keseluruhan jumlah Menteri dan Timbalan Menteri. Jumlah yang kecil begini memberikan tekanan yang amat sangat kepada para menteri yang tidak dilantik semula. Kalau tidak kuat iman, para Menteri akan kecewa dan boleh diambil kesempatan oleh Pakatan Pembangkang. Pakatan sememangnya merekrut orang yang kecewa dengan Kerajaan. Sekarang hebat diberitakan yang Tan Sri Mohd Taib, mantan MB Selangor dan Tan Sri Ramli Ngah Talib, mantan MB Perak akan menganggotai PAS. Apa jua alasannya, UMNO akan kerugian. Kena elak daripada berlaku.

Penulis ada mencadangkan muka baru 50% peringkat Parlimen dan 50% DUN ataupun 50% Menteri/ Timbalan Menteri memberikan laluan untuk muka baru atau tidak dilantik semula. Keputusan yang amat berat buat DS Najib. Bila kah masa yang sesuai untuk beritahu para Menteri / Timbalan Menteri mengenai persaraan? Sebelum atau Selepas PRU13?. Penulis ada mengulas di ruangan terdahulu yang DS Najib mempunyai alternatif bertindak seperti berikut:-

(1) Contohnya DS XXXX adalah salah seorang ahli jemaah menteri selama 1-3 penggal. Dan dirasakan DS XXXX harus di bersara kan. DS Najib boleh membuat keputusan untuk tidak mencadangkan DS XXXX menjadi calon di PRU13 akan datang. Tindakan ini secara tidak langsung memberitahu DS XXXX dan rakyat bahawa DS XXXX tidak akan menjadi Menteri lagi. Penulis ambil contoh kes Dato Seri Rais Yatim. Sesampai hari pengumunan calon, nama beliau tidak timbul. Ini bermakna beliau tidak dicalon dan kemungkinan besar tidak menjadi Menteri/Timbalan Menteri. Rakyat tahu kedudukannya sebelum PRU13 lagi.

(2) Selain daripada itu DS Najib boleh mencalonkan semula DS XXXX sebagai calon wakil rakyat tetapi apabila BN memenangi PRU13, DS XXXX tidak dilantik sebagai Menteri. Tindakan ini boleh mengelirukan rakyat yang inginkan muka baru di dalam barisan Kabinet. Rakyat boleh mengundi atau tidak mengundi BN. Dalam kes seumpama ini, Tan Sri Rafidah Aziz dicalonkan semula sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar. Sebaik sahaja PRU selesai dan BN berkuasa,Tan Sri Rafidah tidak di lantik menjadi Menteri. Tan Sri Rafidah terkilan dengan Tun Abdullah, namum Tan Sri Rafidah akur dan terus menyokong BN.

(3) Ataupun atas dasar mengenang jasa dan masih mampu menjadi `winnable candidate’ di kawasan tersebut, DS Najib boleh buat pengumuman sebelum PRU13 berlangsung, bahawa DS XXXX dipilih menjadi wakil rakyat tetapi tidak akan dilantik mengangotai Kabinet. Jadi rakyat faham dan boleh terima. Rakyat kena faham seseorang yang telah bekerja 15 jam setiap hari, akan merasa kekok jika dengan tiba tiba tidak berkerja.

Penulis harap sangat, DS Najib akan melakukan rombakan besar besaran selepas BN menang PRU13 nanti. Pada pendapat penulis, jika DS Najib dapat memberikan `indication’ atau kabinet bayangan barisan jemaah Menteri nya sebelum hari mengundi, BN akan menang dengan majoriti 2/3, insyALLAH. Bagaimanapun ia (pemberitahuan awal kabinet bayangan)  berisiko juga kerana mungkin ada sabotaj dalaman dan pembangkang.

Melaka menampilkan 16 muka baharu kali ini. Antara ADUN yang tidak dilantik semula ialah ADUN Paya Rumput, Datuk Tahir Hassan dan ADUN Sungai Udang, Datuk Yaakub Mohd Amin. Parlimen merehatkan Datuk Mat Sirat, Datuk Abu Seman dan Dr Fong Chan Onn. Sepatutnya Datuk Ahmad Hamzah pun termasuk di dalam senarai rehat.

Penulis mengharap ramai lagi ADUN seperti ADUN Pantai Kundur, Datuk Ab Karim Ab Rahaman (ada cerita dari kakitangan berhaluan PAS terbaca surat permohonan memohon jawatan Gabenor Melaka semasa bertugas di MAIM Holdings Berhad), ADUN Ayer Molek, Datuk Md Yunos Husin (ADUN biasa biasa sahaja lebih lebih lagi semasa menjadi EXCO Pertanian-tak ada ummph), ADUN Ayer Limau, Amiruddin Yusof, ADUN Tabong Naning, Datuk Latipah Omar  dan ADUN Durian Tunggal, Datuk Ab Wahab, Ab Latif akan bersara menjadi ADUN tetapi Datuk Seri Mohd Ali ada alasannya. Melaka kena ada ADUN yang pandai untuk bantu KM. Sekarang ini, kebanyakan mereka warna dan design pun kena minta pandangan KM. EXCO dan ADUN kena belajar buat keputusan betul dan jika salah, kena belajar.

Sehari selepas pengumunan nama calon di Melaka, ADUN Tg Bidara Datuk  Ab Karim Sulaiman (ADUN biasa biasa sahaja lebih lebih lagi ketika menjadi EXCO Sains termasuklah bioteks) memohon tidak bertanding. Sepatutnya beliau memberitahu pengurusan atasan UMNO Melaka yang beliau tidak berhasrat bertanding atas faktor kesihatan. Pihak pembangkang berpendirian UMNO Melaka dan Tg Bidara/Masjid Tanah bermasalah atau protes kerana Datuk Abu Seman tidak dilantik semula. Tolong jangan beri ruang kepada pembangkang memainkan isu.
Ataupun mungkin Datuk Ab Karim  ingin menjaga ego dan reputasinya. Apabila beliau di `confirm’ kan yang beliau dilantik semula, barulah me `war war’ kan   yang beliau  tidak mahu bertanding atas dasar kesihatan. Wakil calon sahaja tahu tahap kesihatan mereka.

Sebuah blog juga memberi komen mengenai calon `friendly BN’. Setakat ini hanya Datuk Zulkifli Nordin yang akan bertanding di Shah Alam. Bagaimana dengan Datuk Dr Hassan Ali atau Datuk Ibrahim Ali atau Ustaz Nasha ? Yang Lain lain yang membantu BN di Perak ? Diberitakan   DS Najib mempunyai cara untuk memberi mereka peranan. Penulis harap DS Najib telah mempunyai plan dan berhubungan dengan `friendly BN’, Ia semacam aku janji juga. Ada akujanji kepada rakyat.Ada akujanji dengan penyokong `friendly BN’. Mungkin dilantik sebagai Senator? Menjadi Duta bertaraf Menteri? Menjadi lembaga pengarah GLC bermasalah seperti anti Kerajaan? Dan macam mana lagi.

DS Najib perlu `create’ opening untuk pesara politik dan `friendly BN’. Sebab itu kalau boleh seorang memegang satu jawatan sahaja. Penulis harap Datuk Jamaludin Jarjis tidak diberi terlalu banyak jawatan. Tidak terbuat dia. Menjadi Ahli Parlimen Rompin cum Duta Besar ke Amerika Syarikat cum Pengerusi PRIMA.

Di Pahang tiga Ismail bertanding untuk memperkuatkan BN Pahang. Prestasi Datuk Seri Ismail Sabri pun tidak segunung mana pun. Kedai Rakyat, Koperasi, Harga barang barang,ROS ( yang tiada taring )dan Harta Interlek. Tetapi beliau melantik orang Pahang menjadi Pengerusi Bank Rakyat dan Pengerusi MyIPO (Harta Intelek).Pengerusi PTPTN pun Datuk Ismail, orang Pahang. Penulis rasa DS Najib tidak memerlukan sokongan orang Pahang sahaja untuk menjadi PM.

PRU13 menampilkan ramai orang kuat atau pegawai khas atau setiausaha politik DS Najib. Di Kedah ada Datuk Shahlan ismail, Datuk Lat Shariman Abdullah, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (too much exposure dalam TV3. Kadang kadang angkat barang pun kena masuk TV). Di Kelantan Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh (dari zaman penulis budak budak hingga pencen ini, beliau belum berjaya dalam politik Kelantan) dan di Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Mohd Shafei Abdullah. Penulis harap dengan perhubungan kerja yang baik dengan PM, kemenangan perlu pasti dengan majoriti tinggi.

Di Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan adik beliau, Datuk Ismail diberikan peranan untuk memenangkan BN. Mungkin Datuk Seri Shahidan mampu berdepan dengan Datuk Dr Haron Din dari PAS. Penulis percaya keluarga Shahidan Kassim mempunyai ramai saudara mara di Perlis dan yang mustahak perhubungan baik mereka dengan penduduk sana. Orang muda Perlis perlu mengambil langkah dari sekarang untuk menjadi popular di Perlis. Jangan harap veteran sahaja. Apabila orang lantik veteran, awak marah.

Terdapat juga cerita yang penyandang kerusi (samada Kerajaan atau Pembangkang) yang tidak dipilih bertanding, akan bertanding tiket bebas. Datuk Seri Ong Tee Keat, Datuk Omar Sharif Pulau Pinang dan Datuk Ibrahim Ali diberitakan akan menjadi calon bebas. 

Monday 15 April 2013

GEMPAR..KESIHATAN TUN DR MAHATHIR?




Penulis amat gembira Tun Dr Mahathir sihat dan dapat berjalan merata tempat membantu BN dan DS Najib/TS Muhyiddin memenangi PRU13 ini.
Penulis faham dengan keresahan Tun Dr Mahathir terhadap perkembangan politik tanah air terutamanya DS Anwar Ibrahim dengan PKRnya, DAP parti politik Cina yang rasis dan pemimpinnya Lim Kit Siang/Lim Guan Eng/Karpal Singh dan PAS, parti yang menggunakan agama dan fatwa serta Mirsyidul Amnya, Tok Guru Nik Aziz.

Ceramah demi ceramah beliau berikan. Nasihat dan hujahan dibentangkan supaya rakyat Malaysia, Melayu, Cina dan India dapat kongsi kuasa dan hidup. Akhbar Singapura Strait Times menulis komitmen Tun Dr Mahathir menerangkan usaha kerajaan kini mendahulukan rakyat berbanding dengan permasalahan moral pemimpin parti pembangkang.

Di Perak, Batu Gajah dan Ipoh, Ds Najib dan Tun Dr Mahathir sepentas untuk bertemu dengan masyarakat Cina. Inilah pengorbanan negarawan dan pemimpin kita untuk membetulkan keadaan. Masyarakat Cina pada dasarnya membenci Kerajaan kerana mainan DAP-PKR-PAS yang menpunyai agenda menawan Putrajaya dan cara mereka menghalakan hura hara dan kekacauan. Adalah dijangka Tun Dr Mahathir akan kerap ke Johor dan beberapa kerusi panas untuk membantu BN.

Penulis harap Tun Abdullah juga dapat membantu calon BN di Pulau Pinang sekurang kurangnya. Mungkin berita turun padang tidak di beritakan dan sebab itu Tun Abdullah nampak tidak berkerja.

Adalah menjadi harapan penulis agar PRU13 ini menjadi medan terakhir buat pembangkang durjana dan kadang kadang rakyat Malaysia banyak buang masa untuk melayan celoteh pembangkang yang bersifat begini. Kita mahu pembangkang yang sihat bukan yang merosakkan Negara.
Kepada Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah, sila jaga kesihatan dan usah risau. Enjoy Life.

TOK GURU NIK AZIZ KATA SEMBAHYANG ORANG UMNO TIDAK DAPAT PAHALA DAN SEBELUM ITU MASUK ATAU UNDI PAS MASUK SYURGA.




Penulis membaca rencana Tun Mahathir `Sudah Kenal Baru Celik Mata’ di dalam Mingguan Malaysia edisi Ahad 14 April 2013.
Rencana ini secara ringkasnya menerangkan pengalaman pengikut setia seseorang pemimpin. Pada mulanya, mereka amat taksub dengan pemimpinya tanpa sebarang pertimbangan. Namum selepas berkenalan dan berkawan rapat, pengikut tersebut menjauhi pemimpin tersebut. Pemimpin itu meliputi DS Anwar Ibrahim dan PKRnya, Lim Kit Siang dengan DAPnya dan Tok Guru Nik Aziz dengan PASnya.
Daripada rencana tersebut, penulis tertarik dengan hujah Tun Dr Mahathir mengenai dakwaan/fatwa Tok Guru Nik Aziz. Tun menulis PAS mengaku sebuah parti Islam yang dahulu begitu tegas dengan hasrat untuk mendirikan Negara Islam dan Hudud. Malangnya Hududnya adalah untuk orang Islam sahaja. Kemudian PAS mendakwa sesiapa yang tidak menyokong PAS, mereka tidak Islam. Tok Guru menentukan syurga atau neraka selepas kematian bagi seseorang jika ia bertindak memerangi PAS.
Tok Guru mendakwa UMNO kafir kerana berkerjasama dengan MCA. Oleh kerana tidak cukup undi, PAS bersahabat baik dengan DAP. Ia diibaratkan sebagai DAP atau kafir telah kembali pada PAS seperti yang di janjikan Allah. Untuk mendapatkan sokongan DAP,PAS gugurkan tuntutan Negara Islam dan beralih kepada Negara kebajikan. Kalimah ALLAH, mengikut taksiran PAS boleh digunakan oleh  agama lain dan secara tidak langsung meletakkan agama Islam sama hebatnya dengan agama lain. Ini bermakna juga selain agama Islam pilihan ALLAH dan Rasulullah, agama Budda, Kristian dll juga agama pilihan ALLAH.
Tuhan mencarut manakala Nabi Muhammad SAW adalah sama dengan mat kampong di Kelantan sebelum  menjadi Rasul. Sambutan MauludiRasul tidak perlu tetapi Tok Guru sambut hari lahir dengan Karpal Singh, seorang yang anti Negara Islam dan Hudud. Rakyat Kelantan dibiasakan dengan bekalan air yang kotor, pembalakan haram yang berluasa, pemajakan tanah kepada warga asing yang terlampau, memutarbelitkan fakta royalti minyak dan tuntutan RM12 bilion yang  tidak masuk akal iaitu melebihi jumlah bayaran royalti kepada  Kerajaan Persekutuan.
Tun Dr Mahathir berhujah baik bahawa PAS aktif di Malaysia dan ini bermakna hanya 800,000 orang di Malaysia dianggap Islam. Bagaimana umat Islam 1.6 bilion di merata dunia yang tidak menganggotai PAS? Adakah mereka tidak Islam juga? Nabi Muhammad SAW yang sudah pasti tidak menjadi ahli PAS, pun tidak Islam dan kemungkinan tidak masuk syurga, jika mengikut taksiran PAS dan Tok Guru Nik Aziz ini. Sebab itulah penulis merasa amat terpanggil untuk membetulkan sedikit kesesatan PAS melalui penulisan yang tidak seberapa ini. Sekurang kurangnya tanggongjawab penulis lepas.
Penulis menghormati Ulamak tetapi bukan Ulamak PAS Penulis amat kuartiri ia terkeluar daripada landasan yang betul. Hanya ALLAH yang boleh menentukan.
Sebenarnya ramai ahli PAS sudah menjauhi PAS dan Ulamak PAS ini. Marilah kita berdoa agar ALLAH memberikan mereka taufik dan hidayah supaya kembali kepada ajaran Islam sebenarnya. Tidak masuk UMNO tidak apa. Janji tinggal dan jauhi PAS serta pakatan PKR dan DAP, sebuah kumpulan yang anti Islam.