Tuesday 2 April 2013

DATUK CHUA SOI LEK BERTANDING DI GELANG PATAH??



Penulis ingin tahu juga perkembangan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek. Adakah DS Najib membenarkan beliau akan bertanding di dalam PRU13 nanti? Mampu kah beliau berhadapan dengan Lim Kit Siang di Gelang Patah atau Chua Jui Meng di Segamat. DAP bertanding di Johor untuk menghancurkan MCA khasnya. Pada pendapat penulis, beliau berpotensi tinggi dan lebih baik daripada Lim Guan Eng semasa berdebat tidak lama dahulu. Perdebatan di dalam bahasa Cina dan Inggeris memihak kepada Datuk Chua. Jikalau di dalam Bahasa Malaysia, Datuk Chua lebih berlidah Melayu. Keangkohan Guan Eng tercalar dan tercabar. Lim Guan Eng `totally brush out’ by Datuk Chua. Cuma persoalan moral beliau yang boleh dimainkan oleh puak pembangkang. Tetapi Ketua Umum PKR lebih teruk, pun tidak kisah untuk bertanding. Pada penulis, Datuk Chua lebih `gentleman’ dan mengaku salah dan minta maaf serta letak jawatan. DS Anwar Ibrahim tidak berbuat demikian. 

No comments:

Post a Comment