Monday 1 April 2013

DS NAJIB BERJUMPA JEMAAH TABLIGH DI MASJID SRI PETALING




DS Mohd Najib Tun Razak  tidak melupakan atau meminggirkan sesuatu golongan atau kumpulan di Malaysia ini. Semalam 30 hb Mac, beliau ke Masjid Sri Petaling bersembahyang Isyak. Beliau sempat mendengar ceramah mengenai sejarah perjuangan Rasullulah dan diberikan kesempatan bercakap kepada lebih kurang 500 jemaah tabligh.

DS Najib berkata, jika ada pun perbezaan pendapat diantara kita, kita wajib mempertahankan agama dan umat Islam kita dan jangan hancurkan peraduan Islam. Masing masing ada peranan. Ahli Tabligh berdakwahlah dengan berkesan. Beliau sebagai pemimpin memainkan peranan memakmurkan Negara. Beliau mengajak semua berkerjasama untuk Islam dan umatnya.

Penulis amat menghormati tindakan DS Najib untuk datang melawat Pusat Tabligh yang terkenal ini. Ramai sedia maklum dan beranggapan ahli Tabligh menyokong PAS-PKR-DAP atau anti Kerajaan, tetapi melalui intekrasi PM dengan ahli tabligh, ia memberi harapan dan gambaran bahawa Kerajaan BN pun mempunyai tempat di hati ahli Tabligh. Kerapkan interaksi dengan pertubuhan agama Islam dan juga agama lain.

Penulis harap DS Najib terus berhubungan rapat dengan Sekolah Pondok, seperti yang dilakukan di Kelantan. Runding dan mohonlah baik baik peruntukan dakwah. Buatlah carnival yang merapatkan perhubungan ahli Tabligh dengan masyarakat Islam dan bukan Islam.

Ahli Tabligh sewajibnya berkemampuan berfikir pemimipin yang mana mereka harus sandarkan buat Negara Malaysia.

1 comment:

  1. dari mana penulis dapat fakta tabligh menyokong pas pkr dan dap

    ReplyDelete