Apa
yang di minati oleh orang ramai khasnya orang politik sudah diketahui. Hari
Undi di tetapkan pada 5hb Mei 2013, Ahad. Sebelum itu, BN dan Pakatan Rakyat telah
dan akan mengeluarkan senarai calon wakil rakyatnya. Suka tidak suka, ada wakil
calon baru dan ada penyandang tidak terpilih. Akan ada segenlitir orang yang
akan gembira dan sedih, juga yang merajuk dan keluar parti. Asam garam politik.
Selepas itu, yang lebih getir ialah malam pengumuman keputusan. Yang menang
tunggu hingga diumumkan menang oleh Pegawai Pilihanraya. Calon yang kalah telah
balik awal. Jarang dan kurang bilangan calon yang kalah tunggu pengumuman dan
bersalaman. Yang menang akan disorak dan di lambung atau dikalong bunga. PRU12
yang lalu menyaksikan kebangkitan Pakatan Rakyat dengan memenangi 5 negeri
iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
BN gagal mendapat 2/3 majoriti. Suatu keputusan yang memeranjatkan dan tidak
pernah berlaku kepada BN. Keputusan ini merupakan `wake up call’ kepada BN.
Itulah suasananya.
Bagaimana
agaknya suasana pada malam 5hb Mei dan pagi 6hb Mei 2013 nanti.?
No comments:
Post a Comment