Semalam
DS Najib dapat berkumpul dan beramah tamah dengan artis Malaysia . Presiden Seniman Saudara
Zed dan Presiden Yayasan Kebajikaan, Dato D.J.Dave berjaya mengumpulkan 400-500
artis di Seri Perdana.
Penulis
amat teruja melihatkan sambutan luar biasa artis artis terhadap Kerajaan BN.
Begitu ramai artis yang `appreciate’ Kerajaan. Penulis harap artis Malaysia
bersatu di dalam Persatuan dan bergading dengan Kerajaan membangunkan negara
dan membentuk masyarakat.. Kerajaan memerlukan artis Malaysia untuk membantu memperkukuhkan
perpaduan rakyat, artis menjadi `role model’ yang baik untuk masyarakat dan
merancakkan ekonomi negara.
Apa jua bantuan yang diperlukan, kemukakan dengan
sopan dan berfakta dan jangan berputus asa. Kerajaan bersetuju dengan pemberian
Kad diskaun untuk golongan artis. Kerajaan akan mempertimbangkan
penguatkuasaan, royalti yang adil untuk pelakon dan skim perumahan untuk artis.
DS Najib sudah berjanji, pasti beliau dan BN akan tepati. Kerajaan sebenarnya
telah memperuntukkan RM200 juta untuk industri seni dengan harapan industri
hiburan rancak serancak bidang lain. Kebajikan artis telah mula terbela. Artis
jalanan sudah mendapat pengiktirafan Kerajaan. Insentif perfileman telah
dilunaskan kepada yang layak.
Yang
lebih mulia ialah mereka tidak mengutuk kawan artis haluan PAS dan PKR. Itu
pilihan mereka.
Penulis
bangga dengan kamu semua. Kamu semua setanding dengan calon BN yang akan
berjuang di dalam PRU13. Artis seperti kamu
berperanan seperti calon wakil rakyat PRU13 juga iaitu memberikan
perkhidmatan kepada rakyat termasuklah mensejahterakan rakyat dan memakmurkan
negara.
No comments:
Post a Comment