Sehari
sebelum DS Mohd Najib Tun Razak membubarkan Parlimen, beliau berkesempatan
untuk bertemu dengan anggota pekerja PETRONAS. Beliau sempat memberikan
penerangan mengenai manifesto parti pembangkang yang berjanji kepada negeri
negeri yang PETRONAS akan memberi royalty sebanyak 20 peratus, jika mereka
menawan Putrajaya.
DS Najib
memberitahu aktiviti `oil and gas’ memerlukan modal perbelanjaan capital yang
tinggi dan andaikata 20 peratus royalty dihulurkan kepada negeri negeri, ia
akan menjejaskan perkembangan pesat PETRONAS.
Apabila
PETRONAS menghadapi masalah perkembangan bisnes dan kecairan wang tunai,
Kerajaan Persekutuan TIDAK dapat mengutip cukai daripada PETRONAS dan
pembangunan Negara akan terbantut. Setakat hari ini, PETRONAS merupakan `good
paymaster’ kepada pihak pembekal dan bank. Situasi ini akan berubah jika polisi
pembayaran royalty dinaikkan.
Anggota
pekerja dan projek baru akan dikurangkan. Mungkin tiada kenaikan gaji dan
pemberian bonus.
Penulis
mendapat tahu PETRONAS mempunyai ramai pemsempati dan penyokong parti
pembangkang terutamanya PAS dan PKR. Andaikata mereka ini mengundi pembangkang
dan BN kalah, PETRONAS ditadbir oleh Anwar Ibrahim dan kumpulan, PETRONAS
dijangka bermasalah seperti yang dijangkakan oleh ekonomis dan politikus BN.
Mungkin pemsempati dan penyokong PKR dan PAS PETRONAS ini akan kehilangan
kerja. Penulis rasa mereka tidak risau sangat kerana duit gaji terkumpul pun
banyak tanpa mengira simpanan KWSP. Tiada kerisauan di pihak pekerja PETRONAS.
Ramai yang beranggapan `kebangkrapan’ PETRONAS tidak akan berlaku. Ringkasnya,
mengapa kita perlu memberi pembangkang berkuasa dan menguruskan PETRONAS?
Dikuatiri pekerja di buang kerja, bonus tidak semewah dulu, overtime di sekat
dan pelbagai kemungkinan. Baik pilih BN menerajui Negara.
Mengapa
anggota pekerja PETRONAS ini menjadi pemsempati dan penyokong PKR dan PAS?.
Penulis rasa dengan putar belit pihak pembangkang, isu kronilisma di kalangan
anak dan keluarga PM terdahulu dan jemaah menteri serta ahli politik UMNO/BN,
berjaya menyakinkan anggota pekerja jegala rasuah dan penyelewengan berlaku di
PETRONAS. Pengurusan PETRONAS diketahui ada prosedur yang ketat untuk menjadi
pembekal pun. Penulis mempunyai ramai kenalan yang menjadi vendor PETRONAS.
Pelbagai kelayakan diperlukan untuk mendaftar. Prosedur masuk kawasan Logi
berperaturan. Syarat memasuki tender ketat. Hendak menambah kepala kerja pun
setahun 1 atau 2 kepala sahaja. Sesebuah syarikat hendak mengumpulkan kepala
kerja, kena tunggu bertahun. Sebelum DS Najib menjadi PM, tender dibawa ke
Kementerian Kewangan untuk diputuskan. Tetapi seperti DS Najib katakan di dalam
perhimpuan dengan pekerja PETRONAS, ia telah dikembalikan kepada Lembaga
Pengarah PETRONAS sendiri.
Selain
daripada pihak pengurusan gagal menerangkan kononnya penyelewengan oleh kroni
UMNO, kecanggihan kommuniksi seperti facebook, twitter dsb, mempercepatkan
transformasi maklumat dikalangan mereka.
Strategis
atau penerangan UMNO/BN juga tidak memainkan peranan penerangan dan subversif
di PETRONAS. Kelab UMNO/BN mesti beroperasi di PETRONAS secara terang atau
gelap. Penulis mengambil contoh `niat baik’ UMNO/BN untuk tidak mencampuri
urusan pembelajaran di Universiti. Kita harap mereka belajar sahaja dan
berkumpulan tanpa gangguan oleh politik PAS-PKR-PAS. BN ini terlalu baik sampai
kita biarkan mahasiswa dan mahasiswi berpolitik dengan menjadi anti kerajaan.
Ketidakcampuran di dalam hal ehwal pelajar yang menjurus kepada perhimpuan
Bersih dan demonstrasi jalanan. Penulis kecewa UMNO/BN tidak mengambil berat
langsung perkara seumpama ini. PRU13 ini tidak sempat untuk buat `OPS DAULAT’
di PETRONAS dan GLC GLC lain. Tetapi penulis harap DS Najib kena buat selepas
BN menang PRU13 nanti. DS Najib boleh buat secara lembut (rayuan demi rayuan
serta penjelasan) atau keras (buang kerja atau tapisan pekerja baru serta PLKN
atau BTN untuk pekerja).
No comments:
Post a Comment