Penulis
amat gembira Tun Dr Mahathir sihat dan dapat berjalan merata tempat membantu BN
dan DS Najib/TS Muhyiddin memenangi PRU13 ini.
Penulis
faham dengan keresahan Tun Dr Mahathir terhadap perkembangan politik tanah air
terutamanya DS Anwar Ibrahim dengan PKRnya, DAP parti politik Cina yang rasis
dan pemimpinnya Lim Kit Siang/Lim Guan Eng/Karpal Singh dan PAS, parti yang
menggunakan agama dan fatwa serta Mirsyidul Amnya, Tok Guru Nik Aziz.
Ceramah
demi ceramah beliau berikan. Nasihat dan hujahan dibentangkan supaya rakyat Malaysia , Melayu, Cina dan India dapat kongsi kuasa dan hidup.
Akhbar Singapura Strait Times menulis komitmen Tun Dr Mahathir menerangkan
usaha kerajaan kini mendahulukan rakyat berbanding dengan permasalahan moral pemimpin
parti pembangkang.
Di
Perak, Batu Gajah dan Ipoh, Ds Najib dan Tun Dr Mahathir sepentas untuk bertemu
dengan masyarakat Cina. Inilah pengorbanan negarawan dan pemimpin kita untuk
membetulkan keadaan. Masyarakat Cina pada dasarnya membenci Kerajaan kerana
mainan DAP-PKR-PAS yang menpunyai agenda menawan Putrajaya dan cara mereka
menghalakan hura hara dan kekacauan. Adalah dijangka Tun Dr Mahathir akan kerap
ke Johor dan beberapa kerusi panas untuk membantu BN.
Penulis
harap Tun Abdullah juga dapat membantu calon BN di Pulau Pinang
sekurang kurangnya. Mungkin berita turun padang
tidak di beritakan dan sebab itu Tun Abdullah nampak tidak berkerja.
Adalah
menjadi harapan penulis agar PRU13 ini menjadi medan
terakhir buat pembangkang durjana dan kadang kadang rakyat Malaysia banyak buang masa untuk
melayan celoteh pembangkang yang bersifat begini. Kita mahu pembangkang yang
sihat bukan yang merosakkan Negara.
Kepada
Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah, sila jaga kesihatan dan usah risau.
Enjoy Life.
No comments:
Post a Comment