Thursday, 18 April 2013

KABINET BAYANGAN DS NAJIB SELEPAS PRU13????


DS Najib mengesahkan ada 33 peratus calon Parlimen dan 49 peratus calon DUN Barisan Nasional adalah muka baru. Seperti dimaklumi, barisan Menteri yang tidak dilantik semula (Penulis cadang perkataan `gugur’ tidak digunakan di dalam kontek ini kerana ia boleh mengaibkan seseorang) ialah Dato Seri Rais Yatim, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Datuk Seri Ng Yen Yen, Tan Sri Koh Tsu Koon, Datuk Abu Seman Yusop, Senator Datuk Dr Masitah Ibrahim dan Datuk Maznah Mazlan.

Seikhlasnya jumlah Menteri yang tidak dilantik semula amat sedikit berbanding dengan jumlah keseluruhan jumlah Menteri dan Timbalan Menteri. Jumlah yang kecil begini memberikan tekanan yang amat sangat kepada para menteri yang tidak dilantik semula. Kalau tidak kuat iman, para Menteri akan kecewa dan boleh diambil kesempatan oleh Pakatan Pembangkang. Pakatan sememangnya merekrut orang yang kecewa dengan Kerajaan. Sekarang hebat diberitakan yang Tan Sri Mohd Taib, mantan MB Selangor dan Tan Sri Ramli Ngah Talib, mantan MB Perak akan menganggotai PAS. Apa jua alasannya, UMNO akan kerugian. Kena elak daripada berlaku.

Penulis ada mencadangkan muka baru 50% peringkat Parlimen dan 50% DUN ataupun 50% Menteri/ Timbalan Menteri memberikan laluan untuk muka baru atau tidak dilantik semula. Keputusan yang amat berat buat DS Najib. Bila kah masa yang sesuai untuk beritahu para Menteri / Timbalan Menteri mengenai persaraan? Sebelum atau Selepas PRU13?. Penulis ada mengulas di ruangan terdahulu yang DS Najib mempunyai alternatif bertindak seperti berikut:-

(1) Contohnya DS XXXX adalah salah seorang ahli jemaah menteri selama 1-3 penggal. Dan dirasakan DS XXXX harus di bersara kan. DS Najib boleh membuat keputusan untuk tidak mencadangkan DS XXXX menjadi calon di PRU13 akan datang. Tindakan ini secara tidak langsung memberitahu DS XXXX dan rakyat bahawa DS XXXX tidak akan menjadi Menteri lagi. Penulis ambil contoh kes Dato Seri Rais Yatim. Sesampai hari pengumunan calon, nama beliau tidak timbul. Ini bermakna beliau tidak dicalon dan kemungkinan besar tidak menjadi Menteri/Timbalan Menteri. Rakyat tahu kedudukannya sebelum PRU13 lagi.

(2) Selain daripada itu DS Najib boleh mencalonkan semula DS XXXX sebagai calon wakil rakyat tetapi apabila BN memenangi PRU13, DS XXXX tidak dilantik sebagai Menteri. Tindakan ini boleh mengelirukan rakyat yang inginkan muka baru di dalam barisan Kabinet. Rakyat boleh mengundi atau tidak mengundi BN. Dalam kes seumpama ini, Tan Sri Rafidah Aziz dicalonkan semula sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar. Sebaik sahaja PRU selesai dan BN berkuasa,Tan Sri Rafidah tidak di lantik menjadi Menteri. Tan Sri Rafidah terkilan dengan Tun Abdullah, namum Tan Sri Rafidah akur dan terus menyokong BN.

(3) Ataupun atas dasar mengenang jasa dan masih mampu menjadi `winnable candidate’ di kawasan tersebut, DS Najib boleh buat pengumuman sebelum PRU13 berlangsung, bahawa DS XXXX dipilih menjadi wakil rakyat tetapi tidak akan dilantik mengangotai Kabinet. Jadi rakyat faham dan boleh terima. Rakyat kena faham seseorang yang telah bekerja 15 jam setiap hari, akan merasa kekok jika dengan tiba tiba tidak berkerja.

Penulis harap sangat, DS Najib akan melakukan rombakan besar besaran selepas BN menang PRU13 nanti. Pada pendapat penulis, jika DS Najib dapat memberikan `indication’ atau kabinet bayangan barisan jemaah Menteri nya sebelum hari mengundi, BN akan menang dengan majoriti 2/3, insyALLAH. Bagaimanapun ia (pemberitahuan awal kabinet bayangan)  berisiko juga kerana mungkin ada sabotaj dalaman dan pembangkang.

Melaka menampilkan 16 muka baharu kali ini. Antara ADUN yang tidak dilantik semula ialah ADUN Paya Rumput, Datuk Tahir Hassan dan ADUN Sungai Udang, Datuk Yaakub Mohd Amin. Parlimen merehatkan Datuk Mat Sirat, Datuk Abu Seman dan Dr Fong Chan Onn. Sepatutnya Datuk Ahmad Hamzah pun termasuk di dalam senarai rehat.

Penulis mengharap ramai lagi ADUN seperti ADUN Pantai Kundur, Datuk Ab Karim Ab Rahaman (ada cerita dari kakitangan berhaluan PAS terbaca surat permohonan memohon jawatan Gabenor Melaka semasa bertugas di MAIM Holdings Berhad), ADUN Ayer Molek, Datuk Md Yunos Husin (ADUN biasa biasa sahaja lebih lebih lagi semasa menjadi EXCO Pertanian-tak ada ummph), ADUN Ayer Limau, Amiruddin Yusof, ADUN Tabong Naning, Datuk Latipah Omar  dan ADUN Durian Tunggal, Datuk Ab Wahab, Ab Latif akan bersara menjadi ADUN tetapi Datuk Seri Mohd Ali ada alasannya. Melaka kena ada ADUN yang pandai untuk bantu KM. Sekarang ini, kebanyakan mereka warna dan design pun kena minta pandangan KM. EXCO dan ADUN kena belajar buat keputusan betul dan jika salah, kena belajar.

Sehari selepas pengumunan nama calon di Melaka, ADUN Tg Bidara Datuk  Ab Karim Sulaiman (ADUN biasa biasa sahaja lebih lebih lagi ketika menjadi EXCO Sains termasuklah bioteks) memohon tidak bertanding. Sepatutnya beliau memberitahu pengurusan atasan UMNO Melaka yang beliau tidak berhasrat bertanding atas faktor kesihatan. Pihak pembangkang berpendirian UMNO Melaka dan Tg Bidara/Masjid Tanah bermasalah atau protes kerana Datuk Abu Seman tidak dilantik semula. Tolong jangan beri ruang kepada pembangkang memainkan isu.
Ataupun mungkin Datuk Ab Karim  ingin menjaga ego dan reputasinya. Apabila beliau di `confirm’ kan yang beliau dilantik semula, barulah me `war war’ kan   yang beliau  tidak mahu bertanding atas dasar kesihatan. Wakil calon sahaja tahu tahap kesihatan mereka.

Sebuah blog juga memberi komen mengenai calon `friendly BN’. Setakat ini hanya Datuk Zulkifli Nordin yang akan bertanding di Shah Alam. Bagaimana dengan Datuk Dr Hassan Ali atau Datuk Ibrahim Ali atau Ustaz Nasha ? Yang Lain lain yang membantu BN di Perak ? Diberitakan   DS Najib mempunyai cara untuk memberi mereka peranan. Penulis harap DS Najib telah mempunyai plan dan berhubungan dengan `friendly BN’, Ia semacam aku janji juga. Ada akujanji kepada rakyat.Ada akujanji dengan penyokong `friendly BN’. Mungkin dilantik sebagai Senator? Menjadi Duta bertaraf Menteri? Menjadi lembaga pengarah GLC bermasalah seperti anti Kerajaan? Dan macam mana lagi.

DS Najib perlu `create’ opening untuk pesara politik dan `friendly BN’. Sebab itu kalau boleh seorang memegang satu jawatan sahaja. Penulis harap Datuk Jamaludin Jarjis tidak diberi terlalu banyak jawatan. Tidak terbuat dia. Menjadi Ahli Parlimen Rompin cum Duta Besar ke Amerika Syarikat cum Pengerusi PRIMA.

Di Pahang tiga Ismail bertanding untuk memperkuatkan BN Pahang. Prestasi Datuk Seri Ismail Sabri pun tidak segunung mana pun. Kedai Rakyat, Koperasi, Harga barang barang,ROS ( yang tiada taring )dan Harta Interlek. Tetapi beliau melantik orang Pahang menjadi Pengerusi Bank Rakyat dan Pengerusi MyIPO (Harta Intelek).Pengerusi PTPTN pun Datuk Ismail, orang Pahang. Penulis rasa DS Najib tidak memerlukan sokongan orang Pahang sahaja untuk menjadi PM.

PRU13 menampilkan ramai orang kuat atau pegawai khas atau setiausaha politik DS Najib. Di Kedah ada Datuk Shahlan ismail, Datuk Lat Shariman Abdullah, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (too much exposure dalam TV3. Kadang kadang angkat barang pun kena masuk TV). Di Kelantan Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh (dari zaman penulis budak budak hingga pencen ini, beliau belum berjaya dalam politik Kelantan) dan di Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Mohd Shafei Abdullah. Penulis harap dengan perhubungan kerja yang baik dengan PM, kemenangan perlu pasti dengan majoriti tinggi.

Di Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan adik beliau, Datuk Ismail diberikan peranan untuk memenangkan BN. Mungkin Datuk Seri Shahidan mampu berdepan dengan Datuk Dr Haron Din dari PAS. Penulis percaya keluarga Shahidan Kassim mempunyai ramai saudara mara di Perlis dan yang mustahak perhubungan baik mereka dengan penduduk sana. Orang muda Perlis perlu mengambil langkah dari sekarang untuk menjadi popular di Perlis. Jangan harap veteran sahaja. Apabila orang lantik veteran, awak marah.

Terdapat juga cerita yang penyandang kerusi (samada Kerajaan atau Pembangkang) yang tidak dipilih bertanding, akan bertanding tiket bebas. Datuk Seri Ong Tee Keat, Datuk Omar Sharif Pulau Pinang dan Datuk Ibrahim Ali diberitakan akan menjadi calon bebas. 

No comments:

Post a Comment