Monday, 1 April 2013

LIMA 2013 BERLANGSUNG SEMASA PENCEROBOHAN LAHAD DATU BERLAKU. PEMPAMER PERALATAN PEPERANGAN ADA BISNES SIKIT.




LIMA 2013 berlansung semasa pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Kunak dan Semporna. Sehingga hari ini 30hb Mac, diberitakan saki baki pengganas berkurangan ke 10 orang. Pencerobohan ini menyebabkan Kerajaan Malaysia menubuhkan Eastern Sabah Security Zone (ESSZONE). Kerajaan memperuntukkan RM200juta sebagai perbelanjaan modal permulaan untuk menambah atau membeli peralatan dan pensenjataan ringan. Penulis  percaya Kerajaan akan menambah peruntukan besar di dalam masa terdekat. Kesemua ini berdasarkan kepada kenyataan bahawa keselamatan wilayah Malaysia amat mustahak dipertahankan. Ini akan dapat dilakukan dengan asset pertahanan yang mencukupi dan canggih.

Seperti sedia maklum, sebelum ini Malaysia adalah sebuah Negara aman dan bajet keselamatan adalah rendah jika dibandingkan dengan Negara jiran. Pencerobohan Lahad Datu membuka mata Kerajaan dan rakyat.

LIMA sesuai untuk aeroangkasa kommersil dan bukan peralatan peperangan. Pembelian pesawat oleh AirAsia, MAS dan Malindo Airways serta aktiviti sampingan seperti baik pulih dan pembuatan telah menjadi rutin urusniaga LIMA. Kebanyakan urusniaga dan perjanjian berkisar kepada industri penerbangan. AirAsia berkembang pesat dan hebat dari segi keperluan memiliki jumlah pesawat yang lebih banyak selari dengan pelebaran sayap ke India, Filipina, Indonesia dan banyak lagi. Pembukaan KLIA2 bulan Jun 2013 nanti akan menarik banyak pesawat beropersai di KLIA2. MALINDO AIRWAYS akan cuba secergas Air Asia.

Tetapi kali ini, para pempamer barangan atau produk peperangan akan lebih gembira kerana Malaysia, selaku Negara penganjur LIMA akan memperbelanjaan sejumlah peruntukan untuk menambah dan mempertingkatan asset pertahanan Negara, ekoran daripada kejadian pencerobohan.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mendapat peruntukan kira-kira RM5 juta untuk pembelian peralatan bagi menyokong Zon Selamat Malaysia Timur (ESSZONE) di timur Sabah.Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish berkata peruntukan itu daripada RM200 juta yang diumumkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam sebagai bajet permulaan bagi membangunkan infrastruktur dan pembelian aset untuk pelaksanaan ESSZONE.

Penulis meramalkan mulai hari ini (selepas LIMA 2013 menutup tirainya) para pembekal barangan atau produk peperangan / pertahanan, akan kerap `melawat’  Kementerian Pertahanan dan PDRM untuk merayu Kerajaan membeli barangan atau produk mereka. LIMA 2015 akan lebih besar daripada LIMA 2013 kerana potensi Kerajaan akan berbelanja besar di dalam bajet keselamatan.


Penulis hairan ada pihak yang melaungkan demokrasi tetapi pada hakikatnya mereka melakukan sesuatu yang tidakdemokratik langsung. Ada ura ura atau perancangan untuk melakukan hura hara semasa dan selepas keputusan PRU13, malah telah `merestui’ pencerobohan pengganas di lahad datu dan mengharap pelabur tidak datang ke Langkawi untuk membuat pelaburan. Alhamdulilah, LIMA 2013 ini melibatkan pelaburan RM4.2 bilion

LIMA 2013 telah mencatatkan kejayaan menarik 185,000 pengunjung dimana 81,390 mengunjungi pameran maritim dan selebihnya meninjau pameran udara. LIMA 2013 kini diiktiraf sebagai pameran pertahanan yang ketiga terbesar di dunia, selepas Pertunjukan Udara Farnborough di United Kingdom dan Pertunjukan Udara Paris di Lapangan Terbang Le Bourget. 

No comments:

Post a Comment