BN, bukan sahaja mesti menang di dalam PRU13 ini, tetapi mesti
menang bendera dan poster serta keaktifan ceramah atau perjumpaan. Pemameran
bendera dan poster yang teratur, lokasi strategik, jumlah/bilangan yang banyak
(bersesuaian), jelas kelihatan gah menunjukkan kesungguhan berkerja pintar
jentera sesebuah parti. Pemasangan bendera dan poster perlu ada kemahiran.
Buluh dan kayu perlu kuat terutamanya jika bendera dan poster diletakkan di
lalulintas yang sibok.
Dukacitanya bendera dan poster BN di Cheng ditenggelami oleh
bendera dan poster PKR. Susunan dan bilangannya di jalanan dan persimpangan
menarik minat penulis. Jentera pasang bendera dan poster PKR lebih baik
daripada jentera BN.
Sepanjang jalan Restoran Barkat Roti John hinggalah ke Simpang
Empat (CIMB dan ALLIANCE Bank) ke Taman Cheng Perdana atau Taman
Bukit Cheng, dipenuhi oleh bendera PKR.
Selain daripada itu, kawasan dan jalan berhadapan dengan Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina, 80 peratus bendera dan poster PKR, tanpa tentangan
langsung.
Kedua dua lokasi ini akan digunakan oleh pengundi ke Pusat
Mengundi iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan
Tun Haji Abdul Malek (SMKTHAM) dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak. BN
mesti membina presepsi yang BN itu kuat, tersusun, bijak dalam meletakkan
bendera dan poster, bertanggongjawab (jika ada yang jatuh, perlu di
perbetulkan) dan gah kepada para pengundi pengundi. Ia boleh mengerunkan
penyokong PKR DAP PAS.
Penulis menyeru Pengarah PRU Melaka, Parlimen Tanggabatu, DUN
Paya Rumput, calon BN dan seluruh jentera BN mengaktifkan kempen dan baiki
segala kelemahan pemasangan bendera dan poster sebelum terlambat. Penulis hanya
menegur mengenai pemasangan bendera dan poster sahaja. Isu isu lain
seperti kekerapan ceramah dan kualiti
penceramah, koordinasi jentera kerja BN dan lain, akan dibincang di ruangan
lain. Penulis tidak terlibat dalam
jentera BN Paya Rumput dan mustahil
dapat senarai atau jemputan ceramah pembesar dan penceramah BN seperti Datuk
Seri Ali Rustam.
Bagaimana hendak mengetahui ada ceramah di sekitar kawasan Paya
Ramput?. Maklumat tidak disebarkan kepada penduduk taman yang tidak aktif
berpolitik tetapi penyokong Kerajaan.
Seperkara lagi, sehingga 30hb April ini, penulis belum
terserempak dengan WANITA BN atau UMNO yang pergi rumah ke rumah, menyampaikan
salam PM/TPM/KM dan calon sendiri. Mereka pun belum sampai ke rumah penulis
lagi.
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteFadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi nhật và gửi hàng đi pháp và dịch vụ chuyển phát nhanh đi hàn quốc uy tín, giá rẻ