Penulis
merujuk kepada perbualan penulis blog Azli Shukri dengan Tun Daim yang berpendapat
BN masih belum berkeupayaan menewaskan PR di Kelantan dan Pulau Pinang. Perak
pun 50:50. Juga Wilayah Persekutuan.
Penulis
harap dengan pendapat Tun Daim tersebut, jentera BN di Kelantan khasnya Tok Pa,
Pulau Pinang (khasnya Teng Chang Yeow dan Datuk Zainal Abidin), Perak (Dato Dr
Zambry dan Wilayah Persekutuan jangan berputus asa. Buktikan BN boleh. Jentera
BN Kelantan, Pulau Pinang dan Perak mesti merapatkan sab seerat mungkin,
bergading bahu, kerja keras dan melupakan perbezaan untuk memenangkan BN.
Pengundi harus dipujuk supaya keluar dan mengundi BN. Jentera BN mesti
mengeksplotasi isu isu yang melanda atau yang menyusahkan rakyat tetapi ingat
berpada pada menggunakan Utusan Malaysia dan TV3. Kedua dua media ini dikatakan
penyebar fitnah terbesar oleh puak pembangkang.
Negeri
lain seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Perlis, Sabah
dan Sarawak
… jangan complacence pulak. Kerja kuat perlu diteruskan tanpa henti. Strategi
menang PRU mesti dirangka dan dilaksanakan. Petugas undi jangan leka. Ceramah
setempat dan kunjungan rumah ke rumah oleh pemimpin perlu dikerapkan dan buah
tangan jangan lupa. Peringatan dan pesanan disampaikan kepada pengundi.
BN
di Kedah dan Selangor bernasib baik kerana terlalu banyak permasalahan yang dibuat
sendiri oleh Kerajaan Pas di Kedah dan PKR di Selangor. Tetapi ini tidak
bermakna jentera BN boleh relak sikit. Serangan kena diteruskan dan
dipertajamkan. Jaringan gol hendaklah melebihi satu gol tetapi sebanyak
mungkin. Musuh musuh politik kena di tawan dan ditewaskan. Janji janji hendak
lah ditaburkan tetapi mesti ditepati nanti.
Tun
Mahathir ketika berucap di Kempas, Johor Baru kata inilah masa yang sesuai untuk
menamatkan kareer politik veteran PAS, DAP dan PKR. Anwar Ibrahim, Lim Kit
Siang, Chua Jui Meng, Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Hadi Awang dan karpal Singh
mesti diajar dan ditewaskan melalui peti undi. Tun Mahathir minta rakyat Johor
teruskan rekod bersih BN dan menjadi `fixed deposit’ BN. Ayuh rakyat Johor Baru
yang memberikan kemenangan besar kepada calon BN seperti rakyat Johor Bahru
berikan Tan Sri Shahrir Samad dengan 25,000 majoriti. Teruskan agenda rakyat
dengan menewaskan bekas panglima yang belot ini. Begitu juga di Pasir Gudang.
Kita wajib kekalkan kemenangan besar 17,000 yang diberikan kepada Dato Seri
Khaled Nordin. Nampak gayanya gabungan dua pemimpin BN ini agak
memerangsangkan.
Parlimen
Bakri dan DUN Sungai Abong dan Bandar Maharani (jika tidak silap) tewas kepada
puak pembangkang di dalam PRU12 yang lalu dengan majoriti kecil. Penulis suka
Dato Mat Ismail Buncit yang bertanding di DUN Bandar Maharani. Tetapi kita
perlukan orang baru, professional dan bersih. Begitu juga Malik Munir dan Dato
Dr Haris Salleh. Zaman mereka sudah berlalu. Bukit Naning juga perlukan darah
baru. Bukan saya tidak suka Dato Ghani Othman tetapi saya lebih sayang UMNO dan
BN lagi. Buatlah perubahan. Kita tidak mahu negeri kecil seperti Melaka, lebih
dinamik dari Johor Darul Takzim.
Y.A.B. TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD. YASSIN, Pagoh
Y.B. DATO' SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN, Sembrong
Y.B. DATO' SERI MOHAMED KHALED BIN HAJI NORDIN, Pasir Gudang
Manakala Timbalan Menteri dari
Johor agak ramai juga iaitu:-
Y.B. DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN, Pontian
Y.B. DATUK DR. HAJI ABDUL LATIFF BIN AHMAD, Mersing
Y.B. DR. HAJI MOHD PUAD BIN ZARKASHI, Batu Pahat
Y.B. DATUK IR. DR WEE KA SIONG, Ayer Hitam
Y.B. DATO RAZALI BIN HAJI IBRAHIM, Muar
Y.B. TUAN CHUA TEE YONG, Labis
Penulis
yakin dengan kreativiti DS Najib di dalam pemilihan wakil rakyat ini dan
pentadbiran amnya. Lihatlah program yang sudah dan akan di lakukan. Pengiklanan
ringkas produk 1 Malaysia
di TV TV. Melambatkan tarikh PRU13 kerana jika tidak cermat, puak pembangkang
akan mengambil kesempatan. Penulis expect creativity di dalam penampilan wakil rakyat nanti.
No comments:
Post a Comment