Wednesday, 23 July 2014

MB `PUPET' PERTAMA DI MALAYSIA


Andaikata, segala `move' dan perancangan DS Anwar Ibrahim berjalan lancar serta TS Khalid Ibrahim menuruti permintaan PKR dan diperkenankan Sultan  Selangor, juga kebenaran Dewan Undangan Selangor, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, ADUN Kajang, akan dilantik sebagai Menteri Besar yang baru. Beliau mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. 

Maka terbentuklah satu Kerajaan Pupet yang pertama di Malaysia. Menteri Besar yang sebenarnya bukan di Bangunan Sultan Salehuddin, tetapi apartmen kecil di Sg Buluh atau pejabat PKR di Tropicana mahupun  rumah banglo di Bukit Segambut.

MB Selangor akan mempunyai ramai EXCO yang akan membantu tugasan MB. MB ini akan mempunyai penasihat sampingan kerana beliau tidak berpengalaman di dalam pengurusan sebuah negeri.

Yang penulis paling takut ialah MB baru (of course atas nasihat para penasihatnya) akan mengkaji semula perjanjian penstrukturan air yang di tandatangani oleh Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Selangor. Walaupun perjanjian itu `binding', mereka akan mencari jalan untuk di jadikan sebagai alat untuk berunding agenda pembangunan dan politik.

Jika ini berlaku, kemungkinan rakyat Selangor akan berhadapan dengan krisis air sekali lagi. Mereka akan mencari isu yang memungkinkan ia di kaji semula atau di batalkan.

Adakah rakyat Selangor sudah bersedia membeli tangki dan baidi untuk simpanan air bersih. Sudahkan rakyat Seangor sudah `exercise' untuk menguatkan otot otot untuk mengangkat air ke rumah masing masing. Adakah rakyat Selangor bersedia membeli air mineral untuk urusan harian termasuk mandi manda? Adakah rakyat Selangor bersedia melayan kerenah anak anak kecil yang perlu pencucian? Mungkin rakyat Selangor suka mandi sekali sehari?

Adakah pelabur dan peniaga sanggup menanggung kerugian berterusan jika bekalan air tidak kunjung tiba?






Monday, 21 July 2014

JENAMA CADBURY DAN MAS ROSAK AKIBAT SABOTAJ DAN KEMALANGAN





MAS bukan EMAS lagi. Inilah tajuk penulis saya sebelum ini semasa tragedi MH370 4 bulan lalu. http://nasirwise.blogspot.com/2014/02/mas-bukan-emas-lagi-beri-tugas-kepada.html




Pada masa itu pun, saham MAS merosot sedikit dan dan kejadian terbaru MH17,saham MAS terus merosot. Para peanalisis jenama MAs sudah tercalar sedikit.


Tetapi penulis berpendapat jenama MAS masih baik ekoran perkhidmatan baik buat sekian lama. Kemalangan ini bukan di sebabkan oleh kelemahan pengurusan atau teknikal, tetapi mungkin tindakan sabotaj dan serangan pemberontak.


Kelazimannya, seseorang melakukan sabotaj kerana jenama tersebut sudah `establish'. Jalan pintas untuk merosakkan reputasi dan jenama ialah melalui kerja kerja sabotaj. Pesawat di selenggara dengan baik dan berjadual.


MAS dilaporkan mencatat kerugian bersih sebanyak RM443 juta pada suku pertama tahun ini berbanding RM279 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Pada 2013, syarikat itu mencatatkan kerugian RM1.17 bilion.







Jenama Cadbury juga telah rosk seketika akibat daripada kerja kerja sabotaj iaitu produk tersebut mengandungi DNA Babi. Setelah di periksa dan dibuat analis makmal, JAKIM dapati tiada DNA Babi. Jualan merosot beberapa bulan tetapi sekarang selepas 3 bulan, jualan semakin meningkat.