Monday, 30 September 2013

TUN Dr MAHATHIR :TUN ABDULLAH:DS ANWAR IBRAHIM DI MATA TAN SRI AZIZAN RAZAK

Tun Dr Mahathir lebih selesa dan rapat dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak berbanding dengan Tun Abdullah, DS Anwar Ibrahim dan juga Lim Kit Siang.

Tun Dr Mahathir hadir di Majlis Pengkembumian Tan Sr Azizan walaupun Tun Dr tahu ramai pemimpin dan penyokong PAS DAp dan PKR hadir pada majlis tersebut.

Sebelum ini semasa menjawatan jawatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan mengurniakan `pingat' kepada Tun Dr Mahathir walaupun berlainan parti.

Hubungan baik terus ditunjukkan apabila Tun Dr Mahathir melawat Tan Sri Azizan semasa beliau uzur dan di rawat di Hospital Pualau pinang dan Kedah.

Tun Dr Mahathir, walaubagaimanapun, tidak berminat untuk berjumpa di pentas dengan DS Anwar, apabila disyorkan bercakap tentang TPPA. Begitu juga dengan Tun Abdullah. Program yang dihadiri Tun Abdullah, Tun Mahathir akan mengelak menghadirinya.

Pada penulis ia lebih menyakitkan hati apabila orang sendiri (parti UMNO) berselesih faham dengan `orang luar' (parti DAP,PKR dan DAP). Kita akan lebih merasa marah jika isteri kita yang telah dikenali begitu lama dan rapat, mengkhianati diri kita.

Mungkinkah Tun Dr Mahathir selesa dengan Tan Sri Azizan? Mungkin mereka orang Kedah kot? Tun Abdullah dan DS Anwar Ibrahim orang Pulau Pinang aje.

Selain itu kehadiran Datuk Mukhriz, Datuk Zambry dan pemimpin UMNO yang lain, jelas menunjukkan politik melangkaui sempadan perhubungan. Mereka semua `at ease' ketika berada di kubu kuat PAS  dan dikelilingi oleh penyokong/pengundi pakatan rakyat.

Sesunggohnya Tun Dr Mahathir, Datuk Mukhriz, Datuk Zambry dan pemimpin UMNO yang hadir (serta twitter DS Najib dari Amerika Syarikat dan Tan Sri Muhyiddin) adalah contoh baik yang boleh diamalkan oleh semua manusia.

Saturday, 28 September 2013

MINYAK PETROL DAN DISEL NAIK. ADA KEBAIKANNYA UNTUK PENULIS DAN SEBAHAGAIAN BESAR RAKYAT.



Kerajaan mengambil langkah menaikkan harga minyak petrol dan disel sebagai langkah mengurangkan deficit dan secara tidak langsung menjimatkan kos subsidi tahunan RM3.3billion. Penjimatkan ini, kata DS Najib dan DS Wahid Omar, akan digunakan untuk membantu rakyat secara tepat melalui BRIM dan medium lain.

Penulis yang tidak mempunyai kereta mewah dan tidak mewah `sebelah tangan’, rumah berderat di merata tempat dan lori lori yang mengotorkan jalanraya, merasa syukur kerana langkah tadi akan menyebabkan BRIM kepada keluarga penulis akan meningkat. Anak sekolah akan dapat bantuan persekolahan dan anak muda mendapat bantuan pengajian di Universiti.

Langkah ini juga menjadikan penulis lebih berhemah di dalam penggunaan kenderaan. Perjalanan diatur dan dilakukan jika mustahak sahaja. Anak anak muda pun tidak akan merempit tidak tentu arah. Amat logik jika Kerajaan memilih membantu rakyat berpendapatan sederhana dan rendah yang jikalau berkenderaan pun kereta berkapasiti 1300 cc ke bawah. Malulah jika pengguna kereta Ferari, BMW dan Mecerdes Benz tidak mampu bayar duit bahan api. Malaysia diberitakan berkedudukan numbor 8 terendah di dalam dunia yang menawarkan harga minyak.

Pengurangan bebanan subsisdi sebenarnya salah satu langkah Kerajaan memperkukuhkan kewangan negara. Di sudut lain, Kerajaan sedang menjalankan strategi penjimatan perbelanjaan negara tetapi berusaha meningkatkan pendapatan negara melalui pungutan cukai yang tinggi (sebagai contoh).





PENAHANAN DATUK SUHAIMI IBRAHIM. ADA USAHA SABOTAJ SHAHRiZAT KE?



Penulis merasakan penahanan D Suhaimi Ibrahim oleh SPRM kerana kemungkinan penyelewengan projek AIM, ada kaitan dengan hasrat DS Shahrizat mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO dan juga hasrat D Suhaimi bertanding ahli MT pada pemilihan UMNO tahun ini.

D Suhaimi adalahbekas Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Wanita pada ketika itu, DS Shahrizat Abd Jalil. Beliau pernah menjadi Ahli Perlimen BENTA suatu masa dahulu.

Nampak macam ada usaha mengaitkan Menteri Pembangunan Wanita dengan projek AIM. Sebelum ini seperti yang diketahui umum, Ketua Wanita UMNO dikaitkan dengan projek National Feedlot Corporation.

Persoalannya siapa yang ingin mengugat kemenangan DS Shahrizat? Datuk Azalina atau penyokong Azalina tidak mungkin kerana Datuk Azalina menarik diri dari bertanding. Tan Sri Rafifah Aziz? Siapa lagi musuh DS Shahrizat atau D Suhaimi.

Penulis yakin D Suhaimi tidak akan bertanding keahlian beliau dalam MT akibat tindakan SPRM tersebut. SPRM sebenarnya ingin menyoal siasat kes AIM tersebut dan dikatakan D Suhaimi bukan keseorangan.

Kita tunggu dan lihat.

Wednesday, 25 September 2013

BAM BERGOLAK SEPERTI MESIR


BAM telah ubah kepimpinannya dan biasanya untuk lebih maju dan baik prestasinya. Nanum kemelut Rashid tidak diuruskan dengan baik. Perubahan boleh dilakukan tetapi penerangan demi penerangan perlu di lakukan atau diberikan kepada semua pihak di dalam BAM agar, matlamat perubahan difahami dan tidak bertujuan menganaiyai seseorang.

Lihat perlaksanaan GST yang hendak dilaksanakan oleh Kerajaan. Oleh kerana rakyat peniaga tidak faham, perlaksanaan ditangguhkan. PM selalu mengingatkan pegawainya supaya imbangan mesti ada. Contonnya kita boleh merangka Akta Pencegahan Jenayah yang baru, tetapi PM tegaskan jangan sampai mengambil hak masasi manusia. Imbangan amat mustahak.

Pada penulis perletakan jawatan dan statement `Rashid bukan kehilangan besar’ memalukan Rashid. Sebagai seorang manusia ia mesti bertindak balas. Kemungkinan besar terma dan system baru yang hendak dilaksanakan oleh tengku Mahaleel serta pengurusanannya menjurus kepada pemberhentian jurulatih jurulatih.

Seperkara lagi kejayaan seseorang pemain bukan terletak pada jurulatih seorang tetapi, penaja, pemain, pemimpin, persatuan, pembangunan agresif pemain luar Negara juga memainkan peranan.

`Rashid bukan kehilangan besar’. Betul tetapi jasanya tetap ada untuk Malaysia. Tengku Mahaleel pun bukan kejayaan besar buat BAM.

Semalam, Tan Aik Mong, Pengarah Pengurusan Bakat meletakkan jawatan.

BAM pun bergolak seperti Mesir


JALAN MERASA BERSALAH MENJADI MELAYU-DATIN PADUKA SHUHAIMI BABA `TANDA PUTERA’.



Penulis tertarik dengan pendapat Datin Paduka Shuhaimi Baba yang mengulas tentang filem arahannya Tanda Putera.

Beliau tidak sangka filem ini menjadi kontroversi teruk. Pengundi dan penyokong DAP tidak mahu melihat jasa besar dua pemimpin negara iaitu Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail, di filemkan.  Filem ini turut menayangkan sebab menyebab berlakunya kejadian rusuhan kaum 13 Mei yang pada tulisan sejarah dan rekod PDRM, ahli dan penyokong DAP telah mencetuskan kemarahan orang Melayu. Lebih kontroversi ia melibat pemimpin UMNO dan orang Melayu.

Pelbagai cara digunakan supaa file mini tidak berjaya. Kritikan dan mainan social media mereka diledakkan supaya rakyat takut atau was was dengan sejarah negara.

Permainan psikologi mereka amat jijik. Mereka cuba mewujudkan keadaan yang menjadi seorang Melayu itu kesalahan dan jika menonton filem Tanda Putera itu seolah olah tidak ada klas, kuno dan buta sejarah. Terbalik pulak.

Penulis sarankan Datin Paduka dan pengeluar filem yang lain jangan putus asa. Keluarkan filem sejarah  banyak banyak sampai mereka tidak tidak larat membuat kontroversi.

Lihat DS Najib Tun Razak, beliau dengan bangganya mengumumkan agenda memperkasakan ekonomi Bumiputera yang melibatkan 5 teras dengan harapan orang Melayu dan Bumiputera akan berpendapatan tinggi, berpelajaran tinggi dan berjaya di dalam perniagaan, sama taraf dengan kaum Cina dan India. Ekonomi apabila sudah meningkat, kuasa membeli pun meningkat dan barulah sama taraf sosioekonomi. Keadilan masyarakat boleh boleh diwujudkan. Respect each other will come.

Blog Gerakan Anti PKR dan beberapa blog lain sangat aktif menyeru agar dilakukan pembaikotan keatas barangan dan produk kaum Cina. Jika semua Melayu dan Bumiputera menyahut seruan tersebut, dengan memerikan keutamaan membeli barangan Bumiputera, cepatlah pencapaian keadilan sosio ekonomi masyarakat.


Segala usaha untuk menjatuhkan Melayu dan politik Melayu dan Islam mesti ditentang melalui usaha berganda. `Double our effort’. Jikalau kaum itu masih bermain api, minta DS Najib dan Kerajaan tambah peruntukan pendidikan, dana menguasai ekuiti dan memiliki hartanah dan keusahawanan.

Tuesday, 24 September 2013

MENGAPA KETUA MENTERI MELAKA DICABAR? DEMOKRASI MEMUTIK ATAU MALAPETAKA?


Polisi tidak rasmi Datuk Wira Ir Ir Idris Haron iaitu `8 jam kerja, 8 jam dengan keluarga dan 8 jam tidur’ sedang menular luas dan cepat dikalangan rakyat Melaka.

Penulis yang tidak berada di arus perdana politik pun diberitahu dan dibualkan di kedai kopi dan tempat kerja serta media social.

Sesuatu kena dibuat kerana jika tidak jangka hayat politik Ketua Menteri tidak berpenggal penggal seperti Datuk Seri Mohd Ali. Jikalau talian hayat beliau terputus tidak apa lah tetapi jikalau BN, kan susah rakyat yang menyokongnya.

Pada penulis, seorang politik tidak boleh cakap pasal tidur atau umum masa tidor. Jika diumum, ia seumpama orang politik ini kuat tidur dan mengutamakan tidor daripada menjalankan tugas. Dalam kamus orang politik, tiada istilah tidor, walaupun manusia kena tidor. Orang politik kena sembunyikan waktu tidornya dari pengetahuan rakyat. Biasanya orang politik tidor dalam kereta sewaktu di dalam perjalanan ke sesebuah tempat. Lihat and ingat Tun Abdullah Badawi yang tidur waktu mesyuarat. Isu dan gambar ini menjatuhkan Tun Abdullah.



Diberitakan Datuk Wira akan di cabar oleh seorang daripada cawangan Tanggabatu untuk jawatan Ketua Bahagian TanggaBatu. Nescaya pencabar itu tidak akan berjaya kerana tidak popular dan tidak ada track record. Beliau mencabar bukan untuk menang tetapi sebab lain. Inilah yang penulis katakan cabaran ini bukan menunjukkan demokrasi semakin cerah di Melaka tetapi mungkin malapetaka. Mungkin polisi ini salah satu puncanya.

Monday, 23 September 2013

MUNGKINKAH MUKHRIZ DAN AKHRAMSYAH SATU PASUKAN?






Jika tidak silap mata memandang semasa menonton Berita, Akhramsyah Tan Sri Junid, calon yang disebut mencabar jawatan Ketua Pemuda, berada satu pentas semasa Datuk Mukhriz mengumumkan bertanding Naib Presiden. Kemungkinan mereka ini satu pasukan itu amat besar peratusannya. Tan Sri Junid adalah rakan setia Tun Dr Mahathir dan semestinya, Datuk Mukhriz akan cuba menaikkan potensi Akhramsyah.

Datuk Mukhriz tewas tipis kepada YB Khairy Jamaluddin semasa berlawan jawatan Ketua Pemuda dahulu. YB Khairy tidak diangkat ke jawatan Menteri manakala YB Datuk Mukhriz dilantik menjadi Timbalan Menteri. DS Najib ada sebab diatas perlantikan tersebut. Kebarangkalian permusuhan mereka berdua (Khairy-Mukhriz) masih ada amat tinggi peratusannya. Ada kemungkinan ke Datuk Mukhriz meletakkan proxy nya melawan YB Khairy?

Umum tahu permusuhan ketat Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah masih belum reda lagi. Terakhir komen buku The Awakening’ yang melibatkan temubual Tun Abdullah dengan penulis, mendapat perhatian Tun Dr Mahathir. Tun juga secara sinis pernah komen gelagat budak Tingkat 4, yang mana YB Khairy juga terkelompok dengan kumpulan tersebut. Pembatalan jambatan bengkok Johor Singapura juga dikatakan mainan Tun Abdullah, Khairy & budak Tingkat 4 dan bekas pengurusan atasan NST, Khaimullah (lupa nama beliau yang sebenarnya). Adalah menjadi kewajiban Tun Dr Mahathir menyokong anak Tan Sri Junid secara langsung.

Pendapat ikhlas penulis ialah sukar untuk menandingi YB Khairy Jamaluddin kerana `exposure’ international and domestic serta berpangkat Menteri. Akhramsyah pula tidak diberi peranan di peringkat nasional dan setakat berhujah di Astro Awamni tidak cukup. Tetapi jika betul betul ingin bertanding Ketua Pemuda, pasanglah niat dari sekarang. Kerjalah kuat kuat dari sekarang. Pertandingan tahun ini hanya untuk mengenalkan diri kepada perwakilan. Selepas ini sehingga permilihan UMNO akan datang, Akhramsyah perlu turun padang dan aktif di peringkat nasional.

GANGTERISME DI SEKOLAH MENJADI AHLI KONGSI GELAP SETELAH DEWASA



Penulis pernah menyarankan kepada MIC agar membantu menambahkan sokongan kaum India terhadap BN dan mengurangkan bilangan ahli kongsi gelap dari kalangan kaum India.

Penulis berpendapat benih benih gangsterime berputik se awal awal di peringkat sekolah rendah dan menengah lagi. Penulis menekankan guru guru sudah tahu siapa yang ponteng sekolah, bohsia dan pengkid, ditangkap bergaduh, merokok, ditangkap basah, merempit, melawan guru dan sebagainya.

Rekod rekod mereka telah sedia ada di sekolah. Jikalau kita pergi luar kawasan sekolah, kita akan dapati kumpulan pelajar pelajar yang berkumpul mengusik pelajar perempuan lain atau pelajar lelaki lain yang lalu lalang, yang menunjukkan mereka merokok, mempamerkan `willi’ motosikal dan adegan lain yang menjolokkan mata.

Penulis mencadangkan pencegahan gangsterisme bermula di sekolah. PDRM, Penjara, Pencegah Dadah, Sekolah Henry Gurney dan Tunas Harapan perlu bersepadu melakukan program kesedaran.

Sekolah sekolah perlu berganding dengan pihak berkuasa untuk mengenalpasti pelajar bermasalah untuk melawat lokap dan penjara, pusat pemulihan dadah dan moral, agar mereka dapat gambaran keperitan menjadi jahat dan menagih dadah. Sekali sekala pelajar di dedahkan dengan ceramah di sekolah (sudah kelazimannya) dan penjara. Tunjukkan tempat sebatan dan video upacara sebutan untuk mengerikan atau menginsafkan pelajar bermasalah.

Baru baru ini, semasa UPSR berlansung, pelajar pelajar berombongan ke Zoo dan Mini Malaysia. Bagus juga untuk pelajar pelajar. Ada baik juga guru guru atur melawat lokap polis, penjara, pusat pemulihan, Sekolah Henry Gurney sebagai lawatan sambil belajar.


Sebenarnya, PDRM, Penjara, Pusat Pemulihan telah mengadakan pameran di JOM HEBOH, contohnya. Tetapi pada penulis, pelajar pelajar dan pengunjung akan lebih berminat bergambar dengan artis artis daripada melawat gerai PDRM,Penjara dan sebagainya. Jadi kita kena ada sasaran tepat.

Sunday, 22 September 2013

SAMAN AES DIKURANGKAN KEPADA RM150 (jika bayar sekarang). BOLEH MEMBANTU?



Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Hishamuddin Tun Hussein berkata operasi AES telah dikembalikan kepada kerajaan. AES Solution, sebuah syarikat Menteri Kewangan telah diperbadankan untuk tujuan ini. Tentu sekali Kerajaan harus membayar balik perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh pihak swasta dan diberikan sedikit pampasan, namum tidak di ketahui amaunnya. AES ini di kembalikan kepada kerajaan semula ekoran bantahan dan kesukaran melaksanakannya kerana melibatkan undang penguatkuasaan.

Secara peribadi, penulis menyokong AES dilaksanakan secara penswastaan kerana ia memungkinkan jumlah kemalangan dikurangkan kerana kecekapan AES mengenalpasti kesalahan. Swasta akan berkerja 24 jam dan tiada isu `kesian’ kerana semuanya `computerise’. Kebarangkalian berlakunya rasuah di kalangan PDRM, Trafik dan JPJ amat tipis kerana denda nya standard dan tiada perhubungan manusia.

Penulis pernah menulis tentang AES ini dan tidak faham kerana ia dibantah dengan teruk apabila dipolitikkan oleh Pakatan Pembangkang. Salah satu golongan yang membantah ialah pemandu bas atau pengguna lebuhraya. Mengambil contoh kemera di antara Bangi dan Kajang Lebuhraya Utara Selatan. Pengguna diperingatkan dengan 3 notis atau papan tanda Kawasan Kamera Beroperasi, sebelum kamera ditigal atau AES beroperasi. Jika pengguna tidak mengindahkan notis dan memandu laju semasa di `kemera’kan, pengguna tersebut wajib (bukan harus lagi) di kenakan saman. Salah diri sendiri dan pengguna menzalimi diri sendiri dan pengguna lain. 

Dari segi politik, rakyat dan ahli UMNO sedang memperhatikan kebijaksanaan DS Hishamuddin mengendalikan kes AES ini. Mungkin rakyat akan reda kemarahan mereka jika DS Hishamuddin membuat keputusan yang betul dan baik.


Ada kesan kepada pemilihan Naib Presiden UMNO? Sama sama lah kita lihat dan tunggu keputusannya.

HASSAN MALEK MESTI MENJADI `ZAHID HAMIDI’ DALAM ISU SELUDUP / JUAL DIESEL BERSUBSIDI.



Tahniah kepada Menteri KPDNKK, Datuk Hassan Malek, anggota penguatkuasaannyadengan Penguatkuasa Maritim kerana berjaya menahan penjenayah diesel dalam cubaan menyeludup diesel bersubsidi sejumlah 560,000 liter berharga RM3.1juta. Ia berlaku di sebuah jeti persendirian di Kota Tinggi.

Penulis merasa amat hairan kerana jumlah diesel terseut mencecah setengah juta liter dan ia perlu mengambil masa yang panjang dan melibatkan ramai orang dan banyak stesyen. Tanpa kerjasama banyak pihak, ia tidak mungkin berjaya mengumpul sebanyak itu.


Penulis mohon Datuk Hassan Malek menjalankan  `tindakan Zahid Hamidi’ di dalam isu ini. Cadangkan kertas pendakwaan dengan denda dan penjara mandotori kepada penjenayah diesel ini. Keseluruhan rangkaian. Stesyen yang sengaja atau tidak sengaja mengesan penjualan haram ini, perlu di tarik lesen atau di sekat penjualan diesel di stesyen mereka buat satu tempoh.

Jikalau tiada peruntukan undang, mohon kerjasama Pejabat Peguam Negera

untuk rangka satu undang undang yang berat.

Friday, 20 September 2013

CADANG JASAD CHIN PENG DIKEBUMI `ALA OSAMA LADEN’.



Banyak yang diperkatakan tentang Chin Peng dan kematiannya. Ada pihak yang bersuara khasnya keluarga dan penyokongnya ingin membawa jasadnya ke Malaysia. Tentu sekali kerajaan dan warga keselamatan negara tidak bersetuju dengan hasrat mereka.

Penulis berpendapat jasad mendiang Chin Peng tidak perlu dibawa ke Malaysia ataupun dibakar di Bangkok,  tetapi terus dikebumikan di Selat Melaka persiaran antarabangsa seperti Kerajaan Amerika Syarikat kebumikan Allahyarham Osama ben Laden.

Seperti sedia maklum, kemungkinan jasadnya akan dibakar di Bangkok minggu depan.


Penulis cadangkan kepada Air Asia buat promosi khas tambang murah kepada Mat Sabu,  budak Khalid Ismeth dan penyokong PAS serta Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang juga Anwar Ibrahim untuk terbang ke Bangkok bagi memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Chin Peng. Kalau sebuah kapal terbang 300-400 penumpang tidak cukup, Air Asia ada banyak kapal terbang. DS Anwar Ibrahim pun boleh terbang dengan jet persendirian milik kekawan.


NUR JAZLAN BERI SOKONGAN PADA ZAHID. STRATEGI MENANG MT.




Umum khasnya ahli UMNO mengetahui DS Dr Zahid amat popular dan berada di slot pertama pertandinagn Naib Presiden. Jadi ramai yang cuba mengaitkan diri mereka (geng) dengan DS Dr Zahid. Jika kita tidak dapat menjadi rakan karib atau satu pasukan pun, kita boleh bersifat tegas dan berani seperti DS Dr Zahid Hamidi, dan itu memadai untuk menang kerusi. Rakyat mengukur sokongan dengan kebaeranian. Semalam, YB Nur Jazlan menyokong DS Dr Zahid menjawat jawatan Naib Presiden.

Ini merupakan strategi sempati yang dilakukan untuk meraih sokongan ahli UMNO memilih Nur Jazlan menang kerusi MT.


Sokongan terbuka ini juga memperlihatkan Ahli Parlimen Johor itu masih `muak’ dengan DS Hishamuddin, orang Johor juga.

Pada penulis YB Nur Jazlan seorang yang senantiasa berstrategi dan opportunis untuk mencapai matlamat yang telah diaturkan. Kebijaksanaan untuk melancarkan `serangan’ pada masa dan tempat yang tepat, memungkinkan kemenangan.

YB NurJazlan sudah membuat analisa `cost and benefit’ mengenai `backflash’ penyokong DS Hishamuddin yang tidak akan menyokong YB Nur Jazlan, lebih lebih lagi selepas memberikan sokongan terbuka kepada DS Dr Zahid. Mungkin dengan 150,000 ahli UMNO yang akan terlibat di dalam pemilihan, sokongan ramai mengatasi penyokong DS Hishamuddin.


Nasib baiklah belum kedengaran lagi calon Naib Presiden ke, MT ke,Pemuda, Wanita dan Puteri meng`claim’ mereka bertanding atas restu PM dan TPM.

Thursday, 19 September 2013

UMNO DAN PM/TPM AKAN MENDAPAT PEMBANTU YANG DEDIKASI, SETIA, BIJAK DAN DISUKAI RAMAI.



UMNO akan mendapat 3 orang terkanan kepada PM dan TPM Oktober 2013 ini. Mereka ini akan menjawat Naib Presiden UMNO iaitu jawatan ke 3, 4 dan 5 terpenting dan terkanan. Mereka ini berpotensi menjadi PM jika ada rezeki,bebas skandal, berprestasi baik dan panjang umur. Mereka mungkin tidak keseorangan membuat keputusan parti tetapi menerajui Kementerian penting dalam Kerajaan.

Penyandang Naib Presiden pada masa ini ialah DS Dr Ahmad Zahid Hamidi, DS Shafie Afdal dan DS Hishamuddin Tun Hussein. DS Dr Zahid Hamidi ketuai Kementerian Dalam Negeri, sebuah kementerian yang menjaga ketenteraman dan keselamatan negara. DS Shafie Afdal berkecimpung dengan penduduk luar Bandar (majoritinya Melayu dan Bumiputera) yang merupakan penyokong kuat Kerajaan BN. DS Hishamuddin menjaga hal ehwal ketenteraan yang menjaga kedaulatan negara. Anggota yang terlibat juga ramai.

Jawatan Naib Presiden yang menaikkan DS Najib,  Tan Sr Muhyiddin, Tun Abdullah Badawi, DS Anwar Ibrahim dan Allahyarham Tun Ghafar Baba. Laluan jawatan ini yang memungkinkan PM memilih di kalangan mereka menjadi Timbalannya. 

Andaikata berlaku pertandingan 6 penjuru, 3 calon lain akan tewas. Yang tewas jangan berkecil hati dan putus asa. Jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden sangat panas dan `vulnerable’. Jawatan boleh menjadi kosong jika ada kematian, hilang keupayaan, hilang kepercayaan YDPA dan Ahli Parlimen, melakukan jenayah dan didapati bersalah dan mungkin mahu bersara.


Tahun ini mungkin mereka kalah, tahun depan mungkin mereka menang. Teruskan kerja kuat dan menangi hati ahli UMNO. Jangan bakar jambatan.

Yang menang pula jangan anggap jawatan mereka kekal selamanya untuk mereka. Ia bergantung kepada prestasi masing masing selain rezeki dan panjang umur.


Mengenai ramalan siapa yang menang di dalam pertandingan Naib Presiden, ramalan penulis ialah DS Dr Zahid Hamidi, DS Mohd Ali Rustam dan D Mukhriz. Ini berdasarkan kepada kepopulariti dan prestasi kerja yang baik.  Penulisan terdahulu mengenai pertandiangan Naib Presiden adalah berkaitan:-

1.AHLI UMNO PILIH CALON BERDASARKAN RESTU DAN `SIGNAL’ PM DAN TPM?

2.SAH. DATUK ALI TANDING NAIB PRESIDEN. DATUK MUKHRIZ TANDING?.


3.DATUK HISHAMUDDIN YAKIN DAN TIDAK GENTAR MEMPERTAHANKAN JAWATAN NAIB PRESIDEN


4.DS ZAHID PALING POPULAR.


5.DS ZAHID MENANG NAIB PRESIDEN TANPA BERKEMPEN SECARA LANSUNG.


6.PERWAKILAN UMNO SABAH AKTIF DI DALAM PENGURUSAN ATASAN UMNO


7.SEMPATI DENGAN DS HISHAMUDDIN DAN KEMENTERIANNYA


8.PERTANDINGAN NAIB PRESIDEN KIAN SENGIT.


9.MULA MULA PPSMI, KEMUDIAN PERHIMPUNAN BERSIH DAN HINDRAF DAN KINI AES. BOLEH KE BELIAU SELESAIKAN?


10. KEMUNGKINAN GANDINGAN BARU BARISAN NAIB PRESIDEN UMNO


Wednesday, 18 September 2013

AHLI UMNO PILIH CALON BERDASARKAN RESTU DAN `SIGNAL’ PM DAN TPM?


Jikalau kita perhatikan secara teliti, pertandingan sengit hanya akan berlaku di kategori Naib Presiden dan MT serta EXCO Pemuda, Wanita dan Puteri.

Kategori Naib Presiden menampilkan 2 atau mungkin 3 pencabar selain Naib Presiden sedia ada DS DrZahid Hamidi, DS Shafie Afdal dan DS Hishamuddin Tun Hussein. Mereka adalah DS Mohd Ali dan Tan Sri Isa (dan mungkin Datuk Mukhirz Mahathir juga). Datuk Mukhirz baru sahaja menerima lampu hijau untuk bertanding? Dari siapa Tum Dr Mahathir atau PM atau TPM?

Datuk Musa Aman telah memutuskan untuk tidak bertanding Naib Presiden dan MT. Suatu keputusan yang sukar difahami. Beliau menjadi Ketua Perhubungan UMNO Sabah tetapi tidak mahu atau mengelak berperanan di peringkat UMNO nasional. Adakah beliau ingin memberi laluan kepada ahli UMNO Sabah yang lain seperti DS Shafie, D Rahman Dahlan, DS Bung Radin Mohktar dan yang lain.? MARA di beri peranan penting di dalm memperkasakan ekonomi Bumiputera.

Adakah ia seperti DS Noh Omar memberi laluan kepada Datuk Sohaimi Shadan dan Datuk Satim mewakili Selangor?

Jawatan Presiden,Timbalan Presiden dan Ketua Wanitahampir pasti tiada tandingan. Tengku Razaleigh mungkin tidak akan bertanding jawatan Presiden kerana populariti DS Najib amat tinggi manakala Tengku tidak nampak ada sokongan  akar umbi kerana beliau kurang `mengular’ di peringkat bawahan.

Kategori Timbalan Presiden pula akan memberikan laluan tanpa bertanding kepada penyandang sekarang. Tan Sri Muhyiddin popular dikalangan Melayu dan tidak kedengaran akanada pertandingan. Malah DS Dr Zahid Hamidi ada mengeluarkan penafian yang beliau ingin mencabar kedudukan Tan Sri Muhyiddin. Ahli UMNO kena ingat yang Tan Sri Muhyiddin juga merupakan kegemaran Tun Dr Mahathir.

Ketua Wanita dijangka akan tiada pertandingan dengan penarikan diri YB Datuk Azalina Othman. Jika adapun, tiada ketokohan yang boleh menandingi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil buat masa ini. Isu NFC sedikit pun tidak mengerunkan wanita waja ini. Perhubungan baik dengan PM memang terserlah. Kesetiaan tetap kekal walaupun beliau tidak dipilih menjadi wakil rakyat dan dilantik mengalas tuga nasional.

Ketua Pemuda YB Khairy Jamaluddin pasti akan menang jawatan tersebut jika ada pertandingan. Diberitakan Saudara Akhramsyah Tan Sri Sanusiakan berdepan dengan beliau.Penulis tidak nampak dan dengar gerak kerja aktifnya sehingga mewajarkan beliau bertanding diperingkat tertinggi Pemuda. Pengaruh Tan Sri Junid tidak mencukupi membantu kemaraan Akhramsyah. Jika Saudara Akhramsyah, anak kepada Tan Sri Sanusi Junid tarik diri, seorang lagi akan menawarkan diri. Tiada kesengitan kerana YB Khairy popular di kalangan belia. Pada pendapat penulis yang cetak ini, jika inginkan pengenalan dan publisiti untuk dikenali ramai, pertandiangan ini memungkinkan. Tandinglah tahun hadapan.

Ketua Puteri Melaka, YB Mas Erni akan mencuba nasibnya. Walaupun kurang berpengalaman diperingkat nasional, beliaudijangka menang kerana tiada tokoh yang betul betul `credible’melawannya. Beliau juga paling awal mengumumkan penawaran diri dan satu strategi yang baik. Penulis harap Puteri tidak akan malap di dalam aktivitinya nanti.Penulis `expect somebody lika Datuk Azalina’  semasa memimpin Puteri dahulu. Gila gila sikit dan `not predictable’ programnya. Selamat mencuba.

MT menyaksikan ramai muka baru. Antara yang tidak bertanding ialah Tan Sri Dr Rais Yatim, DS Noh Omar, Datuk Musa Aman. Ramai juga yang akan mempertahankan jawatan seperti Datuk Tajuddin, Datuk Saifuddin, Datuk Mustapha, Datuk Wira Idris Haron dan lain. Muka baru calon MT khasnya dari Pemuda dahulu ialah Datuk Sohaimi, Datuk Seri Reezal, Tun Faisal dan Datuk Razali Ibrahim. Sabah akan mempertarungkan Datuk Bung Radin, Datuk Abdul Rahmandan mungkin Datuk Ghafur. Selangor mengemukakan Datuk Satim dan Datuk Sohaimi. Johor akan di wakil Datuk Nur Jazlan, Datuk Razali Ibrahim, Datuk Dr Puad Sarkasi dan sebagainya. Datuk Dr Latif sudah buat keputusan tidak?


Pesanan penulis ialah jika sudah dilantik ahli Majlis Tertinggi UMNO, jangan sesekali menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri dan keluarga. Berilah sumbangan ide ide untuk memperkukuhkan UMNO dan BN. 

PROGRAM IBADAH KORBAN BERKELOMPAK ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN CHENG BARU. MELAKA.



Tetah diputuskan bahawa Persatuan Penduduk Taman Cheng Baru, Melaka (1034-12-MEL) akan mengadakan program Ibadah Korban Secara  Kelompok Sempena Hari Raya AidilAdha Tahun 1434.

Adalah dipelawa Muslimin dan Muslimah rakan rakan blog dan fb untuk turut serta di dalam program ini. Kadar bayaran setiap bahagian ialah RM450. Tarikh tutup permohonan ialah 25 September 2013 dan bayaran penuh pada atau sebelum 5 Oktober 2013.

Penyertaan penduduk serta rakan blog serta fb amat dialu alukan. Sila hubungi Haji Jumain bin Rumadi di talian 013-6363485 dan En Mibashir di 012-3688741.

Tolong sebarkan.

Tuesday, 17 September 2013

DUTA YANG BERTRANSFORMATIF


Diberitakan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar akan dilantik sebagai Duta ke Perancis.
Penulis mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Ismail kerana diberikan kepercayaan dan penghormatan menjadi wakil Malaysia di Perancis. Pada penulis, beliau seorang yang setia kepada kerjanya, berani dan tegas. Atas jasa itu khasnya mewujudkan ketenteraman negara dan tangani Penganas Solo di Lahad Datu, Kerajaan memilih beliau mewakili Malaysia.
Kedutaan adalah bidang baru buat Tan Sri Omar tetapi penulis yakin beliau akan belajar dengan pantas selok belok.
Pesanan penulis pada Tan Sri Ismail, jadi lah Duta yang bertransformasi. Transformasi yang dimaksudkanialah buang sifat Duta duta dan staf kedutaan yang suka berjalan jalan, shopping shopping dengan isteri atau orang kenamaan dari Malaysia yang berkunjung ke Perancis, banyakkan masa berkomunikasi dengan pelabur Perancis, peniaga Malaysia dan rakyat Malaysia (pelajar khasnya) supaya mereka mendapat maklumat yang betul mengenai Kerajaan. Akhirnya, bantulah Kerajaan disenangi oleh rakyat Malaysia dan Perancis.


Sebelum ini, penulis terbaca blog blog melaporkan bekas ahli Parlimen Bayan Baru (Bebas), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di `gossip’akan dilantik sebagai Duta ke Indonesia. Penulis tidak pasti berita mutakhirnya.  Kalau betul atau sudah dilantik, alhamdulililah.

UMNO SENDIRIAN MENEGAKKAN KALIMAH ALLAH DAN MEMBENDUNG PENGARUH SYIAH. PAS TERIKAT DENGAN DAP & PKR?



Maltaqa Ulamak SeMalaysia menyaran Majlis Syura Ulamak agar menkajisemula `tahalul siyasi’ dengan PKR dan DAP. Selain daripada itu, jawatan Presiden PAS dan Timbalan PAS wajar dipilih dari kalangan Ulamak yang mengerti secara mendalam mengenai Islam.

Ustaz Harun Taib telah meminta pucuk pimpinan PAS untuk mengkaji semula kerjasama atau pakatan dengan PKR dan DAP kerana Majlis Syura Ulamanampak ia merugikan PAS dan Islam secara jangka panjang. PAS perlu segera mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap PAS. Berdasarkan PRU13 yang lalu PAS telah hilang dominasi dalam Pakatan menjadikan kedudukan PAS sangat lemah.

Demikian lah pendapat mereka. Bagi penulis, PAS telah berjaya memecah tradisi di Melaka dengan memenangi  DUN Bukit Baru dengan bantuan PKR dan DAP. Jika UMNO tidak bijak mengimbangai keadaan di sana, pengaruh PAS mungkin akan bertambah di Melaka. Dengan keadaan `kerilekan’ pimpinan UMNO di Bukit Katil dan Seri Negeri, ia tidak mustahil.

Seperkara lagi, UMNO tidak perlu meminta PAS bergabung dengan UMNO atau mengadakan `Kerajaan Perpaduan’ kerana PAS terlalu angkuh dan kerap menuduh UMNO yang setelah bermasalah baru hendak menyeru ke Kerajaan Perpaduan mahupun keluar daripada Pakatan Pembangkang. Penulis rasa biarkan PAS hancur bersama PKR & DAP secara senyap. Biar tahap kesedaran orang Melayu bertambah baik dan menolak PAS. UMNO kena berjuang sendirian untuk mengegak Islam termasuklah Kalimah ALLAH, pengaruh Syiah dan sebagainya.



Pada penulis, apabila PAS berkerjasama dengan PKR dan DAP,ia seumpama PAS menghampiri menerima ideologi Syiah yang akan sesat.

SAH. DATUK ALI TANDING NAIB PRESIDEN. DATUK MUKHRIZ TANDING?.




Minggu lepas Rabu, semasa mengadakan Rumah Terbuka Adilfitri di Rumah Melaka, Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengistiyarkan yang beliau akan bertanding jawatan Naib Presiden.

Penulis suka dengan penjelasannya. `Saya bukan hendak melawan sesiapa pun’. `Cuma untuk memberikan perkhidmatan’

Perwakilan UMNO terpaksa fikir sedalam dalamnya siapa pilihan mereka untuk kerusi Naib Presiden. Pada penulis, sehingga hari ini, hanya Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang diramalkan mengekalkan jawatannya. Apa alasannya?

Datuk Seri Shafie pun masih 50:50 manakala arus bawahan tidak mahu Datuk Hishamuddin kerana terlalu baik dan bersopan kepada para demonstrasi dan banyak pihak lain. Peluang nak menang ada kerana Datuk Panglima Musa Aman tidak jadi bertanding jawatan Naib Presiden dan MT.

Tan Sri Isa pun popular dengan ahli UMNO yang juga peneroka FELDA. FVG mesti diaktifkan dan dibuat untung dan kurangkan pembaziran. Penulis ingin ingatkan Tan Sri Isa supaya hati hatijuga kerana jika Tan Sri `overdo’ dengan perwakilan UMNO dari FELDA, Tan Sri tidak akan menerima sokongan dari perwakilan UMNO bukan FELDA.

Keadaan akan menjadi lebih menarik apabila Datuk Mukhriz Mahathir memutuskan untuk bertanding Naib Presiden juga.

Datuk Seri Mohd Ali pula perlu meng`capitalise’ rekod menguruskan Melaka dengan cemerlang untuk meyakinkan perwakilan UMNO untuk memilih beliau. Maklumlah selepas PRU13 yang lalu sehingga bulan Ogos 2013, beliau masih bertaraf `penganggur’ melainkan membantu Kerajaan Negeri Melaka menerajui MTEN.