Wednesday, 25 September 2013

BAM BERGOLAK SEPERTI MESIR


BAM telah ubah kepimpinannya dan biasanya untuk lebih maju dan baik prestasinya. Nanum kemelut Rashid tidak diuruskan dengan baik. Perubahan boleh dilakukan tetapi penerangan demi penerangan perlu di lakukan atau diberikan kepada semua pihak di dalam BAM agar, matlamat perubahan difahami dan tidak bertujuan menganaiyai seseorang.

Lihat perlaksanaan GST yang hendak dilaksanakan oleh Kerajaan. Oleh kerana rakyat peniaga tidak faham, perlaksanaan ditangguhkan. PM selalu mengingatkan pegawainya supaya imbangan mesti ada. Contonnya kita boleh merangka Akta Pencegahan Jenayah yang baru, tetapi PM tegaskan jangan sampai mengambil hak masasi manusia. Imbangan amat mustahak.

Pada penulis perletakan jawatan dan statement `Rashid bukan kehilangan besar’ memalukan Rashid. Sebagai seorang manusia ia mesti bertindak balas. Kemungkinan besar terma dan system baru yang hendak dilaksanakan oleh tengku Mahaleel serta pengurusanannya menjurus kepada pemberhentian jurulatih jurulatih.

Seperkara lagi kejayaan seseorang pemain bukan terletak pada jurulatih seorang tetapi, penaja, pemain, pemimpin, persatuan, pembangunan agresif pemain luar Negara juga memainkan peranan.

`Rashid bukan kehilangan besar’. Betul tetapi jasanya tetap ada untuk Malaysia. Tengku Mahaleel pun bukan kejayaan besar buat BAM.

Semalam, Tan Aik Mong, Pengarah Pengurusan Bakat meletakkan jawatan.

BAM pun bergolak seperti Mesir


No comments:

Post a Comment