Umum khasnya ahli UMNO mengetahui DS Dr Zahid amat
popular dan berada di slot pertama pertandinagn Naib Presiden. Jadi ramai yang
cuba mengaitkan diri mereka (geng) dengan DS Dr Zahid. Jika kita tidak dapat
menjadi rakan karib atau satu pasukan pun, kita boleh bersifat tegas dan berani
seperti DS Dr Zahid Hamidi, dan itu memadai untuk menang kerusi. Rakyat
mengukur sokongan dengan kebaeranian. Semalam, YB Nur Jazlan menyokong DS Dr
Zahid menjawat jawatan Naib Presiden.
Ini merupakan strategi sempati yang dilakukan untuk
meraih sokongan ahli UMNO memilih Nur Jazlan menang kerusi MT.
Sokongan terbuka ini juga memperlihatkan Ahli
Parlimen Johor itu masih `muak’ dengan DS Hishamuddin, orang Johor juga.
Pada penulis YB Nur Jazlan seorang yang senantiasa
berstrategi dan opportunis untuk mencapai matlamat yang telah diaturkan.
Kebijaksanaan untuk melancarkan `serangan’ pada masa dan tempat yang tepat,
memungkinkan kemenangan.
YB NurJazlan sudah membuat analisa `cost and benefit’
mengenai `backflash’ penyokong DS Hishamuddin yang tidak akan menyokong YB Nur
Jazlan, lebih lebih lagi selepas memberikan sokongan terbuka kepada DS Dr
Zahid. Mungkin dengan 150,000 ahli UMNO yang akan terlibat di dalam pemilihan,
sokongan ramai mengatasi penyokong DS Hishamuddin.
Nasib baiklah belum kedengaran lagi calon Naib
Presiden ke, MT ke,Pemuda, Wanita dan Puteri meng`claim’ mereka bertanding atas
restu PM dan TPM.
No comments:
Post a Comment