Mahkamah Pilihanraya di Melaka memutuskan Parlimen Bukit Katil kekal
milik PKR. Begitu juga DUN Bukit Baru yang di menangi PAS.
Tepat ramalan penulis mengenai perkara ini kerana ia berdasarkan
kepada trend keputusan di Mahkamah Pilihanaraya di kawasan lain.
Sebenarnya kes petisyen pilihanraya amat baru di Malaysia dan hanya
berlaku setiap 5 tahun sekali. Para Hakim mahupun peguam kurang berpengalaman
di dalam bidang baru ini. Hampir kesemuanya ditolak kerana masalah teknikal.
Petisyen Pilihanraya ini seumpama kes yang melibatkan DNA. Subjek DNA
juga amat baru di Malaysia. Terima kasih kepada DS Anwar Ibrahim yang kes LIWATnya
telah mematangkan sistem kehakiman negara secara amnya.
Rumusannya, SPR telus menjalankan kerjanya. Tiada pengundi hantu.
Dakwat kekal membantu mengelakkan pengundian dua kali. Tiada blackout seperti
yang direncanakan. Pengiraan undi terang benderang.
No comments:
Post a Comment