Sebelum ini, penulis ada menulis mengenai kekecewaan
penulis terhadap pasukan Hoki dan SepakTakraw kerana tewas di permainan masing
masing. Penulis memuji Korea Selatan kerana menjadi juara Kejohonan Hoki dan
Sepak Takraw. Seperkara lagi, India harus mendapat pujian kerana berjaya
menganjurkan dua kejohanan dunia. PUNE tempat berlansungnya badminton dan DELHI
menghos kejohonan Sepak Takraw. Awas dengan `killer’ pasuan Sepak Takraw India
yang berusia 16 tahun. Amat berpotensi.
Menteri Belia dan Sukan mezahirkan kekecewaannya dan
kemungkinan dana atau peruntukan akan di kurangkan sebagai tanda cabaran
bukanya denda. Ramai juga rakyat yang kecewa dengan mereka. Something wrong
somewhere.
Penulis harap Pengerusi dan keseluruhan ahli
pengurusan Persatuan Sepak Takraw meletakkan jawatan dengan sukarela sebagai
tanda tanggungjawab mereka di atas maju mundurnya sukan sepak takraw Malaysia.
Beri peluang kepada orang lain buat satu penggal.
Manalah tahu, ada perubahan. Teknik Malaysia dok kat situ aje. Korea Selatan telah
memahirkan diri untuk menghadang rejeman pihak lawan. Kadang kadang ada dua
pemain menjadi benteng.
Penulis rasa Tan Sri Muhamad Ali Hashim patut di beri
peluang menjadi Pengerusi kerana beliau pernah menjadi Timbalan Pengerusi
Persatuan suatu masa dahulu. Selain itu jasa beliaulah yang KFC terus menaja
Sukan Sepak Takraw. Dengan perkembangan terbaru Menteri Belia dan Sukan,
Persatuan harus mencari dana luar untuk mempertajamkan pasukan dan mencungkil
serta melatih pemain baru.
No comments:
Post a Comment