YB Datuk Nur Jaslan Mohamed, Ahli Parlimen Pulai,
Johor dan Pengerusi PAC menawarkan diri untuk bertanding MT UMNO. Beliau
memberikan sebab penawaran diri untuk kerusi MT, yang antaranya kononnya ahli
UMNO muak dengan UMNO. Beliau tidak mengulas dengan detail apa yang dimuakkan
oleh ahli UMNO, jesteru itu pelbagai taksiran yang boleh di andaikan.
Penulis membuat andaian yang di muakkan oleh ahli
UMNO ialah mengenai Khazanah Nasional dan I Malaysia Development Berhad. Ini
berdasarkan kepada tumpunan beliau yang mahu PAC ambil perhatian.
Khazanah Nasional adalah syarikat pelaburan Kerajaan
Malaysia yang dikendalikan oleh Tan Sri Azman Mokhtar. Jikalau tidak silap
diPengerusikan oleh mantan Menteri Tan Sri Yaakub Mohamed.
Datuk Nur Jazlan berkata rakyat dan PAC harus
diberitahu perkembangan pelaburan yang menguntungkan dan yang merugikan. Antara
yang rugi ialah syarikat penerbangan negara MAS. PAC diharap dapat memberikan
pandangan dari sudut lain pulak.
Penulis yang bergaul dengan orang pertanian,
pelaburan pertanian di Lanchang pun kerugian jutaan ringgit. Berdasarkan cakap
cakap pembekal input di sana, banyak penyelewengan berlaku di sana. Jadi tidak
baik menuduh penyelewengan berlaku tanpa penyiasatan forensic. BIarlah PAC
membuat penilaian mereka dan beritahu sebab sebab kerugian. Kadang kadang
kerugian berlaku bukan disebabkan cuai atau seleweng. Penyakit dan cuaca dan
sebagainya juga menyebabkan kerugian.
Satu lagi syarikat yang kononya sering di `cempelak’
oleh pembangkang ialah 1 Malaysia Development Berhad. Baru baru ini syarikat
ini membeli sebuah syarikat Independent Power Generation bernilai billion
ringgit. Diharap ia adalah sebuah pelaburan yang baik dan menguntungkan tanpa
ada pihak ketiga yang mendapat keuntungan.
Penulis bersetuju dengan Datuk Nur Jazlan yang ingin
mencari kebenaran dengan harapan rakyat akan lebih percaya kepada Kerajaan
membelanjakan wang rakyat. Malangnya ia dilakukan seolah olah dengan niat untuk
menarik sempati rakyat Malaysia dan perwakilan UMNO supaya Datuk Nur Jazlan
dilihat sebagai tegas berani dan membela rakyat lalu sewajarnya beliau dipilih
salah seorang ahli MT UMNO.
Tiada keperluan untuk memberikan alasan yang kononnya
ahli UMNO sudah muak dengan UMNO. Kalau hendak popular dan menjadi idola ahli
UMNO, tidak perlu mengambil tindakan yang populis pada musim pemilihan ini.
Mesra rakyat, pandai dan bijak memberikan idea yang bernas (semasa menjadi
Pengerusi UDA, tiada apa kerja yang boleh dibanggakan oleh ahli UMNO dan orang
Melayu), `humble’, hubungan rapat dengan ahli UMNO adalah sebahagian usaha
menjadi idola UMNO. Jangan ugut ugut untuk naik dalam UMNO. Pengaruh mereka
untuk memilih kita.
Teringat sikap Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat
yang berjasa pada UMNO dahulu. Beliau membodek Tun Dr Mahathir kuat tetapi bila
Tun Abdullah menjadi PM dan tidak sehaluan dengan Tun Dr Mahathir, hemtam kuat kuat supaya Tun
Abdullah pilih anaknya menjadi Ketua Bahagian dan calon pilihanraya. Ada
persamaan tindak tanduknya.
Penulis sebagai ahli UMNO, rasanya tidak pilih Datuk
Nur Jazlan menganggotai MT jika beliau bersikap demikian. Mungkin esok esok kot
sebab muda lagi.
No comments:
Post a Comment