Saturday 14 September 2013

PTPTN KAN ADA..HEEEEEE



Penulis  bersyukur kepada ALLAH  kerana anak perempuan kedua penulis mendapat DEAN LIST (semester akhir Bachelor Graphic Design di UNISEL). Beliau akan tamat pengajian bulan November 2013 ini dan diharap terus mengekalkan prestasinya.
Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi (dahulu) kerana menawarkan Biasiswa Sukan untuk kursus Diploma in Graphic Design di UNISEL. Anak penulis sebenarnya seorang ahli sukan dan mewakili Johor suatu masa dahulu. Pernah mendapat pingat emas di dalam sukan Pantanque SUKMA di Terengganu.
Oleh kerana tuntutaan pelajaran dan sukar mendapat cuti daripada Pensyarah Faculty Graphic Design, beliau terpaksa meninggalkan dunia sukan, dan meneruskan pengajian peringkat ijazah muda denngan pinjaman PTPTN. Nasib baik PTPTN ada.
Penulis harap anak penulis akan mengekalkan prestasinya dan ini memungkinkan pinjaman PTPTN ditukar kepada biasiswa PTPTN. Ini bermakna tiada pembayaran balik keatas pinjaman. Lega.

Kepada kawan kawan fb, sila beritahu penulis jika ada jawatan kosong `corporate designer’ di Lembah Klang tidak mengira Kerajaaan, Separu Kerajaan, GLC mahupun swasta. Ribuan Kerjasama tuan puan, penulis ucapkan terima kasih. Dijangkakan anak akan `available for immediate employment’ mulai 1.1.2014.

2 comments:

  1. TAHNIAH...INGATKAN BELIAU JASA2 DIBELAKANG KEJAYAAN ANAK ANDA...JGN LUPA JASA KERAJAAN...
    X BN...

    ReplyDelete