Tuesday, 24 September 2013

MENGAPA KETUA MENTERI MELAKA DICABAR? DEMOKRASI MEMUTIK ATAU MALAPETAKA?


Polisi tidak rasmi Datuk Wira Ir Ir Idris Haron iaitu `8 jam kerja, 8 jam dengan keluarga dan 8 jam tidur’ sedang menular luas dan cepat dikalangan rakyat Melaka.

Penulis yang tidak berada di arus perdana politik pun diberitahu dan dibualkan di kedai kopi dan tempat kerja serta media social.

Sesuatu kena dibuat kerana jika tidak jangka hayat politik Ketua Menteri tidak berpenggal penggal seperti Datuk Seri Mohd Ali. Jikalau talian hayat beliau terputus tidak apa lah tetapi jikalau BN, kan susah rakyat yang menyokongnya.

Pada penulis, seorang politik tidak boleh cakap pasal tidur atau umum masa tidor. Jika diumum, ia seumpama orang politik ini kuat tidur dan mengutamakan tidor daripada menjalankan tugas. Dalam kamus orang politik, tiada istilah tidor, walaupun manusia kena tidor. Orang politik kena sembunyikan waktu tidornya dari pengetahuan rakyat. Biasanya orang politik tidor dalam kereta sewaktu di dalam perjalanan ke sesebuah tempat. Lihat and ingat Tun Abdullah Badawi yang tidur waktu mesyuarat. Isu dan gambar ini menjatuhkan Tun Abdullah.



Diberitakan Datuk Wira akan di cabar oleh seorang daripada cawangan Tanggabatu untuk jawatan Ketua Bahagian TanggaBatu. Nescaya pencabar itu tidak akan berjaya kerana tidak popular dan tidak ada track record. Beliau mencabar bukan untuk menang tetapi sebab lain. Inilah yang penulis katakan cabaran ini bukan menunjukkan demokrasi semakin cerah di Melaka tetapi mungkin malapetaka. Mungkin polisi ini salah satu puncanya.

No comments:

Post a Comment