Monday, 23 September 2013

MUNGKINKAH MUKHRIZ DAN AKHRAMSYAH SATU PASUKAN?






Jika tidak silap mata memandang semasa menonton Berita, Akhramsyah Tan Sri Junid, calon yang disebut mencabar jawatan Ketua Pemuda, berada satu pentas semasa Datuk Mukhriz mengumumkan bertanding Naib Presiden. Kemungkinan mereka ini satu pasukan itu amat besar peratusannya. Tan Sri Junid adalah rakan setia Tun Dr Mahathir dan semestinya, Datuk Mukhriz akan cuba menaikkan potensi Akhramsyah.

Datuk Mukhriz tewas tipis kepada YB Khairy Jamaluddin semasa berlawan jawatan Ketua Pemuda dahulu. YB Khairy tidak diangkat ke jawatan Menteri manakala YB Datuk Mukhriz dilantik menjadi Timbalan Menteri. DS Najib ada sebab diatas perlantikan tersebut. Kebarangkalian permusuhan mereka berdua (Khairy-Mukhriz) masih ada amat tinggi peratusannya. Ada kemungkinan ke Datuk Mukhriz meletakkan proxy nya melawan YB Khairy?

Umum tahu permusuhan ketat Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah masih belum reda lagi. Terakhir komen buku The Awakening’ yang melibatkan temubual Tun Abdullah dengan penulis, mendapat perhatian Tun Dr Mahathir. Tun juga secara sinis pernah komen gelagat budak Tingkat 4, yang mana YB Khairy juga terkelompok dengan kumpulan tersebut. Pembatalan jambatan bengkok Johor Singapura juga dikatakan mainan Tun Abdullah, Khairy & budak Tingkat 4 dan bekas pengurusan atasan NST, Khaimullah (lupa nama beliau yang sebenarnya). Adalah menjadi kewajiban Tun Dr Mahathir menyokong anak Tan Sri Junid secara langsung.

Pendapat ikhlas penulis ialah sukar untuk menandingi YB Khairy Jamaluddin kerana `exposure’ international and domestic serta berpangkat Menteri. Akhramsyah pula tidak diberi peranan di peringkat nasional dan setakat berhujah di Astro Awamni tidak cukup. Tetapi jika betul betul ingin bertanding Ketua Pemuda, pasanglah niat dari sekarang. Kerjalah kuat kuat dari sekarang. Pertandingan tahun ini hanya untuk mengenalkan diri kepada perwakilan. Selepas ini sehingga permilihan UMNO akan datang, Akhramsyah perlu turun padang dan aktif di peringkat nasional.

No comments:

Post a Comment