Tuesday, 17 September 2013

SAH. DATUK ALI TANDING NAIB PRESIDEN. DATUK MUKHRIZ TANDING?.




Minggu lepas Rabu, semasa mengadakan Rumah Terbuka Adilfitri di Rumah Melaka, Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengistiyarkan yang beliau akan bertanding jawatan Naib Presiden.

Penulis suka dengan penjelasannya. `Saya bukan hendak melawan sesiapa pun’. `Cuma untuk memberikan perkhidmatan’

Perwakilan UMNO terpaksa fikir sedalam dalamnya siapa pilihan mereka untuk kerusi Naib Presiden. Pada penulis, sehingga hari ini, hanya Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang diramalkan mengekalkan jawatannya. Apa alasannya?

Datuk Seri Shafie pun masih 50:50 manakala arus bawahan tidak mahu Datuk Hishamuddin kerana terlalu baik dan bersopan kepada para demonstrasi dan banyak pihak lain. Peluang nak menang ada kerana Datuk Panglima Musa Aman tidak jadi bertanding jawatan Naib Presiden dan MT.

Tan Sri Isa pun popular dengan ahli UMNO yang juga peneroka FELDA. FVG mesti diaktifkan dan dibuat untung dan kurangkan pembaziran. Penulis ingin ingatkan Tan Sri Isa supaya hati hatijuga kerana jika Tan Sri `overdo’ dengan perwakilan UMNO dari FELDA, Tan Sri tidak akan menerima sokongan dari perwakilan UMNO bukan FELDA.

Keadaan akan menjadi lebih menarik apabila Datuk Mukhriz Mahathir memutuskan untuk bertanding Naib Presiden juga.

Datuk Seri Mohd Ali pula perlu meng`capitalise’ rekod menguruskan Melaka dengan cemerlang untuk meyakinkan perwakilan UMNO untuk memilih beliau. Maklumlah selepas PRU13 yang lalu sehingga bulan Ogos 2013, beliau masih bertaraf `penganggur’ melainkan membantu Kerajaan Negeri Melaka menerajui MTEN.



No comments:

Post a Comment