Tuesday 10 September 2013

WAN ZACK HAIKAL HARIMAU MUDA MEMBANGGAKAN.




Tahniah Malaysia berjaya menewaskan Singapura 1-0 pada perlawanan yang berlangsung pada 7hb September 2013, jam 5.30 petang-7.30 petang. Malam tadi Malaysia mengalahkan Myanmar 2-1.

Walaupun menang, banyak kelemahan yang perlu di baiki. Komen penulis adalah:-

1.Wan Haikal kena belajar ambil sepakan penalti dengan betul.Ia berlaku ketika Malaysia melawan Singapura. Walaubagaimana pun, sepakan percuma beliau nampaknya menjadi ketika perlawanan dengan Myanmar. Sesunggohnya kelincahan Wan Haikal membimbangkan pihak lawan.

2.Rueban sudah rabun sikit kerana tendangannya asyik tersasar jauh daripada tiang gol. Sekali sekala ia bermain `robust’ yang boleh mendatangkankecederaan kepada beliau dan pemain lawan dan juga kad kuning atau merah.Beliau tidak bermain sebelas utama semasa perlawanan kedua Malaysia. Beliau dimasukkan untuk menguatkan pertahanan di minit terakhir.

3. Putera atau Junior bermain amat baik semasa melawan Singapura. Namum prestasi beliau merosot semalam. Hantaran pendek selalu menyusuhkan kawan kawan dan tidak tepat. Harap beliau bangkit selepas ini. Terima kasih kerana `assist’ kapten Malaysia, Irfan menjaringkan gol pertama.

4. Penyerang kita Thamil Arasu pun agak gugap di depan gol di kedua dua perlawanan. Beliau di apit dengan rapat oleh pihak lawan dan selalu dikasari. Penulis gelar Arasu sebagai peng`assist’ mendapatkan sepakan percuma untuk Malaysia. Manakala Junior yang mempunyai ketinggian selalu meng`assist’ ketika `corner kick’atau tendangan tinggi.

5. Nazmi harus terus bangkit dan merencanakan corak serangan Malaysia tetapi beliau off form semasa perlawanan kedua Malaysia Myanmar. Penulis (tidak pandai main bolasepak) berpendapat pemain tengah (midfield) mustahak untuk pasukan untuk berjaya. Impian atau mimpi penulis ialah Malaysia dapat melahirkan pemain tengah seperti DiSilva (Manchester City), Inesta (Barcelona), Rooney (Manchester United), Deco (bekas pemain Portugal), Orzil (Arsenal) dan Pirlo (Juventus). Jika pemain tengah hidup atau kreatif, pihak lawan akan di kucar kacirkan dan ini menyenangkan penyerang menjaringkan gol. Mungkin pemain tengah sendiri akan menjaringkan gol.

6. Pemain yang lain juga teruskan bakti menjulang kemenangan untuk Malaysia.

7. Permainan Singapura lebih gentleman berbanding dengan Myanmar. Pemain Singapura lebih `fair play’ daripada Myammar. Pemain Myammar asyik membantah keputusan pengadil dan akhirnya penyerangnya Kyi Lin diberikan kad merah. Permainan mereka kasar dan selalu `curi makan’. Nyata sangat.

8. Perlawanan dengan Singapura diadakan semasa keadaan padang yang basah. Bola banyak tersekat dan strategi permainan berlainan ketika Malaysia bermain dengan Myanmar. Kelazimannya,apabila padang basah dan bola licin, pemainkena cuba tendang terus ke gawang gol dengan harapan ia masuk gol atau `muntah’ lalu mungkin memberi peluang kepada pemain menolak masuk.

9.Padang Stadium Darul Makmur nampaknya tidak dibina untuk dimain musim hujan. Banyak lopak air. Lambat kering. Diharap di Malaysia wujudnya badan atau  syarikat pengurusan padang sukan yang professional setanding dengan padang di England contohnya. Kalau ada syarikat atau badan pengurusan padang, nescaya padang padang di Malaysia ini boleh digunakan musim hujan.

10. Selamat menjulang Piala Pestabola Merdeka dan wang ganjarannya. Yang paling istemewa, hadiahlah kemenangan ini kepada Malaysia yang sedang menyambut Hari Kemerdekaan 56 tahun dan Hari Malaysia 50 tahun

No comments:

Post a Comment