Tuesday 10 September 2013

YB DATUK AZEEZ: ANTARA TUGASAN DI MEKAH/MADINAH DENGAN KERUSI MT UMNO

SELAMAT MENGERJAKAN IBADAT HAJI
Rombongan Jemaah Haji pertama Malaysia telah berlepas dari KLIA dan selamat sampaii di Medinah pagi tagi 7hb September 2013.

Ini bermakna kampong kampong akan sibok dengan kenduri kendara. KLIA dan Lapangan Terbang di ibu negeri seperti Pulau Pinang, Kota Bahru, Alor Setar, Terengganu dan Johor akan menjadi sibok dengan Jemaah haji dan keluarganya. Petugas Tabung Haji akan sibuk bertugas menghantar dan menerima Jemaah haji di Medinah, Mekah atau Jeddah. Seluruh jentera Tabung Haji yang merangkumi penginapan, makanan, kesihatan, pengangkutan, ceramah dan sebagainya akan berkerja keras memberikan perkhidmatan kepada Jemaah Haji Malaysia. Nama baik Kerajaan dan Tabung Haji mesti dipelihara.

Selepas ini ramai juga orang kenamaan akan berada di luar negeri kerana bertugas di Mekah dan Medinah. Kelazimannya YB Datuk Seri Khir Jamil Johari dan mungkin YB Datuk Azeez Abd Rahim akan berada di Tanah Suci.  Selain itu sebahagian besar pengurusan atasan Tabung Haji telah pun bertugas disana.


Penulis ingin melihat YB Datuk Azeez Abd Rahim (jika benar bertugas di Mekah/Medinah) melakukan / menguruskan masa untuk berkempen mempertahankan kerusi MT di dalam pemilihan UMNO tidaklama lagi dan menjalankan tugas di luar negeri.

No comments:

Post a Comment