Monday, 23 September 2013

GANGTERISME DI SEKOLAH MENJADI AHLI KONGSI GELAP SETELAH DEWASA



Penulis pernah menyarankan kepada MIC agar membantu menambahkan sokongan kaum India terhadap BN dan mengurangkan bilangan ahli kongsi gelap dari kalangan kaum India.

Penulis berpendapat benih benih gangsterime berputik se awal awal di peringkat sekolah rendah dan menengah lagi. Penulis menekankan guru guru sudah tahu siapa yang ponteng sekolah, bohsia dan pengkid, ditangkap bergaduh, merokok, ditangkap basah, merempit, melawan guru dan sebagainya.

Rekod rekod mereka telah sedia ada di sekolah. Jikalau kita pergi luar kawasan sekolah, kita akan dapati kumpulan pelajar pelajar yang berkumpul mengusik pelajar perempuan lain atau pelajar lelaki lain yang lalu lalang, yang menunjukkan mereka merokok, mempamerkan `willi’ motosikal dan adegan lain yang menjolokkan mata.

Penulis mencadangkan pencegahan gangsterisme bermula di sekolah. PDRM, Penjara, Pencegah Dadah, Sekolah Henry Gurney dan Tunas Harapan perlu bersepadu melakukan program kesedaran.

Sekolah sekolah perlu berganding dengan pihak berkuasa untuk mengenalpasti pelajar bermasalah untuk melawat lokap dan penjara, pusat pemulihan dadah dan moral, agar mereka dapat gambaran keperitan menjadi jahat dan menagih dadah. Sekali sekala pelajar di dedahkan dengan ceramah di sekolah (sudah kelazimannya) dan penjara. Tunjukkan tempat sebatan dan video upacara sebutan untuk mengerikan atau menginsafkan pelajar bermasalah.

Baru baru ini, semasa UPSR berlansung, pelajar pelajar berombongan ke Zoo dan Mini Malaysia. Bagus juga untuk pelajar pelajar. Ada baik juga guru guru atur melawat lokap polis, penjara, pusat pemulihan, Sekolah Henry Gurney sebagai lawatan sambil belajar.


Sebenarnya, PDRM, Penjara, Pusat Pemulihan telah mengadakan pameran di JOM HEBOH, contohnya. Tetapi pada penulis, pelajar pelajar dan pengunjung akan lebih berminat bergambar dengan artis artis daripada melawat gerai PDRM,Penjara dan sebagainya. Jadi kita kena ada sasaran tepat.

No comments:

Post a Comment