Tuesday, 17 September 2013

DUTA YANG BERTRANSFORMATIF


Diberitakan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar akan dilantik sebagai Duta ke Perancis.
Penulis mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Ismail kerana diberikan kepercayaan dan penghormatan menjadi wakil Malaysia di Perancis. Pada penulis, beliau seorang yang setia kepada kerjanya, berani dan tegas. Atas jasa itu khasnya mewujudkan ketenteraman negara dan tangani Penganas Solo di Lahad Datu, Kerajaan memilih beliau mewakili Malaysia.
Kedutaan adalah bidang baru buat Tan Sri Omar tetapi penulis yakin beliau akan belajar dengan pantas selok belok.
Pesanan penulis pada Tan Sri Ismail, jadi lah Duta yang bertransformasi. Transformasi yang dimaksudkanialah buang sifat Duta duta dan staf kedutaan yang suka berjalan jalan, shopping shopping dengan isteri atau orang kenamaan dari Malaysia yang berkunjung ke Perancis, banyakkan masa berkomunikasi dengan pelabur Perancis, peniaga Malaysia dan rakyat Malaysia (pelajar khasnya) supaya mereka mendapat maklumat yang betul mengenai Kerajaan. Akhirnya, bantulah Kerajaan disenangi oleh rakyat Malaysia dan Perancis.


Sebelum ini, penulis terbaca blog blog melaporkan bekas ahli Parlimen Bayan Baru (Bebas), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di `gossip’akan dilantik sebagai Duta ke Indonesia. Penulis tidak pasti berita mutakhirnya.  Kalau betul atau sudah dilantik, alhamdulililah.

No comments:

Post a Comment