Tidak dinafikan, apabila Kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak
RON95 (RON97 juga) dan disel, rakyat yang tidak faham rasional kenaikan harga minyak,
akan merasa marah. Kelazimannya setiap kali kenaikan, `chain of reaction’, kos
pengangkutan akan naik dan dituruti oleh harga barangan lain. Itu sebab
pembangkang gelar BN sebagai Barang Naik.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Pembangunan Koperasi
merupakan Kementerian yang paling sibok dan mencabar. Kementerian kena kawal
kenaikan harga. Sebenarnya amat sukar membendong kenaikan harga barangan ekoran
daripada harga minyak. Kita sukar menguatkuasakan undang undang. Satu kerana
ribuan produk dan keduanya amat meluas territorynya.
Sebenarnya Kementerian Kewangan senantiasa `in the good book of
rakyat’ kerana apabila kenaikan harga minyak berlaku, sebabnya amat nyata iaitu
pasaran harga minyak mentah dunia dan keduanya ingin memperbaiki kedudukan
kewangan negara. Kedua alasan ini di war warkan seterang terangnya kepada
rakyat. Selain itu, Kementerian kewangan mempertimbangkan kenaikan kadar BRIM
dari RM500 kepada RM600-RM800, sebagai solusi kenaikan harga minyak.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri boleh buat apa? Kementerian boleh
`announce’ perlantikan ribuan mata dan teliga penguatkuasa memantau harga
barangan. Tidak cukup.
Jikalau Datuk Hassan Malek tidak hati hati, beliau akan di gelar
Menteri Amaran yang kedua selepas Datuk Hishamuddin. Ingat Datuk Shahrir Samad
yang amat popular di kalangan rakyat suatu masa dahulu dan sekarang. Beliau
menetujui kenaikan harga minyak kerana tujuannya baik untuk jangka panjang,
tetapi rakyat tidak suka cara ia dilaksanakan. Amat membebankan. Beliau tewas
di dalam pertandingan MT. Datuk Hassan Malek yang baru dilantik menjadi
Menteri, kena berhati hati di dalam tindak tanduknya. Untuk menjadi TIDAK
POPULAR dan KELIHATAN PIMPINAN KURANG EFEKTIF, amat mudah sekali.
Beliau kena bekerjasama dengan Kementerian Pertanian untuk mewujdkan
lebih banyak Pasar Tani Mega (contoh) untuk mengelakkan orang tengah. Pasaraya
TESCO, GIANT, ECONSAVE,MYDIN dan sebagainya perlu diperluaskan. Kita lebih
senang bercakap dan berkerjasama dengan pedagang besar ini daripada berurusan
dengan individu.
PEMUDA UMNO cadang supaya di adakan `liberilisasikan’ setengah tengah
perniagaan. Kurangkan monopoli agaknya. Kerajaan perlu memikirkan menubuhkan
ala `kilang makanan ternakan’ nasional atau penternakan ayam dan ternakan lain
secara nasional untuk mengimbangi kenaikan harga ayam sebagai contohnya.
Kenaikan harga ayam sudah boleh diramal masa akan berlakunya.
Rumusannya, kerusi Menteri Perdagangan Dalam Negeri amat panas. Ia
boleh mematikan dengan cepat karier seorang ahli politik.
No comments:
Post a Comment