TAHNIAH DATUK HAMIN. PARLIMEN LEDANG KEKAL
UNTUK BN.
Salam Kemerdekaan
Mahkamah Tinggi Johor Bahru,
hari Jumaat, tadi memutuskan Parlimen Ledang kekal milik BN. Yang Arif telah
menolak petisyen yang di failkan oleh Pakatan Rakyat. Rasanya sebab sebab
teknikal walaupun tidak dilaporkan oleh TV3.
Dengan muktakmadnya keputusan
tersebut, penulis harap Datuk Ir Hamin Samuri akan bekerja`tanpa was was’ siang
dan malam serta dalam kawasan Parlimen dan Kementerian.
Terus rapatkan saf di kalangan
ahli UMNO dan ahli BN di Parlimen Ledang. `Convert’ rakyat Parlimen Ledang yang
mengundi pembangkang semasa PRU13 yang lalu. Terus `recruit’ ahli baru walaupun
sibok dengan tugasan. Jangan lupa tolong Parlimen Muar dan Parlimen Bakri memenangi
balik DUN Maharani dan DUN Sungai Abong.
Banyak kekeliruan tentang TPPA
sejak kebelakangan ini kerana mungkin rakyat tidak tahu apa yang di bincangkan.
Penulis yakin Datuk Mustapha dan Datuk Ir Hamin akan menjaga kepentingan negara
disamping mengambil kira keresahan rakyat. Jadikan kemenangan di Mahkamah
Petisyen sebagai `tonik’ untuk menjayakan TPPA yang baik untuk Malaysia.
No comments:
Post a Comment